Kat bilik guru lama boleh katakan sebulan sekali ada makan-makan. Sempena apa terpulang, ada sempena habis praktikum, sempena nak cuti sekolah, sempena hari guru, sempena hari jadi dan bebagai lagi. Hari jumaat baru ni kononnya makan-makan sempena hari jadi makyu. Tapi suprisenya tak menjadi sebab mak yu n syida goreng bihun ala-ala perak yang sedap itu.
Orang lain secara senyap-senyap top uplah yang ringan ringan. Aku buat agar2 buah-buahan sejuk mata memandang dan sambal ayam yang terlebih mim alif=(ma) sin ya nun=(sin)...hai nak kawin lagi ke norhuda? cukup lah sekali...aku dot tenet dot com bawa pulut durian yang pekat memikat kau memang debom, anak dara maz n ina bawa mee goreng cun melecun (dah boleh kawin dah ni),lia ariani bawa sanwic berlapis n kek bertingkat, kak eshah dan laily menggoreng kerepok dengan penuh kasih sayang, samsiah bawa tembikai merah menawan,...ayam goreng, sosej tak tau sape yang bawa sbb tak de nama hihihi...Sebenarnya aku tak sempat nak tanya main bedal aje. Air sirap laici manis terlebih rasa ditaja oleh makyu n syida...Kalau ada yang tak tertulis kat sini hamba mintak maaf la ye...tapi yang pasti semuanya habis, selepas set2 perempuan makan, disambung pula oleh guru2 lelaki. Licin...
Bagus juga ada makan-makan macam ni sebab boleh mengeratkan ukhwah sesama guru2. Selain tu, bolehlah tunjuk keterean dan skill memasak masing-masing. Jangan sampai tak masuk kelas udah la ye...nanti kak odah cari...Terima kasih kawan-kawan. Hari tu memang kenyang sungguh... Aik kata nak slim, kalau macam ni tak boleh slim la aku...
Lihatlah...
Ni la jemaah guru perempuan petang bilik guru lama yang amat sporting...cayala...
Befday girl yg pakai tudung putih tu...dia memang suka menyendukkan makan untuk orang tapi aku tak nampakpun dia makan...opssss lupa dia kan diet...
Nampak dalam gambar macam tak sedap sebab aku tak pandai cari angle yag cantik, tapi bila makan teramatlah sedaaaapnya...
Sunday, July 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kak huda. amboi sedap nye....
ReplyDeletedah lama tak join makan2 kat sekolah..
sekolah pagi tak buat...tak sempat kot...
hmmmm kadang2 rasa berbeza sangat situasi antara cikgu pagi dan petang...dari segi sikap ada pro n kontra....ntah le....kang cakap lebih2 ada pulak yang sensitif...
kak huda, macam ne nak letak lagu kat blog...ajar le..
Sedap memang sedap. kalau yaya nak join pun dialu-alukan. tak bawa ,makananpun tak pe...sambil makan borak-borak sampai tak ingat masuk kelas...hihihik..
ReplyDeleteNak masuk lagu senang je klik je kat tmpat tulisan gratisan muzik kat blog akk tu. pas tu dia akan buka laman web lagu...pilihla lagu indon ke, barat ke, atau malaysia ke. spesifik lagu yg kita nak, dia akan buka lagu tu n keluarlah negatif lagu tersebut. kita copy negatifnya n paste kat java blog kita. slmat mencuba...try n erre
Lagu kat blog akk tu'terlanjur cinta' jiwang sgtkan. akk nak ambil lagu maikel jesen biar rancak sikit tapi tak de...