Tuesday, July 28, 2009

h1n1 dan upm...

petang tadi ajlina dah bagi tau UPM tutup sbb h1n1...adik dia tel suruh ambil...tapi aku cakap tutup hanya untuk student sepenuh masa. mahasitua macam aku ni yg datang malam je terkecuali...rupa-rupanya dah berderet mesej drpd kengkawan upm yg bagi tau upm memang tutup sampai hari selasa minggu depan. cuma haku je yang tak perasan mesej tu masuk...

hoyeeee...cuti lagi... bestnya, tapi harap-harap janganlah cuti yang kena ganti...kalau cuti tapi kena ganti tak bolehlah aku bercuti dengan tenang...tadi tengok berita tv3 kata cuma 4 orang yang dah terkena selsema babi tu. 2 dikuarantin di kampus penginapan, 2 lagi dirumah. tup-tup bila buka blog dr normaliza bukannya 4 orang tapi jumlahnya dah meningkat 400 orang...cepatnya merebak??? mana satu yang betul ni...dr normaliza yang tersilap taip ke atau upm yang nak cover cerita drpd orang awam...hai..hai...hai...

p/s : 1. kalau nak difikirkan salah siapa Allah turunkan selsema babi ni? salah babi atau salah manusia???

: 2. hakukah yang terlembab sbb petang tadi baru dapat tahu cerita yang Yasmin Ahmad tu ialah seorang lelaki??? betul ke?????hai...dunia...dunia...apa nak jagi!!!!!!!!!!

: 3. tadi masa perjumpaan antara adik ngan kakak (GB) hokey je. borak-borak macam adik-beradik ...nama azza gb sebut...n nama aku mak ude sebut...glamer gitu. lepas ni kena tulis n3 lebih hati-hati sbb mana tau gb turut baca blog...

: 4. aci tak post aku dah banyak kali tak letak gambar...malasnya nak buka kamera..

Friday, July 24, 2009

1 Malaysia, 1 SKPI...

Kalau Najib sibuk buat roadshow dengan slogan 1 Malaysia, aku tetiba dapat idea nak buat juga slogan 1 SKPI...tapi boleh ke? Aku tak sokong mana-mana pihak cuma jadi pemerhati PBB (bebas) je A.K.A berdiri atas pagar kikikik...kata kawan aku orang macam aku ni tak de pendirian ye ke???tapi niat aku cuma satu je...aku akan bertegur sape dengan semua orang...

Tapi rasanya cikgu petang masih lagi akrab dan ok je...di bawah pemerhatian kak odah. Kalau macam tu slogan 1 SKPI tu untuk cikgu petang ajelah...!!!

Wednesday, July 22, 2009

21JULAI 2009

Kisah 1: Trauma

Tadi masa bersiap-siap nak pergi ke sekolah aku dengar bunyi tapak kasut kat luar rumah. Biasa je lah sebab ingatkan orang SYABAS periksa meter air, maklumlah dah hujung bulan ni. Tapi yang peliknya mengapa kucing aku tiga ekor tu bunyi berebut-rebut panjat pintu gril.

Pelik jugak...Akupun intai kat cermin tingkap ... ada seorang lelaki kat belakang rumah aku. Siapa dia???? Angah pula dah pergi ke sekolah sebab hari ni ada bacaan YAASIN. Hatiku mula bertanya. Pakaiannya bukan uniform SYABAS, memakai topi lembik dan berdiri-diri kat tempat parking motor dan van aku. Ya Allah aku dah mula kecut perut, mulalah teringatkan dua kisah aku kena ragut kat depan rumah dan di atas motor dulu. Macam mana nak buat ni sedangkan masa tu dah pukul 1.00 lebih. Terasa lembik lutut aku. Yang menjadi persoalannya apa lelaki tu buat kat rumah aku dalam masa lebih kurang 20 minit ni...

Mula-mula telefon kak eshah tapi kak eshah tak angkat. Tak de cara lain akupun telefon kak odah mengatakan aku tak dapat nak keluar rumah sebab ada lelaki tak dikenali kat tempat parking rumah aku. Kak Odah cakap nanti dia suruh din dan ronzi datang tengok.

Aku cuba tengok sekali lagi dan alhamdulillah lelaki tersebut dah tak ada. Aku yang terketar-ketar cepat-cepat ambil kunci kereta (pada masa tu tak berani naik motor) dan keluar dengan segera. Masa nak keluar parking tu nampak din. Terima kasihlah din kerana ambil berat pada kakak kau yang dah TRAUMA ni.

