Showing posts with label citer kami. Show all posts
Showing posts with label citer kami. Show all posts

Friday, September 25, 2009

Cerita raya episod 1...

Biarlah...dengan bangganya aku baru ada rasa nak menulis cerita raya. sebelum ni macam tak de mood je nak tulis. biarpun cerita dah basi tapi aku nak tulis juga. sebab boleh aku senyum sorang-sorang bila membacanya.

Selalunya kalau nak raya aku akan mengemas rumah selepas pulang beraya dari kampung (malas tak malas itulah aku sebenarnya )...tapi entah apa jadinya...tahun ni aku terlebih rajin pula :)))... siap mengemas rumah dua tiga hari sebelum nak pulang beraya di kampung. aku bertambah semangat bila ada angah yang menolongnya.

Bukan kemas apapun sangat cuma sapu sawang, bentang karpet, tukar langsir,dan tukar alas meja. Langsir tu pun bukan langsir baru tapi langsir yang dah dua tiga tahun aku jahit. bila cerita bab menjahit ni aku memang minat menjahit langsir. tak de belajar manapun cuma tanya kawan sikit-sikit dan akupun balik rumah menerainyalah (try). cuma sekarang ni macam tak de masa je nak menjahit. dulu siap ambil upah jahit langsir dewan lagi....kesian kat kawan ku yang bernama sue ni ...aku terpaksa tolak tempahan untuk menjahit langsir kahwinnya...maaf ye sue...





Inilah langsir kesayanganku. langsir ala-ala jahitan 'smoke'. nak menjahitnya bernanah biji mataku. orang yang pandai kata menjahitnya senang je, tapi bagi aku agak rumit sikit sebab tak belajar secara formal. ni cuma jahit pandai-pandai sendiri je. yang susah tu sebab nak jahit langsir ni ada kira-kira.

Aku dan angah saja buat suprise bila suami dan along balik rumah. biar dia orang ter kezzzzzut sikit bila balik rumah petang nanti. si suami dan along tersenyum simpul bila melihat rumah dah siap kemas. tersenyum simpul bukan apa tu sebab aku tahu dalam hati dia orang mesti kata(...selamat aku sebab rumah dah siap kemas...boleh relex sebab ibu tak suruh apa2...) tapi dalam hati aku pun berkata-kata juga...(siaplah korang yang baru balik, banyak lagi senarai kerja yang ibu akan atur untuk dibereskan...hahaha)

Tuesday, July 7, 2009

Manggis atau Mester

Emak kata buah mester tak de kat tempat lain...ye ke? Aku sekadar bertanya di dalam hati? Sekadar nak mencari bukti tak salahkan. Buah mester ni berbeza sikit dengan buah manggis. Buahnya agak bujur, isinya keras, rasanya manis dan lebih sedap drpd buah manggis. Tampuk di bawahnya bergerutu tidak seperti buah manggis yang agak licin sikit. Walau bagaimanapun pokoknya agak serupa. Kesimpulannya buah mester ni lebih sedap drpd buah manggis dan jika ayahku menjual di pekan sehari harganya agak mahal sikit.


Macam ni la bentuk buah mester kat kg aku...


Ni pula rupa buah manggis yg tak berapa nak masak lagi...

Ketika makan buah mester petang tadi;

Ibu : Angah tahu tak camne nak tahu berapa ulas isi mester?
Angah : Entah...
Ibu : Tengok dekat 'tampuk' dekat bawah buah mester tu. Kalau enam, maknanya, isi ada enam ulas. Kalau lima, lima ulas.
Angah : Ye ke?
Ibu : Tak caye jom kita tengok...


Buah mester yang mempunyai tujuh tampuk setelah dipotong, nyata tujuh ulas juga isi di dalamnya


Yang ni pula enam tampuk dan enam juga isi di dalamnya...Setelah buah mester dipotong, bilangan ulas isi buah mester tersebut didapati sama dengan bilangan tampuk yang terdapat di bahagian bawah buah berkenaan.

Ibu : Ha... betul tak kata ibu...
Angah : Eh ibu terel la...!!!
Ibu : Tersenyum kambing;)

Ingat masa kecil-kecil dulu emak yang ajar, kini, hari ini, aku mengajar angah pula.
Ini telah membuktikan bahawa jumlah ulas isi buah mester adalah sama dengan bilangan tampuk yang terdapat di bahagian bawah buah berkenaan.
HEBATNYA CIPTAAN ILAHI, tiada tandingannya...SUBHANALLAH

Thursday, June 18, 2009

Bau durian atau bau rokok...

Arakian tersebutlah kisah telah berlaku pertikaman lidah ala merajuk gatal-gatal... antara jejaka idaman malaya dengan puteri gunung berapi tentang bau durian atau bau rokok...Yang mana lebih selesa?

Puteri gunung berapi adalah pencinta durian, kalau boleh nak penuhkan satu bonet dengan durian Tangkak harum semerbak. Tapi berbeza pula dengan jejaka idaman malaya yang tak mau kete berbau durian. Pening katanya... Al kisahnya, sepanjang perjalanan dari Muar sampai ke Nilai suasana telah bertukar wajah, sunyi dan sepi sepenuh hati. Putera-putera bagai turut memahami...

