Showing posts with label citer skpi. Show all posts
Showing posts with label citer skpi. Show all posts

Friday, July 24, 2009

1 Malaysia, 1 SKPI...

Kalau Najib sibuk buat roadshow dengan slogan 1 Malaysia, aku tetiba dapat idea nak buat juga slogan 1 SKPI...tapi boleh ke? Aku tak sokong mana-mana pihak cuma jadi pemerhati PBB (bebas) je A.K.A berdiri atas pagar kikikik...kata kawan aku orang macam aku ni tak de pendirian ye ke???tapi niat aku cuma satu je...aku akan bertegur sape dengan semua orang...

Tapi rasanya cikgu petang masih lagi akrab dan ok je...di bawah pemerhatian kak odah. Kalau macam tu slogan 1 SKPI tu untuk cikgu petang ajelah...!!!

Sunday, July 12, 2009

Makan dan makan lagi...

Kat bilik guru lama boleh katakan sebulan sekali ada makan-makan. Sempena apa terpulang, ada sempena habis praktikum, sempena nak cuti sekolah, sempena hari guru, sempena hari jadi dan bebagai lagi. Hari jumaat baru ni kononnya makan-makan sempena hari jadi makyu. Tapi suprisenya tak menjadi sebab mak yu n syida goreng bihun ala-ala perak yang sedap itu.

Orang lain secara senyap-senyap top uplah yang ringan ringan. Aku buat agar2 buah-buahan sejuk mata memandang dan sambal ayam yang terlebih mim alif=(ma) sin ya nun=(sin)...hai nak kawin lagi ke norhuda? cukup lah sekali...aku dot tenet dot com bawa pulut durian yang pekat memikat kau memang debom, anak dara maz n ina bawa mee goreng cun melecun (dah boleh kawin dah ni),lia ariani bawa sanwic berlapis n kek bertingkat, kak eshah dan laily menggoreng kerepok dengan penuh kasih sayang, samsiah bawa tembikai merah menawan,...ayam goreng, sosej tak tau sape yang bawa sbb tak de nama hihihi...Sebenarnya aku tak sempat nak tanya main bedal aje. Air sirap laici manis terlebih rasa ditaja oleh makyu n syida...Kalau ada yang tak tertulis kat sini hamba mintak maaf la ye...tapi yang pasti semuanya habis, selepas set2 perempuan makan, disambung pula oleh guru2 lelaki. Licin...

Bagus juga ada makan-makan macam ni sebab boleh mengeratkan ukhwah sesama guru2. Selain tu, bolehlah tunjuk keterean dan skill memasak masing-masing. Jangan sampai tak masuk kelas udah la ye...nanti kak odah cari...Terima kasih kawan-kawan. Hari tu memang kenyang sungguh... Aik kata nak slim, kalau macam ni tak boleh slim la aku...

Lihatlah...

Ni la jemaah guru perempuan petang bilik guru lama yang amat sporting...cayala...



Befday girl yg pakai tudung putih tu...dia memang suka menyendukkan makan untuk orang tapi aku tak nampakpun dia makan...opssss lupa dia kan diet...



Nampak dalam gambar macam tak sedap sebab aku tak pandai cari angle yag cantik, tapi bila makan teramatlah sedaaaapnya...

Sunday, June 21, 2009

NUTP: Guru Pembantu

Tadi sempat gak tengok berita pukul 8.00 TV3, NUTP ada cadangkan agar guru-guru pembantu diadakan di sekolah harian. Guru-guru pembantu ni tugasnya untuk membantu guru tulen dalam bahagian pengkeranian. Setakat ni guru pembantu cuma ada kat kelas pra dan kelas pendidikan khas saje. Guru-guru tulen bolehlah tumpukan perhatian 100% kepada p&p murid dalam kelas...tak gitu????

Kalau cadangan ni diluluskan (tak tahu berapa tahun lagi daaaa...) akupun tumpang suka jugak. Tugas guru sekarang ni aku rasa lebih banyak tugas kerani daripada tugas yang wajibnya iaitu mengajar kat dalam kelas. Bolehla bantu guru-guru yang banyak kereje kat sekolah aku tu, seperti s/u hem, penyelaras tahun 6, kp math, guru kelas, dll.

Aku takyah la kot ada guru pembantu sebab aku dah berduet dengan farah yang rajin giler...Apa pendapat kawan-kawan bloggerrrrrrrrrrrrrr tentang isu guru pembantu ni????? Tapi kalau dapat guru pembantu yang MEMBATU pun tak guna jugak kan...



