Tuesday, April 28, 2009
Friday, April 24, 2009
Aku kena ragut lagi...
Hatiku dalam keadaan gundah gulana, macam-macam perasaan ada...
Ni (23.04.09) dah kali kedua aku kena ragut. Kali pertama dulu pada 05.01.09. Aku kena ragut kat depan rumah. Habis rantai leher aku yang bernilai RM...Kali ni rantai tangan aku pula.Aku beli rantai tangan tu dengan menggunakan rm yang aku dapat dalam Anugerah Khidmat Cemerlang tahun 2007. Memangla peragut tu tut...
Citernya begini. Aku ngan angah nak pergi beli buku kat Pustaka Rakyat lebih kurang pukul 11 pagi. Kami pergi naik motor. Sampai kat trafic light pertama hijau, trafic keduapun hijau tapi bila yang ketiga merah. Kena berhentilah ye...Masa tu aku dah perasan dah ada motor mamat sekor ni tiba-tiba mengimpit aku. Aku dah rasa pelik dan gerak sikit kat depan bas. Bila lampu dah hijau aku pun pulas minyak. Tiba-tiba mamat ni tadi terus pegang rantai tangan aku dan direntapnya sampai putus.
Aku menjerit juga tapi tak memberi kesan sikitpun kat dia. Nasib baik aku ngan angah tak ditendangnya. Kalau tak, tak tau la apa nasib kami. Mesti orang kat dalam bas tu nampak tapi tak boleh buat apa-apa pun... Dari jauh aku nampak dia masukkan rantai tangan aku tu kat dalam poket. Nombor plat motornya tak tau sama ada betul atau palsu WFB 4... Masa nak g ke bandar baru ampang tu kami nampak dia sekali lagi tapi dari arah yang bertentangan.
Nak pujuk hati, aku cuba kata kat diri sendiri tak ada rezeki, harta dunia hanya pinjaman tapi aku tetap sedih...aku cuba munasabah diri dan mencari apa kesalahan dan dosa yang telah aku lakukan sehingga aku kena ragut sampai 2 kali. Akhirnya aku temui...
Cerita aku n Dr Normaliza
Doktor senyum sikit....
Gaya student dengan pensyarahnya...
Malam semalam kelas BBM 3410. Berdebar-debar juga sebab pensyarah tunjuk satu persatu blog kat kelas. Sambil tu dia comment ttg pemilihan warna, gambar dan pengisian blog. Ada kawan2 yang isi post dengan kerja kursus yang terlalu panjang menjela. Dia kata kalau dia baca mungkin sekejap dia g makan, sambung baca, lepas tu g supermarket...dan baca lagi dan g....kelakar juga my lecture tu. Pemilihan warna dalam blog mesti menarik . Jangan terlalu gelap sampai tak nampak tulisan ataupun terlalu terang sampai sakit mata nak membacanya. Supaya taklah pengunjung ambil garfu cocok mata sendiri... Bila time blog aku pensyarah kata ok tapi kena besarkan gambar je. Kesian juga kat kak nurliza blog dia tak sampai kat Dr Normaliza. Padahal dia dah email kat tutor farizi. Sabar ye kak nur...
Aku ingatkan buat blog ni kerja kursus yang terakhir tapi rupanya dapat lagi yang lain. Kena buat papan cerita untuk buat website sendiri pula. Ni lagi berat. Yang rumitnya nak buat papan cerita tu sebab kena buat dengan terperinci. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan idea yang melimpahruah agar aku dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan menepati kehendak pensyarah...Amin.
Wednesday, April 22, 2009
Alhamdulillah...
eee... sukanya...
Assalamualaikum semua,
Aku bagai tulip....kononnyala... Sihat tak hari ni? Harap pembaca semua sihat sentiasa dan dilindungi Illahi. Kesihatan tu penting sebab orang-orang yang di bawah jagaan kita sentiasa memerlukan pemerhatian dari kita. Tapi sesekali sakit, kenalah redha. Bukankah sakit tu... penghapus dosa-dosa kita yang lalu sepertimana sabda Baginda Rasullullah SAW,
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.
(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571)
subhanallah...
Tapi pelik jugak, orang yang banyak buat dosa, sihat je manjang. Tapi Allah Maha Adil, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Tak hari ni, mungkin esok. Bila tu, hanya Dia yang tahu.
Bila la aku boleh sampai kat tempat ni...
Harap-harap keluargaku dan pembaca semua sihat selalu dan sentiasa berada di bawah lindunga Allah.
Sunday, April 19, 2009
Along ....
Ni kisah anak sulungku yang kupanggil along...Dia belajar kat SMA Al Khairiah, Temerloh. Tahun ni ambil PMR. Kesian juga kena tinggal kat asrama tapi demi ilmu tak pe ye long... Along belajar rajin-rajin tahun ni kan periksa PMR. Jangan sibuk nak bermak wea je...
Dah lewat malam dah ni tapi dia tak tel aku lagi. Tak kan tak de syiling? Minggu lepaskan baru balik. Aku ingat kat dialah sebab tu aku tulis ni... . harap2 diapun ingat kat aku. Walau bagaimanapun doaku semoga dia selamat walau di mana berada.