Kerana tak tahan sabar dek cuaca yang amat panas di luar, puteri gunung berapi pun berkata, adinda suka durian kalau boleh hari-hari nak makan ....Kat KL mana nak dapat durian Tangkak seringgit sekilo...Lagipun bukan selalu musim durian kat kampung, setahun sekali je... Macam tulah kekanda suka rokok tapi adinda taklah pula suka akannya... Adinda terpaksalah menghidungggg bau rokok setiap hari walaupun tak suka. Cubalah faham...

Jejaka idaman malaya mendiamkan diri, di Nilai singgah makan tengahari, tilam kekabu dot-dot warna merah hati dibeli, tikar buluh corak terkini sebagai cenderahati.

Rajuk Sang puteri gunung berapi leburlah kini, senyuman manis terukir untuk jejaka idaman hati, putera-putera ceria kembali, perjalanan ke Pandan Indah menuju destinasi.



Tikar buluh ni dah hampar kat bilik sembahyang dah. Itupun jejaka idaman malaya yang tolong kemaskan... apa???? puteri gunung berapi queen kontrol...nonono!!!!



Tilam kekabu dot-dotke, apa ke ...puteri gunung berapi tak kisahlah janji hati suka...

Pengajaran daripada cerita:
1. Merajuklah pada yang sayang.
2. Sekali sekala merajuk ok lagi, tapi kalau dah banyak kali orangpun bosan nak melayan.
3. Kalau tak de orang nak pujuk, kenalah pujuk hati sendiri...

p/s: Alhamdulillah aku bahagia dengan kehidupanku kini dan moga kebahagiaan ini berterusan hingga ke akhir hayat.

Friday, June 5, 2009

Memori di Pulau Ketam...

Hari ini rasa teringin nak tulis entry tentang percutian kami sekeluarga di Pulau Ketam. Sebenarnya dah lama dah kami pergi tapi tak sempat nak buat jek. Tempat tu taklah best sangat tapi kalau nak memancing okeyla...Suami aku minat memancingkah??? pelik jugak aku kerana semenjak berkahwin ni aku tak taupun suamiku ni kaki pancing...kuang...kuang...kuang... Katanya,kawan-kawan ajak. Aku dan anak-anakpun ikut la sekali. Tak kan nak biarkan suami g dengan kawan-kawan dia je, takut nanti lain yang dipancing, lain pulak yang dapat.

Kami bertolak pagi dan kawan2 suamiku ada yang tunggu di petronas, dan ada yang akan datang pada sebelah petangnya. Jalan nak masuk jeti Pulau Ketam amatlah jem sebab cuti hari wesak dan kami terpaksa menempuh dua buah kuil untuk sampai ke sana huhuhu...panas yang amat, Tuhan je tahu. Kami dah siap bawa bekalan makanan yang agak banyak sebab kawan suami bagi tau, kat sana tak ada makanan. Ye lah orang gi sana bukan nak makan, nak memancing...ye tak!

Masa pergi kami naik bot kayu yang dah buruk n uzur tapi ok jugak sebab air-cond free... macam bot nelayan tu. Tambangnya rm15 seorang pergi dan balik. Bot tu tak laju sebab tu 1 jam lebih baru sampai kat tempat memancing(kelong). Mula-mula sampai tu malu jugak sebab aku satu-satunya bunga kat situ. Biarlah aku pergi dengan suami dan anak-anak, bukannya dengan orang lain kan...

Sampai-sampai kat situ kawan suami aku tanpa melengahkan masa terus siapkan kelengkapan untuk memancing. Anak-anak aku apa lagi menyebuk la... Aku biarkan mereka... baik aku makan perutpun dah lapar. Lepas tu aku sembahyang jamak dan terus berehat kat bilik.

Tempat tu memang sesuai bagi kaki pancing. Tak payah tidur, makan atau fikirkan hal lain, memancing je kerjanya... Kalau air pasang, kami macam berada di tengah laut. Best jugak tapi tempatnya panas sikit. Jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambil...


ALONG DAN ANGAH: Berhenti kejap di petronas tunggu kawan suami.


SARAPAN PAGI: Memang susah nak cari restoran Melayu kat sini. Mamakpun mamak la..


BUKTI: Tak de orang yang sudi bergambar kat signboard tu sebab panas sangat...


SATU FAMILY: Dalam perjalanan ke Pulau Ketam. Siannya naik bot nelayan buruk...ekekek. Angah pulak pejam mata...


AKSI ALONG: Cukup bergaya walau tak dapat ikanpun.


SUAMIKU: Tetap cool walau tak dapat ikan.


ANGAH: Sarapan roti je, kat situ mana ada nasi lemak...


HASIL PANCINGAN: Taklah banyak tapi ok la... semuanya dibagi kepada kawan suami... aku malas nak menguruskannya. Eh salah box ke....?


SATU FAMILY: Sempat lagi bergambar sebelum bertolak balik.

Terima kasih kepada suami tersayang yang telah menyeponse percutian ni. Lain kali kita g tempat lain pulak ye...tempat yang tak panas, Cameron ke, Genting ke, luar negara ke, bla...bla...bla...