HIDUP NUTP!!!!!!!!!
Yang ye..ye.. aku letak logo NUTP ni kenapa????
Aku dah jadi ahli ke?????????
Tahun depan la aku jawab...hehehe.

Saturday, May 30, 2009

Rombongan Che' Kiah



Gambar Rombongan Che' Kiah. Aku blurkan latar gambar tu dengan menggunakan adobe photoshop.

Pada 23.05.09 yang lalu aku join sekali rombongan che' kiah yang diketuai oleh yaya pergi Petrosains. Kalau tak silap seramai 26 orang yang pergi termasuk budak-budak kebudayaan yaya, cikgu-cikgi dan dua tiga orang parents. Aku and angah walau tak terlibat dengan kebudayaanpun, tumpang sekaki. eh cup... 4 kaki la... Kami berkumpul di sekolah dulu dan lebih kurang pada pukul 11.00 kami bertolak dengan menaiki bas. Bas apa ye... tapi yang bernombor 30. Jawabnya penuhla satu bas dengan kami semua.

Memang best g Petrosains. Semuanya kalau boleh nak dicuba. Mula2 masuk Dino trek. Yang paling kelakarnya berjoget dengan Dino. Dino kat dalam tu memang real la... Dah masuk dinotrek masuk pula petrosains yang utama. Nak masuk kena gilir-gilir tunggu tren. Melalui tempat yang gelap tapi di selelilingnya ada tayangan video dan berbagai lagi. Wah kat sini lagi la banyak ilmu yang dapat diperolehi sambil mencuba dan bermain... Betul-betul seronok. Aku, kak nad, yaya, zaima, kak jun menjerit-jerit mencuba segala macam yang boleh dicuba. (Yang sebenarnya aku yang menjerit lebih...) Biar kami cikgu-cikgi yang mencuba, sebabnya... murid-murid jalan laju je...

Yang aku ingatnya, aku berlawan main baling bola yang paling laju, memakai kasut kayu yang macam nak jatuh, siapa yang paling kuat aku ke seladang nak (tergelak betul dengan yaya), naik helikopter tapi yang ni kak jun dan kak nad tak naik sbb gayat n lemas, lawan guna otak, naik ski, dan yang paling cemas dan berdebar masa lalu terowong gelungsur. Kena panjat tangga. Yaya dah turun tapi aku tak turun lagi...takut juga. Tapi akhirnya aku turun juga...demi sebuah maruah...hihihik. Banyak lagi yang nak diceritakan tapi ...apa kata korang pergi sendiri. Kalau dah pergi, pergi la lagi, pasti tak boring punya. Sesuai kalau nak pergi masa school holiday macam sekarang ni. Ni gambar yang aku sempat snap, jom layan....


Akukah itu? Macam tak caye je...Gambar ni digabungkan sebab nak jimatkan ruang.




Pelbagai aksi angah semasa rombongan che' kiah...




Ni gambar masa menari dengan dino. Sapela yang jakun sangat tu. Sepatutnya aku tak payah la sibuk-sibuk ambil gambar. Sebabnya dah ada camera yang tangkap gambar, siap boleh hantar gambar kat alamat email kita lagi...korang janganla jadi mak jakun macam aku...hihihik.




Dua kali aku menari satu, hala masuk dan satu lagi masa nak keluar. Ni bergambar dengan angah dan family zaima. Family zaima amatlah sporting...

Lastnya aku dan angah nak ucapkan terima kasih kepada yaya selaku ketua rombongan dan juga kawan-kawan yang sudi mengajak dan menyeponse kami semua. Kalau ada rombongan che' kiah ke, che' munah ke, ringan-ringanla mulut ajak aku lagi...tq

Saturday, May 23, 2009

Aku kembali...

Assalamualaikum...kini aku kembali membersihkan sawang-sawang dan debu-debu (kalau ada la)di laman blog ini. Masa terlalu mencemburui aku lewat kebelakangan ini. Terlalu banyak yang perlu dibereskan, dengan kerja kursusnya, nak tanda ujian bulanannya, dengan sukannya dan segala macam mak nenek. Tapi bukan bermakna aku tak bersiar-siar langsung kat blog kengkawan. Blog azza tetap dengan citer panasnya, min pula diam-diam dah ada blog sendiri, azerai pula mungkin tak sempat nak antar post baru, farah hayati...(akk tengah tunggu citer tuttt. mana dia...),dan yahya pula dah keluar dengan blog pesonatari.

