Emak kata buah mester tak de kat tempat lain...ye ke? Aku sekadar bertanya di dalam hati? Sekadar nak mencari bukti tak salahkan. Buah mester ni berbeza sikit dengan buah manggis. Buahnya agak bujur, isinya keras, rasanya manis dan lebih sedap drpd buah manggis. Tampuk di bawahnya bergerutu tidak seperti buah manggis yang agak licin sikit. Walau bagaimanapun pokoknya agak serupa. Kesimpulannya buah mester ni lebih sedap drpd buah manggis dan jika ayahku menjual di pekan sehari harganya agak mahal sikit.
Macam ni la bentuk buah mester kat kg aku...
Ni pula rupa buah manggis yg tak berapa nak masak lagi...
Ketika makan buah mester petang tadi;
Ibu : Angah tahu tak camne nak tahu berapa ulas isi mester?
Angah : Entah...
Ibu : Tengok dekat 'tampuk' dekat bawah buah mester tu. Kalau enam, maknanya, isi ada enam ulas. Kalau lima, lima ulas.
Angah : Ye ke?
Ibu : Tak caye jom kita tengok...
Buah mester yang mempunyai tujuh tampuk setelah dipotong, nyata tujuh ulas juga isi di dalamnya
Yang ni pula enam tampuk dan enam juga isi di dalamnya...Setelah buah mester dipotong, bilangan ulas isi buah mester tersebut didapati sama dengan bilangan tampuk yang terdapat di bahagian bawah buah berkenaan.
Ibu : Ha... betul tak kata ibu...
Angah : Eh ibu terel la...!!!
Ibu : Tersenyum kambing;)
Ingat masa kecil-kecil dulu emak yang ajar, kini, hari ini, aku mengajar angah pula.
Ini telah membuktikan bahawa jumlah ulas isi buah mester adalah sama dengan bilangan tampuk yang terdapat di bahagian bawah buah berkenaan.
HEBATNYA CIPTAAN ILAHI, tiada tandingannya...SUBHANALLAH
Tuesday, July 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kak huda,
ReplyDeleteapa maksud manggis atau mester...
eh awal balik??? ke tak gi kelas...akk blum siap taip lagi da....
ReplyDeletekak huda pun perangai sebijik azza, belum habis taip dah publish...wahahaha...yahya laju nya ko terjah blog org....
ReplyDeleteHa yaya n azz dah siap dah akk tulis...komen jgan tak komen... tadi akk buat kerja lain dulu, makan, tengok csi, basuh kain dll sebab tu nampak tajuk tergantung...hihihik
ReplyDeletehuwaaa.. tengok csi? tengok tak boyfriend saya yang nick stokes dalam csi:lasvegas tu.. hehe
ReplyDeletesedappppnyaaaa mesterr...tak sabar nk makan esok.. :)
ReplyDeletejulie^beth: oooooo baru saya tau dia tu boypren u. tak lah gaduh ngan dr. yek....
ReplyDeleteita_intan: buah mester memang sedap. nanti suh la intan ambil banyak sbb mchikpun balik juga tapi naik bas je...panjat, jangan tak panjat...
chik saya pun balik esok tengahari, ada byk lagi ke buah??
ReplyDeletemester dgn manggis ni kiranya satu family la.. sorang anak gemuk, sorang kurus.. mcm tu lah kot.. tapi saya bedal je semua.. mester ke.. manggis ke.. semua bestt!!
Zan: yahooo!!!marilah kita beramai-ramai balik kg. buah memang banyak lagi tapi kat atas pokokla...Masa mchik balik dulu cuma ambil buah kat kebun ulu kemuning je, kat kebun kg tak usik lagi...Zan, kalau makan buah mester buah manggis dah tak pandang dah..
ReplyDeletetime kaseh sebab bagi mester ari tu..memang sedap..2 le 1st time rase n tgk mester sejak hidup ni...
ReplyDeletekalau akak tak bagi saya mungkin sampai bila2 pun tak kenal n rase mester...kuang2...
Jasamu Di kenang...