Cintaku cintamu
Doakan kebahagiaan kami.....
Cinta suami isteri
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.
2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.
3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.
4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.
5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.
6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.
7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.
8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.
9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.
10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.
11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.
12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.
13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.
14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.
15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.
16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.
17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.
18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.
19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.
Saturday, April 18, 2009
Doaku....
Doa Seorang Isteri.....
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adlh bidadara untuk ku ke Jannah Mu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adlh yg terbaik untukku di duniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkannya keadaannya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati suamiku..
Amin,amin Ya Rabbal Allamin..
Mari kenal suami kita...
my pakwea...sedang tengok tv.
Rules:
Here’s a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.
JOm LayAnzzzz...
He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Erm... berita la. Dah habis berita TV3 dia kalih RTM! lak.
You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Mayonis and Thousand Island
What’s one food he doesn’t like?
Yang aku ingat taugeh..
You go out to eat and have a drink. What does he order?
Teh tarik and nasi goreng kg. pedas.
Where did he go to high school?
SM Seri Menanti je kot...
What size shoes does he wear?
Size 9
What is his favorite type of sandwich?
Semua yang aku buat.
What would this person eat every day if he could?
Nasi.. lauknya tak kisah...
What is his favorite cereal?
Cereal dia jrg makan...tapi dia suka makan ROTI.
What would he never wear?
Tak pernah pakai short pant masa keluar jln2.. kat umah ada ler.
What is his favorite sports team?
Yang ni aku tak tau sebab dia tak suka sangat sport.
Who did he vote for?
erm.. syh...!! undi adalah RAHSIA..
Who is his best friend?
Sham yang sama keje ngan dia.
What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
berleteeaq la kot.
What is his heritage?
Aku n anak-anak.
What is his favorite colour?
Biru n coklat
What is his habit?
Hisap rokok
What is he proud off?
Semestinya dia bangga mempunyai isteri dan anak-anak
Lastly, do you think he will read this?
Aku akan bagi dia bace tak payah fikir-fikir...
Rakan seperjuangan
Bersama kak eshah dalam penjana minda
Bersama kawan kat dalam penjana minda. Kawanku ini seorang isteri, ibu dan guru yang amat perihatin, lemah lembut dan amat penyabar orangnya. Kisah suka duka kami kongsi bersama. Kak eshah gelarannya. Kak eshah amat kreatif, pandai bertaranum, suara merdu, pandai memasak dan yang istimewanya mahir mencipta nasyid. Dah banyak kali sekolah menang dalam pertandingan sama ada di peringkat zon atau daerah. Aku amat berbangga dengannya.
Ni la antara lirik nasyid yang popular...
Kehidupan Manusia
Insaflah wahai manusia,
Sedarilah asal usulmu,
Dari tanah kau dijadikan,
Rebah ke bumi akhirnya.
Hargailah hidup duniawi,
Menumpang sedetik cuma,
Di akhirat kita abadi,
Akan menemui Dia.
Janganlah kau berdusta,
Dalam memburu kehidupan,
Bersabar itu paling utama,
Ke arah perjalanan hidup ini.
Di mana sekalipun kau melangkah,
Tak mungkin tersembunyi perbuatan,
Hanya pada hati yang beriman,
Terhindar kemungkaran.
Renunglah...duhai insan...
Hidup kita...
Dunia ini hanya pinjaman
Sementara...
Tiada yang kekal...
Melainkan Allah...
Tuhan Yang Esa...
Madah Pedoman
Ini madah jadi ingatan,
untuk kita buat pedoman,
kan menjadi satu landasan,
kerana insan kelupaan,
Ingatlah aduhai teman,
Hidup ini penuh ujian.
Dunia ini hanya pinjaman
tempat kita kumpul bekalan,
nikmat usia jangan siakan,
moga disayangi tuhan,
kita selali dalam pimpinan,
hidup dapat keberkatan.
Hargailah hidup duniawi,
menumpang sedetik cuma,
di akhirat kita abadi,
akan menemui Dia...
hanya hati yang beriman,
terhindar kemungkaran.
Ya Allah, ya Allah, ya Rabbi,
Ya Allah, ya Allah, ya Karim,
Ya Allah, ya Allah, ya Rahman,
Ya Allah, ya Allah, ya Salam.
Ni la antara liriknya yang best. Nak nyanyi kena panggil kak eshah la....sebab dulu aku cuma tolong latih murid je.
Kursus LADAP yang 'best'
Ni la kursus LADAP yang 'best' tu start kul 8.00 hingga kul 2.00...campur ngan makan-makan.
Senyuman manis anakdara-anakdara SKPI. Tengok boleh, dipegang jangan.
Hari-hari gi sekolah. Kalau sayang sekolah kena selalu gi sekolah. Bukan apa takut sekolah hilang... Kursus LADAP ni disampaikan oleh JU En. Azmi Ahmad seorang yang berwibawa. Tentang HEADCOUNT. Macam mana nak kira kepala murid-murid. Nampak macam senang tapi susah ooo and very rumit. Kena dengar betul-betul. Kalau tak, tak faham.