Sampai masa aku menaip ni aku masih berfikir:

1. Siapakah lelaki itu?
2. Adakah dia mempunyai niat jahat seperti nak mencuri motor aku atau nak menangkap 3 ekor kucing aku.
3. Adakah orang itu salah seorang yang meragut rantai aku kat depan rumah dulu.
4. Kak eshah kata dia pernah baca kalau binatang ketakutan bermakna binatang tu nampak benda yang menakutkan seperti orang nak pukau dan sebagainya. ERRRRRR takutnya...
5. Macam mana aku nak hilangkan trauma ini, sebab sampai kat sekolah aku masih lagi lembik lutut, dada berdegup kencang...

Kisah 2: Keputusan Peperiksaan Sem 5

Semalam lagi keputusan exam sem 5 dah keluar tapi tak tengok sbb semalam aku tak datang kelas. Tadi baru sempat tengok...Punyala berdebar sebab aku rasa sem ni aku tak boleh nak score markah yang tinggi. Jeng...jeng...jeng...alhamdulillah aku bersujud syukur kepadaMu ya ALLAH... inilah keputusan aku yang terbaik yang aku dapat sepanjang 5 semester aku kat UPM ni. Sungguh tak disangka...

Dua kisah yang aku ceritakan di sini berlaku pada hari yang sungguh bermakna dalam hidupku. Tanggal 21.07.2009 adalah tarikh hari lahirku. Aku tak mintak apa2(ye ke???) cuma aku minta agar aku dihindari daripada segala musibah dan bala bencana yang buruk dan biarlah kebahagiaan yang aku kecapi hari ini berterusan sampai bila-bila serta permudahkanlah segala urusanku...AMIN YA RABBAL 'ALAMIN

Sunday, July 12, 2009

Makan dan makan lagi...

Kat bilik guru lama boleh katakan sebulan sekali ada makan-makan. Sempena apa terpulang, ada sempena habis praktikum, sempena nak cuti sekolah, sempena hari guru, sempena hari jadi dan bebagai lagi. Hari jumaat baru ni kononnya makan-makan sempena hari jadi makyu. Tapi suprisenya tak menjadi sebab mak yu n syida goreng bihun ala-ala perak yang sedap itu.

Orang lain secara senyap-senyap top uplah yang ringan ringan. Aku buat agar2 buah-buahan sejuk mata memandang dan sambal ayam yang terlebih mim alif=(ma) sin ya nun=(sin)...hai nak kawin lagi ke norhuda? cukup lah sekali...aku dot tenet dot com bawa pulut durian yang pekat memikat kau memang debom, anak dara maz n ina bawa mee goreng cun melecun (dah boleh kawin dah ni),lia ariani bawa sanwic berlapis n kek bertingkat, kak eshah dan laily menggoreng kerepok dengan penuh kasih sayang, samsiah bawa tembikai merah menawan,...ayam goreng, sosej tak tau sape yang bawa sbb tak de nama hihihi...Sebenarnya aku tak sempat nak tanya main bedal aje. Air sirap laici manis terlebih rasa ditaja oleh makyu n syida...Kalau ada yang tak tertulis kat sini hamba mintak maaf la ye...tapi yang pasti semuanya habis, selepas set2 perempuan makan, disambung pula oleh guru2 lelaki. Licin...

Bagus juga ada makan-makan macam ni sebab boleh mengeratkan ukhwah sesama guru2. Selain tu, bolehlah tunjuk keterean dan skill memasak masing-masing. Jangan sampai tak masuk kelas udah la ye...nanti kak odah cari...Terima kasih kawan-kawan. Hari tu memang kenyang sungguh... Aik kata nak slim, kalau macam ni tak boleh slim la aku...

Lihatlah...

Ni la jemaah guru perempuan petang bilik guru lama yang amat sporting...cayala...



Befday girl yg pakai tudung putih tu...dia memang suka menyendukkan makan untuk orang tapi aku tak nampakpun dia makan...opssss lupa dia kan diet...



Nampak dalam gambar macam tak sedap sebab aku tak pandai cari angle yag cantik, tapi bila makan teramatlah sedaaaapnya...

Wednesday, July 8, 2009

LHDN : cakapla yang betul...

Aku geram betul kat pegawai LHDN cawangan Temerloh yg bernama zawawi ni. Mulanya aku tel LHDN Temerloh dan bertanya boleh ke aku buat bayaran duti stam kat LHDN sini. Pegawai tu cakap BOLEH. Dan kalau LHDN Cheras tanya, cakap dah tel LHDN Temerloh dan dah bercakap dengan zawawi. Punya la komfiden dia cakap. Aku pun tahu la nama dia zawawi...