Entry aku kali ni nak citer dengan kawan-kawan pasal aku belajar buat kalendar meja. Ni bukan saja-saja mengade buat tapi assignment beb...Puas juga aku belajar tanya orang itu ini barulah jadi. Kalau ada kengkawan nak belajar ke, nak tempah ke boleh la ye datang jumpa aku. Belumpun siap lagi sampai bulan disember tapi saje je nak berlagak cikit dengan kengkawan...he3x.

Pas tu aku nak mintak kebenaran la bagi sesiapa yang baca entry aku kali ini bahawa ada di antara anda yang aku ambil jadi model gadis kalendar gitu... Nanti jangan pula terkezzzut... and mintak bayaran...Kalendar yang aku buat untuk bulan april ialah gambar-gambar guru skpi tapi tak la semua... jangan la kecil ati kalau ada di antara anda yang tak ada. Kalau gambarnya nak besar dan banyak buatlah kalendar sendiri...ekekekek. Jangan ambil ati ye...



DOKTOR NORMALIZA: KALAU DOKTOR TENGOK KALENDAR SAYA NI...APA KOMEN DOKTOR? BOLEH TAK SAYA DAPAT 'A+' BULAN JANUARI 15 LAYER BULAN, APRIL 21 LAYER DAH NI..HEHEHE...

Untuk bulan januari yaya kate dia suka sbb backgroundnya cantik... yela gambar pemandangan...



Ni la gambar kawan-kawan kat skpi... gb termasuk dalam senarai kawan-kawan jugak kah... iyela kan semua orang islam tu bersaudara. Gambar dia tu aku 'crop' masa ari sukan. Bukan aku yang nak gambar dengan dia tapi dia yang nak bergambar dengan kamera aku. Perasan gitu... Ha kalau tak caya tengokla gambar ni. Yang bersemangat dengan baju tuttt dia la...



Yang tak de dalam gambar. cameraman... terima kasih yaya.
Apa kata aku post sekali gambar masa ari sukan yang panas tu. Lagipun kan aku tak de entry tentang ari sukan...



Gambar yang aku belum sedia...nak je aku 'crop' gambar yaya ni n masukkan kat dalam bulan april tapi tak jadi la sbb dia tak menutup aurat... tak pakai tudung...he3x



Sempat lagi tu gadis-gadis ni bergambar dengan topi...

Aku rasa cukupla gambar-gambar yang aku post. Kalendar tu dah siap sampai bulan ogos tapi takkanla nak post semua...Dah pukul tiga pagi dah ni...esok nak g jalan lagi. Orang ajak, aku ikut aje...jalan ke mana? tunggula post aku yang akan datang. Jeng...jeng...jeng...

Saturday, May 2, 2009

Sekitar Latihan Sukaneka 09

Minggu ni dari 27.04. hingga 30.04. dah start latihan sukaneka bagi murid tahap 1. Latihan start lepas rehat sampai balik. Murid-murid apa lagi, horeeeey... Cikgu-cikgi taklah mengajar dalam kelas tapi terpaksa pula bertungkus lumus melatih dan mengawal murid-murid. Ni belum lagi buat latihan kat padang...Dah meleleh peluh dibuatnya. Aku kena jaga kelas 2 Patuh n 2 Gigih. Minggu depan pun latihan jugak lagi, kalau gb bagi la... Sukanekanya akan diadakan pada 08.05.09. Manakala sukan betulnya bagi murid tahap 2 pada 10.05.2009.(Ahad) Selamat bersukan, aku...
Sempat jugak snap gambar masa latihan...tapi aku letak yg tahun 2 dulu ye. Tahun 3 nanti...Jom layan.


Acara pertama ni agak ilmiah cikit. Gambar-gambar tu kena kepitkan dengan penjodoh bilangannya yang betul.Alahai anak...nak kepitpun terbalik... macam mana nak menang.


Dah kepitkan masuk pula dalam bakul. Walaupun cepat tapi kalau salah penjodoh bilangannya, tak dikira sebagai pemenang. Baca elok-elok ye anak...


Acara kedua ni namanya TELUR DI HUJUNG TANDUK. Jalan pelan-pelan ye...jangan sampai telur tu jatuh dan pecah. Aku saje ambil gambar 'memey' biar dia glemer cikit. Sebenarnya kesian dia ni tinggal kat umah wawasan...tak cukup vitamin.


Ni pun sama gak...iaitu telur di hujung sudu...hehe.



Acara ketiga yang paling best, pada aku la... Namanya BANG BANG BOOM. Tiup anak tiup... tapi jangan sampai tersempur air liur. Ada tu yang dah tiup besar-besar tapi terlepas pulak sebab tak pegang kuat-kuat...


