Tahun ni suamiku telah menukar duit raya sebanyak rm500, tapi duit tu dia tak bawa balik ke rumah. suamiku meninggalkan duit raya tu kat pejabatnya. hari jumaat sebelum balik kg aku telah menghantar van untuk diservis di danau kota dan berhampiran dengan tempat suamiku bekerja. jadi suamiku telah menyuruh aku singgah sekejap di tempat dia bekerja dan mengambil duit raya itu untuk dibawa pulang. aku pun apa lagi...suka hati sangatlah sebab orang suruh ambil duitkan...bukannya ambil sampah. lepas ambil duit raya tu aku pergi ke rumah kak imah untuk serahkan duit kuih raya yang telah aku jual dan seterusnya aku pergi ke giant untuk membeli kek lapis sarawak yang kawan aku jual.
Balik dari giant aku, along,dan angah sibuk mengemas barang-barang yang telah dibeli, buka puasa dan lain-lain lagi. Suamiku tidur awal mungkin sebab penat bekerja. dalam pukul 11 lebih tu aku mula mengemas beg tangan aku. baru aku teringat nak simpan duit raya. Ya allah mana duit raya yang suamiku bagi tadi???? duit tu tak de dalam beg tanganku. akupun mula gelabah. aku pergi cari kat kereta sampai 2 kali tapi tak de. cari kat bilik tak de. cari kat dapur tak de. semua tempat aku cari tak de. along dan angah pun tolong aku cari tapi tetap tak de. dah berpeluh aku dibuatnya. kalau suamiku tahu hilang...hai kena marah lah aku kali ini. rm500 bukannya sikit bagi kami.
Aku cuba ingat elok2 kat mana aku letak tapi tetap tak ingat juga. akupun dengan muka tak malu telefon kak imah yang jual kuih raya tu. tapi dia tak angkat. lepas tu dia pulak telefon aku. dia pun terus tanya aku sama ada aku ada tak tinggal barang tak kat rumah dia? aku kata ada iaitu duit raya. kak imah kata betul duit raya. ALHAMDULILLAH aku terus sujud syukur. nasib baik tinggal kat rumah kak imah yang jujur, macam mana kalau aku tercicir kat giant...tentu tak berduit rayalah anak-anak buahku di kampung...
Kosongkan rumah ini and just give away
1 year ago