Hari senin baru ni aku dgn selamba badak...pergilah kat PGRM nak cari pejabat LHDN. Memang tak tahupun tempatnya, pakai redah je... pusing punya pusing tak jumpa jugak. Dah nak balik dah ni, tiba-tiba nampak ada orang bawa sampul surat LHDN dan akupun apa lagi terus ikut je orang tu. Buat macam-macam tahu je... Sampai kat pejabat LHDN dah isi borang bebagai, pegawai kat situ cakap tak boleh. Akupun ada lagi terus cakap yg aku dah tel LHDN Temerloh dan bercakap dengan zawawi. Aku tunggu punya tunggu tapi lastnya pegawai tu cakap tak boleh jugak...sebab no rujukan surat aku tu C029.

Aku memang nak marah kat zawawi, sepatutnya dia bagi tahu kat aku memang tak boleh buat bayaran duti stem kat tempat lain melainkan kat temerloh je...sebab guna kod c tu. Tukan kerja dia..He...jawabnya kena balik kg n ambil crk lagila, sedangkan minggu lepas dah balik. Aku bab2 balik kg ni okeyje tapi yg tak okeynya fulus... Nampak gayanya naik bas je la...

Nantila aku nak tengok macam mana rupanya orang yang bernama zawawi ni. Bagus sangatkah dia, suka memperkotak-katik dan memainkan perasaan aku yang tulus, ikhlas dan suci ni...

P/s : Kat sini aku nak cerita satu rahsia tapi bukan dengan niat nak memalukan... petang tadi gb sek aku terjatuh...Panjang lagi cerita ni sebenarnya...tapi bukan itu yang aku nak bagi tahu...yang lebih penting ialah...

1. Jalan elok-elok masa hari hujan kat koridor sekolah sebab kalau tak hujanpun koridor tu memang licin sesangat.

2. Jangan pakai kasut tinggi, sebaliknya pakaila kasut karipap macam aku je.

3. Aku terasa nak slimkan sikit badan ni sebab kalau aku jatuh takde la berat sangat orang nak angkat...

4. Tak baik gelakkan orang sebab satu hari nanti kita akan digelakkan. Tak baik susahkan orang sebab satu hari nanti kita akan disusahkan. Dunia dah akhir zaman, kat atas dunia nipun kita akan dapat balasannya...

Apasal aku melalut sampai kat sini ni...sebabnya
Petang tadi masa turun tangga aku jalan beriringan dengan cikgu lelaki ni. Entah angin datang dari mana bertiup, telah menterbalikkan(melingkupkan) tudung yang aku pakai...aku terkial-kial membetulkannya. Malu-malu...haaa jangan gelakkan orang, kan tadi dah cakap jangan gelakkan orang, nanti orang lain pula akan gelakkan kita...

Tuesday, July 7, 2009

Manggis atau Mester

Emak kata buah mester tak de kat tempat lain...ye ke? Aku sekadar bertanya di dalam hati? Sekadar nak mencari bukti tak salahkan. Buah mester ni berbeza sikit dengan buah manggis. Buahnya agak bujur, isinya keras, rasanya manis dan lebih sedap drpd buah manggis. Tampuk di bawahnya bergerutu tidak seperti buah manggis yang agak licin sikit. Walau bagaimanapun pokoknya agak serupa. Kesimpulannya buah mester ni lebih sedap drpd buah manggis dan jika ayahku menjual di pekan sehari harganya agak mahal sikit.


Macam ni la bentuk buah mester kat kg aku...


Ni pula rupa buah manggis yg tak berapa nak masak lagi...

Ketika makan buah mester petang tadi;

Ibu : Angah tahu tak camne nak tahu berapa ulas isi mester?
Angah : Entah...
Ibu : Tengok dekat 'tampuk' dekat bawah buah mester tu. Kalau enam, maknanya, isi ada enam ulas. Kalau lima, lima ulas.
Angah : Ye ke?
Ibu : Tak caye jom kita tengok...


Buah mester yang mempunyai tujuh tampuk setelah dipotong, nyata tujuh ulas juga isi di dalamnya


Yang ni pula enam tampuk dan enam juga isi di dalamnya...Setelah buah mester dipotong, bilangan ulas isi buah mester tersebut didapati sama dengan bilangan tampuk yang terdapat di bahagian bawah buah berkenaan.