Dah penat-penat tiup belon tu tadi, kena kasi pecah pulak. Caranya, letak kat bawah tuuut... dan hempap kuat-kuat. lagi besar tuut... lagi cepat meletup. Tapi kalau tak pecah jugak cikgu-cikginya cucuk ngan pen kasi pecah. Nak menang beb walaupun ni cuma latihan je...ahak

Saturday, April 18, 2009

Kursus LADAP yang 'best'


Ni la kursus LADAP yang 'best' tu start kul 8.00 hingga kul 2.00...campur ngan makan-makan.

Senyuman manis anakdara-anakdara SKPI. Tengok boleh, dipegang jangan.


Hari-hari gi sekolah. Kalau sayang sekolah kena selalu gi sekolah. Bukan apa takut sekolah hilang... Kursus LADAP ni disampaikan oleh JU En. Azmi Ahmad seorang yang berwibawa. Tentang HEADCOUNT. Macam mana nak kira kepala murid-murid. Nampak macam senang tapi susah ooo and very rumit. Kena dengar betul-betul. Kalau tak, tak faham.

Ni aku sedang dengar 'betul-betul' la sambil buat post yang best ni....hehe. Sempat lagi Syasya ajar aku step nak buat background blog. Cantik kan...Bunga rose lagi. Kalau kak liza tengok mesti dia jeles...

Tengok la promosi 4 orang dara SKPI ni . Yang depan sekali dan sedang senyum mendengar tu kalau ada RM10k boleh la masuk...ada BERANI? Bukan aku kata, dia yang kata...

Petang yang panas


murid-murid 2I yang kepanasan...termasuklah gurunya.

walaupun panas tetap buat latihan juga.


Lepas rehat aku ada kelas. Tu tak kisahlah... tapi yang kisahnya tak ada elektrik. Tengokla kipas tu tak pusing punkan! Amboi panasnya, baru lepas makan nasi dagang Samsiah buat pula tu. Suruh Cikgu Hatme betulkan kat 'main' suis tapi tak boleh juga.


Budak-budakpun apa lagi bising la. Kena control ni. Cikgu tak bolehla tunjukkan 'kepanasan' kat murid-murid. Jadi murid-murid marila kita sama-sama bersabar dan beristighfar. Ya Allah ni baru panas dunia belum lagi panas di akhirat apabila matahari berada sejengkal di atas kepala.

Aidil Ummah pertama 2009


Murid murid sedang mendengar aidul ummah di tamek sekolah


Murid-murid mendengar dengan khusyuk...


Petang tadi 17.04.2009, barulah aidil ummah yang pertama dapat diadakan dalam tahun 2009 ni. Sebelum ni asyik hujan je. Su yang menyampaikannya. Semoga anak yang dikandungnya menjadi anak yang soleh @ solehah. Isi yang disampaikannya tak pernah lagi aku dengar. Banyak ilmu yang boleh diambil dan mari la kita kongsi bersama kepada sesiapa yang sudi...


SEJARAH SOLAT 5 WAKTU

NABI MUHAMMAD SAW MERUPAKAN NABI TERAKHIR YANG DIUTUSKAN OLEH ALLAH SWT UNTUK MEMBIMBING MANUSIA KE ARAH JALAN KEBENARAN.TIDAK SEPERTI UMAT NABI - NABI YANG LAIN, UMAT NABI MUHAMMAD TELAH DIPERINTAHKAN UNTUK MENGERJAKAN SOLAT 5 WAKTU SETIAP HARI.INI MEERUPAKAN KELEBIHAN DAN ANUGERAH ALLAH SWT TERHADAP UMAT NABI MUHAMMAD DIMANA SOLAT TERSEBUT AKAN MEMBERIKAN PERLINDUNGAN KETIKA DI HARI PEMBALASAN KELAK.BERIKUT DITERANGKAN ASAL-USUL BAGAIMANA SETIAP SOLAT MULA DIKERJAKAN.

SUBUH

MANUSIA PERTAMA YANG MENGERJAKAN SOLAT SUBUH IALAH NABI ADAM A.S IAITU KETIKA BAGINDA KELUAR DARI SYURGA LALU DITURUNKAN KE BUMI.PERKARA PERTAMA YANG DILIHATNYA IALAH KEGELAPAN DAN BAGINDA BERASA YANG AMAT TAKUT.APABILA FAJAR SUBUH KELUAR,NABI ADAM A.S PUN BERSOLAT 2 RAKAAT.

