Wednesday, July 22, 2009

21JULAI 2009

Kisah 1: Trauma

Tadi masa bersiap-siap nak pergi ke sekolah aku dengar bunyi tapak kasut kat luar rumah. Biasa je lah sebab ingatkan orang SYABAS periksa meter air, maklumlah dah hujung bulan ni. Tapi yang peliknya mengapa kucing aku tiga ekor tu bunyi berebut-rebut panjat pintu gril.

Pelik jugak...Akupun intai kat cermin tingkap ... ada seorang lelaki kat belakang rumah aku. Siapa dia???? Angah pula dah pergi ke sekolah sebab hari ni ada bacaan YAASIN. Hatiku mula bertanya. Pakaiannya bukan uniform SYABAS, memakai topi lembik dan berdiri-diri kat tempat parking motor dan van aku. Ya Allah aku dah mula kecut perut, mulalah teringatkan dua kisah aku kena ragut kat depan rumah dan di atas motor dulu. Macam mana nak buat ni sedangkan masa tu dah pukul 1.00 lebih. Terasa lembik lutut aku. Yang menjadi persoalannya apa lelaki tu buat kat rumah aku dalam masa lebih kurang 20 minit ni...

Mula-mula telefon kak eshah tapi kak eshah tak angkat. Tak de cara lain akupun telefon kak odah mengatakan aku tak dapat nak keluar rumah sebab ada lelaki tak dikenali kat tempat parking rumah aku. Kak Odah cakap nanti dia suruh din dan ronzi datang tengok.

Aku cuba tengok sekali lagi dan alhamdulillah lelaki tersebut dah tak ada. Aku yang terketar-ketar cepat-cepat ambil kunci kereta (pada masa tu tak berani naik motor) dan keluar dengan segera. Masa nak keluar parking tu nampak din. Terima kasihlah din kerana ambil berat pada kakak kau yang dah TRAUMA ni.

Sampai masa aku menaip ni aku masih berfikir:

1. Siapakah lelaki itu?
2. Adakah dia mempunyai niat jahat seperti nak mencuri motor aku atau nak menangkap 3 ekor kucing aku.
3. Adakah orang itu salah seorang yang meragut rantai aku kat depan rumah dulu.
4. Kak eshah kata dia pernah baca kalau binatang ketakutan bermakna binatang tu nampak benda yang menakutkan seperti orang nak pukau dan sebagainya. ERRRRRR takutnya...
5. Macam mana aku nak hilangkan trauma ini, sebab sampai kat sekolah aku masih lagi lembik lutut, dada berdegup kencang...

Kisah 2: Keputusan Peperiksaan Sem 5

Semalam lagi keputusan exam sem 5 dah keluar tapi tak tengok sbb semalam aku tak datang kelas. Tadi baru sempat tengok...Punyala berdebar sebab aku rasa sem ni aku tak boleh nak score markah yang tinggi. Jeng...jeng...jeng...alhamdulillah aku bersujud syukur kepadaMu ya ALLAH... inilah keputusan aku yang terbaik yang aku dapat sepanjang 5 semester aku kat UPM ni. Sungguh tak disangka...

Dua kisah yang aku ceritakan di sini berlaku pada hari yang sungguh bermakna dalam hidupku. Tanggal 21.07.2009 adalah tarikh hari lahirku. Aku tak mintak apa2(ye ke???) cuma aku minta agar aku dihindari daripada segala musibah dan bala bencana yang buruk dan biarlah kebahagiaan yang aku kecapi hari ini berterusan sampai bila-bila serta permudahkanlah segala urusanku...AMIN YA RABBAL 'ALAMIN

7 comments:

  1. 1. bestnya entry makan n makan lagi..tak jemput pun kami di bilik guru lagi satu?? hehehhehehe buat muka lapar setahun nih...

    2. happy birthday yg ke???...semoga bahagia n panjang umur sis..

    3. lelaki itu menakutkan..berjaga2...better kak huda simpan no asp polis ampang..mana tau kalau berlaku benda2 yg tak diingini

    ReplyDelete
  2. 1. ttg entry makan tu, lain kali kami akan jemput tp kena bawak cekodoklah...hihihik

    2. kiralah sendiri 1972

    3. harap2 lelaki misteri tu tak datang dah...

    ReplyDelete
  3. kak..kak kuat smngt ye..i.Allah dipermudahkan sgla urusn kak lps ni..
    azam 'bestday mom'msti ade kan?..ape tu..leh kongsi skit ngn adik amna..hehe
    aper2 pun moga Allah eratkan ukhwah kita ye kak..amin..sayangg akak!

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.... tk jadi apa-apa. mak ude dengar jg cite tp tk brape complete citenye. semoga adikku ini sentiasa didalam lindunganNYA jua.. Amin. Semoga dengan bertambah umur setahun lg akan jadikan Huda seorg yg lebih tabah dan bersemangat. "All the best and May Allah bless you always" Maaf Tiada hadiah dari Mak ude.....

    ReplyDelete
  5. amna: i lov u toooooo

    mak ude: tak de hadiahpun tak pe tapi macam mana dgn permohonan nak jadi kawan baik tu?? dah ada jawapan ke blum???

    ReplyDelete
  6. 21 July? Semuga panjang umur. belajar sampai habis!!! mana hadiah saya? orang sambut hari jadi kena bagi hadiah kat orang lain. undang2 baru. baru buat kejap tadi.

    ReplyDelete
  7. insyaalllah dr. selagi hayat dikandung badan saya akan teruskan perjuangan ini...

    ReplyDelete

Yg baik jadi teladan, yg buruk jadi sempadan. Silalah...