Ibu : Ha... betul tak kata ibu...
Angah : Eh ibu terel la...!!!
Ibu : Tersenyum kambing;)

Ingat masa kecil-kecil dulu emak yang ajar, kini, hari ini, aku mengajar angah pula.
Ini telah membuktikan bahawa jumlah ulas isi buah mester adalah sama dengan bilangan tampuk yang terdapat di bahagian bawah buah berkenaan.
HEBATNYA CIPTAAN ILAHI, tiada tandingannya...SUBHANALLAH

Wednesday, July 1, 2009

Tersangatlah Perempuannya : Gara-Gara Hari Puteri PPIM

Nak tak nak kena jugak...Macam mana nak mengelak...Memang tak boleh...Itulah yang kena atas batu jemala patik...Kak Salina dah bersalin jadik akulah yang kena ambil alih mengajar murid sulam menyulam untuk pertandingan hari puteri PPIM sabtu ni... Bukannya marah kat kak salina yang dah bersalin tu tapi marah kat penganjurnya yang buat pertandingan yang susah ni... Buatlah pertandingan yang senang sikit, batu seremban ke, main getah, main ting-ting ke...bla...bla...Senang sikit aku nak ajar. Lepas tu buat kepala surat NGO, hantar kat sekolah. Cerdik betul...Kalau dah NGO namanya manalah sekolah boleh buat klim. Kat manalah nak ambil duit nak bayar yuran pendaftaran RM50, duit minyak dan duit makan murid...hai!hai!hai!(membebel nampak...)

Jadi...tersangatlah perempuan aku ni jadiknya. Aku nak mengajar murid sulam menyulam, tsunami jadinya...hehehe aku kena ambil tuisyen dulu dengan giatmara. Lagi kesian kat azza...orang hari sabtu ni boleh bermalas-malasan di atas katil dia pulak kena antar murid ke SM Abdul Jalil. Tak pe ye azza jasamu akan dikenang...

Sebenarnya aku memang minat kerja-kerja perempuan ni sebab aku ni memang perempuan sejati hehehe...tapi bukanlah bab sulam menyulam ni. Yg aku tahu cuma jahit baju n langsir sikit-sikit, kait mengait untuk sendiri dan membuat kuih tak jadi ...tu je. Bila bab sulam menyulam ni aku k.o. Aku pun mulalah menyelongkar koleksi lama saprah untuk ditiru coraknya... Hai macam mana ni, tiru pun tak jadi...Yang penting bukan aku yang kena pandai menyulam tapi murid tukan...sebab ini pertandingan untuk murid...bukan tuk guru.(ayat tuk menyedapkan hati...)

Saprah tu aku beli di Segamat masa mengajar kat sana. Kebetulan rumah sebelah kilang sapu tangan. Bila masa sale setahun sekali aku dah suruh kawan yang kerja kat kilang tu simpan tuk aku 20, 30 helai... Murah giler sehelai RM2 dengan barang kualiti eksport. Mana nak dapat harga gitu sekarang ni. Dulu banyak la tapi sekarang ni dah tinggal sikit dah sebab aku bagi bila orang mintak.



Ini la Azura anak didik aku. Kasmah kata kalau pertandingan Puteri PPIM Cantik, sah azura menang sebab dia memang cantik. Katanya pernah berlakon iklan vitagen, sustagen dll...tapi aku tak perasanpun iklan tu...







Ni la antara koleksi 20 helai yang aku sayang. Sekarang mungkin ada lagi tapi takkan dapat harga sama macam dulu...



Ni juga antara saputangan kesayangan aku. Ni juga produk kilang tu. Walaupun biasa saja tapi ada kenangan di sebalik saputangan ni. Semuanya adalah pemberian kawanku yang bernama ani. Ani ni ada penyakit dalam istilah saintifiknya aku tak berapa ingat tapi orang kg panggil sawan babi. Sawan tu selalu menyerang ani. Aku selalu tolong masukkan sudu sebagai galang ke dalam mulutnya bila dia sakit. Mula-mula takut juga tapi kemudian dah biasa. Lepas dia sedar semula dia akan jadi lemah dan tidur sampai esok. Dialah yang bagi saputangan tu kat aku. Tapi skrg ni entah kat mana ani berada...

Sapu tangan yg kotak-kotak tu aku pernah hadiahkan kepada suami aku. Tapi sekarang ni jadi milik aku semula...Buruk siku tak aku... Masa aku sekolah dulu mesti bawa sapu tangan setiap hari. Hari ni pink, esok biru dan seterusnya. Sekarang ni mana ada orang guna saputangan lagi. Orang lebih suka guna tisu senang boleh buang je lepas guna.

Kan betul entri aku kali ini tersangatlah perempuannya...Adoi...tetiba senak rasa perut bila mengenangkan kenangan lalu...terlalu banyak cerita, ibarat kisah 1001 malam takkan habis...