RAKAAT PERTAMA : TANDA BERSYUKUR KERANA BAGINDA TERLEPAS DARI KEGELAPAN MALAM

RAKAAT KEDUA : TANDA BERSYUKUR KERANA SIANG TELAH MENJELMA



ZOHOR

MANUSIA PERTAMA MENGERJAKAN SOLAT ZOHOR IALAH NABI IBRAHIM A.S IAITU TATKALA ALLAH SWT TELAH MEMERINTAHKAN PADANYA AGAR MENYEMBELIH ANAKNYA NABI ISMAIL A.S..SERUAN ITU DATANG PADA WAKTU TERGELINCIR MATAHARI,LALU SUJUDLAH NABI IBRAHIM SEBANYAK 4 RAKAAT

RAKAAT PERTAMA : TANDA BERSYUKUR BAGI PENEBUSAN

RAKAAT KEDUA ; TANDA BERSYUKUR KERANA DIBUKAKAN DUKACITANYA DAN JUGA ANAKNYA

RAKAAT KETIGA : TANDA BERSYUKUR DAN MEMOHON AKAN KEREDHAAN ALLAH SWT

RAKAAT KEEMPAT : TANDA BERSYUKUR KERANA KORBANNYA DIGANTIKAN DENGAN KIBAS



ASAR

MANUSIA PERTAMA MENGERJAKAN SOLAT ASAR IALAH NABI YUNUS A.S TATKALA BAGINDA DIKELUARKAN OLEH ALLAH SWT DARI PERUT IKAN NUN. IKAN NUN TELAH MEMUNTAHKAN NABI YUNUS DI TEPI PANTAI, SEDANG KETIKA ITU TELAH MASUK WAKTU ASAR. MAKA BERSYUKURLAH NABI YUNUS LALU SOLAT 4 RAKAAT KERANA BAGINDA TELAH DISELAMATKAN OLEH ALLAH SWT DARIPADA 4 KEGELAPAN IAITU :

RAKAAT PERTAMA : KELAM DENGAN KESALAHAN

RAKAAT KEDUA : KELAM DENGAN AIR LAUT

RAKAAT KETIGA : KELAM DENGAN MALAM

RAKAAT KEEMPAT : KELAM DENGAN PERUT IKAN NUN



MAGHRIB

MANUSIA PERTAMA MENGERJAKAN SOLAT MAGHRIB IALAH NABI ISA A.S. IAITU KETIKA BAGINDA DIKELUARKAN OLEH ALLAH SWT DARI KEJAHILAN DAN KEBODOHAN KAUMNYA,SEDANG WAKTU ITU TELAH TERBENAMNYA MATAHARI.BERSYUKUR NABI ISA ,LALU SOLAT 3 RAKAAT KERANA DISELAMATKAN DARI KEJAHILAN TERSEBUT.

RAKAAT PERTAMA : UNTUK MENAFIKAN KETUHANAN SELAIN DARI ALLAH SWT YANG MAHA ESA

RAKAAT KEDUA : UNTUK MENAFIKAN TUDUHAN DAN JUGA TOHMAHAN KE ATAS IBUNYA SITI MARIAM YANG TELAH DITUDUH MELAKUKAN PERBUATAN SUMBANG

]RAKAAT KETIGA : UNTUK MEYAKINKAN KAUMNYA BAHWA TUHAN ITU HANYA SATU IAITU ALLAH SWT SEMATA-MATA,TIADA DUA ATAU TIGA



ISYAK

MANUSIA PERTAMA YANG MENGERJAKAN SOLAT ISYAK IALAH NABI MUSA A.S.. PADA KETIKA ITU. NABI MUSA TELAH TERSESAT MENCARI JALAN KELUAR DARI NEGERI MADYAN,SEDANG DALAM DADANYA PENUH DENGAN PERASAAN DUKACITA. ALLAH SWT MENGHILANGKAN SEMUA PERASAAN DUKACITANYA ITU PADA WAKTU ISYAK YANG AKHIR. LALU SOLATLAH NABI MUSA 4 RAKAAT SEBAGAI TANDA BERSYUKUR.

RAKAAT PERTAMA : TANDA DUKACITA TERHADAP ISTERINYA

RAKAAT KEDUA : TANDA DUKACITA TERHADAP SAUDARANYA NABI HARUN

RAKAAT KETIGA : TANDA DUKACITA TERHADAP FIRAUN

RAKAAT KEEMPAT : TANDA DUKACITA TERHADAP ANAK FIRAUN