Nak tak nak kena jugak...Macam mana nak mengelak...Memang tak boleh...Itulah yang kena atas batu jemala patik...Kak Salina dah bersalin jadik akulah yang kena ambil alih mengajar murid sulam menyulam untuk pertandingan hari puteri PPIM sabtu ni... Bukannya marah kat kak salina yang dah bersalin tu tapi marah kat penganjurnya yang buat pertandingan yang susah ni... Buatlah pertandingan yang senang sikit, batu seremban ke, main getah, main ting-ting ke...bla...bla...Senang sikit aku nak ajar. Lepas tu buat kepala surat NGO, hantar kat sekolah. Cerdik betul...Kalau dah NGO namanya manalah sekolah boleh buat klim. Kat manalah nak ambil duit nak bayar yuran pendaftaran RM50, duit minyak dan duit makan murid...hai!hai!hai!(membebel nampak...)
Jadi...tersangatlah perempuan aku ni jadiknya. Aku nak mengajar murid sulam menyulam, tsunami jadinya...hehehe aku kena ambil tuisyen dulu dengan giatmara. Lagi kesian kat azza...orang hari sabtu ni boleh bermalas-malasan di atas katil dia pulak kena antar murid ke SM Abdul Jalil. Tak pe ye azza jasamu akan dikenang...
Sebenarnya aku memang minat kerja-kerja perempuan ni sebab aku ni memang perempuan sejati hehehe...tapi bukanlah bab sulam menyulam ni. Yg aku tahu cuma jahit baju n langsir sikit-sikit, kait mengait untuk sendiri dan membuat kuih tak jadi ...tu je. Bila bab sulam menyulam ni aku k.o. Aku pun mulalah menyelongkar koleksi lama saprah untuk ditiru coraknya... Hai macam mana ni, tiru pun tak jadi...Yang penting bukan aku yang kena pandai menyulam tapi murid tukan...sebab ini pertandingan untuk murid...bukan tuk guru.(ayat tuk menyedapkan hati...)
Saprah tu aku beli di Segamat masa mengajar kat sana. Kebetulan rumah sebelah kilang sapu tangan. Bila masa sale setahun sekali aku dah suruh kawan yang kerja kat kilang tu simpan tuk aku 20, 30 helai... Murah giler sehelai RM2 dengan barang kualiti eksport. Mana nak dapat harga gitu sekarang ni. Dulu banyak la tapi sekarang ni dah tinggal sikit dah sebab aku bagi bila orang mintak.
Ini la Azura anak didik aku. Kasmah kata kalau pertandingan Puteri PPIM Cantik, sah azura menang sebab dia memang cantik. Katanya pernah berlakon iklan vitagen, sustagen dll...tapi aku tak perasanpun iklan tu...
Ni la antara koleksi 20 helai yang aku sayang. Sekarang mungkin ada lagi tapi takkan dapat harga sama macam dulu...
Ni juga antara saputangan kesayangan aku. Ni juga produk kilang tu. Walaupun biasa saja tapi ada kenangan di sebalik saputangan ni. Semuanya adalah pemberian kawanku yang bernama ani. Ani ni ada penyakit dalam istilah saintifiknya aku tak berapa ingat tapi orang kg panggil sawan babi. Sawan tu selalu menyerang ani. Aku selalu tolong masukkan sudu sebagai galang ke dalam mulutnya bila dia sakit. Mula-mula takut juga tapi kemudian dah biasa. Lepas dia sedar semula dia akan jadi lemah dan tidur sampai esok. Dialah yang bagi saputangan tu kat aku. Tapi skrg ni entah kat mana ani berada...
Sapu tangan yg kotak-kotak tu aku pernah hadiahkan kepada suami aku. Tapi sekarang ni jadi milik aku semula...Buruk siku tak aku... Masa aku sekolah dulu mesti bawa sapu tangan setiap hari. Hari ni pink, esok biru dan seterusnya. Sekarang ni mana ada orang guna saputangan lagi. Orang lebih suka guna tisu senang boleh buang je lepas guna.
Kan betul entri aku kali ini tersangatlah perempuannya...Adoi...tetiba senak rasa perut bila mengenangkan kenangan lalu...terlalu banyak cerita, ibarat kisah 1001 malam takkan habis...
Wednesday, July 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cayalah, akak memang perempuan sejati...
ReplyDeletehmmm cantik sapu tangan akak...taknak ke adiahkan pada saya..boleh bawa pi sekolah sb saya suka bawa sapu tangan pi sekolah....
Azura 2 memang comel ( abang n kakak dia pun comel gak ...dia mungkin darah campuran anak mami penang kot(sebab family dia org penang)
min cuma pakai tisu, time selsema. biasanya pakai sapu tangan jer... tp tak ada la cantik cam kak huda nye. min punye yg ado jer....
ReplyDeleteYaya: akk ni memang perempuan sejati tapi masih banyak yg kurangnya...tentang saputangan tu sorila ye dah tinggal hanya untuk simpanan sendiri je dah.
ReplyDeleteDah buat kiriman wang ke? Jgan lupa, malam senin kelas kita sama kat dewan zaaba...
min: akk skrg ni pun dah tak bawa saputangan lagi sbb asyik hilang je...lupa kat mana letak. tapi rasanya s/tangan ni sesuai digunakan semula pasal h1n1 ni kan...
chik hobi kumpul sapu tangan ke? saya still guna sapu tangan apa.. especially lap tangan lepas makan kalau takde tisu.. dan utk lap peluh :)
ReplyDeletewah lelaki sejati gitu... pakcikpun kekadang guna saputangan juga...
ReplyDeleteKak, boleh tak sy dptkan alamat Kilang sapu tangan di segamat tu? sgt memerlukan. thanks :)
ReplyDelete