Ni aku sedang dengar 'betul-betul' la sambil buat post yang best ni....hehe. Sempat lagi Syasya ajar aku step nak buat background blog. Cantik kan...Bunga rose lagi. Kalau kak liza tengok mesti dia jeles...
Tengok la promosi 4 orang dara SKPI ni . Yang depan sekali dan sedang senyum mendengar tu kalau ada RM10k boleh la masuk...ada BERANI? Bukan aku kata, dia yang kata...
Rindunya kat mak.....
Hjh Hasnah binti Kassim
Hj Ahmad bin Abu
Tadi tel mak. Rindunya kat mak. Minggu ni tak jadi balik kg, minggu depan ye mak kami balik. Selesa sikitla sebab gaji dah masyuk....hehe. Berita gembiranya rumah aku kat kampung dah ada orang sewa, tapi RM180.00 je. Nak bayar yuran kat UPMpun tak cukup...
Ya Allah peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka memeliharaku dari kecil hingga dewasa. Murahkanla rezeki mereka, panjangkanlah umur mereka berdua dan hindarilah mereka daripada malapetaka dan penyakit-penyakit yang merbahaya.
Tadi mak kata Mok de Samsiah telah kembali kerahmatullah. Doaku semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin....
Petang yang panas
murid-murid 2I yang kepanasan...termasuklah gurunya.
walaupun panas tetap buat latihan juga.
Lepas rehat aku ada kelas. Tu tak kisahlah... tapi yang kisahnya tak ada elektrik. Tengokla kipas tu tak pusing punkan! Amboi panasnya, baru lepas makan nasi dagang Samsiah buat pula tu. Suruh Cikgu Hatme betulkan kat 'main' suis tapi tak boleh juga.
Budak-budakpun apa lagi bising la. Kena control ni. Cikgu tak bolehla tunjukkan 'kepanasan' kat murid-murid. Jadi murid-murid marila kita sama-sama bersabar dan beristighfar. Ya Allah ni baru panas dunia belum lagi panas di akhirat apabila matahari berada sejengkal di atas kepala.
Aidil Ummah pertama 2009
Murid murid sedang mendengar aidul ummah di tamek sekolah
Murid-murid mendengar dengan khusyuk...
Petang tadi 17.04.2009, barulah aidil ummah yang pertama dapat diadakan dalam tahun 2009 ni. Sebelum ni asyik hujan je. Su yang menyampaikannya. Semoga anak yang dikandungnya menjadi anak yang soleh @ solehah. Isi yang disampaikannya tak pernah lagi aku dengar. Banyak ilmu yang boleh diambil dan mari la kita kongsi bersama kepada sesiapa yang sudi...
SEJARAH SOLAT 5 WAKTU
NABI MUHAMMAD SAW MERUPAKAN NABI TERAKHIR YANG DIUTUSKAN OLEH ALLAH SWT UNTUK MEMBIMBING MANUSIA KE ARAH JALAN KEBENARAN.TIDAK SEPERTI UMAT NABI - NABI YANG LAIN, UMAT NABI MUHAMMAD TELAH DIPERINTAHKAN UNTUK MENGERJAKAN SOLAT 5 WAKTU SETIAP HARI.INI MEERUPAKAN KELEBIHAN DAN ANUGERAH ALLAH SWT TERHADAP UMAT NABI MUHAMMAD DIMANA SOLAT TERSEBUT AKAN MEMBERIKAN PERLINDUNGAN KETIKA DI HARI PEMBALASAN KELAK.BERIKUT DITERANGKAN ASAL-USUL BAGAIMANA SETIAP SOLAT MULA DIKERJAKAN.
SUBUH
MANUSIA PERTAMA YANG MENGERJAKAN SOLAT SUBUH IALAH NABI ADAM A.S IAITU KETIKA BAGINDA KELUAR DARI SYURGA LALU DITURUNKAN KE BUMI.PERKARA PERTAMA YANG DILIHATNYA IALAH KEGELAPAN DAN BAGINDA BERASA YANG AMAT TAKUT.APABILA FAJAR SUBUH KELUAR,NABI ADAM A.S PUN BERSOLAT 2 RAKAAT.
RAKAAT PERTAMA : TANDA BERSYUKUR KERANA BAGINDA TERLEPAS DARI KEGELAPAN MALAM
RAKAAT KEDUA : TANDA BERSYUKUR KERANA SIANG TELAH MENJELMA
ZOHOR
MANUSIA PERTAMA MENGERJAKAN SOLAT ZOHOR IALAH NABI IBRAHIM A.S IAITU TATKALA ALLAH SWT TELAH MEMERINTAHKAN PADANYA AGAR MENYEMBELIH ANAKNYA NABI ISMAIL A.S..SERUAN ITU DATANG PADA WAKTU TERGELINCIR MATAHARI,LALU SUJUDLAH NABI IBRAHIM SEBANYAK 4 RAKAAT
RAKAAT PERTAMA : TANDA BERSYUKUR BAGI PENEBUSAN
RAKAAT KEDUA ; TANDA BERSYUKUR KERANA DIBUKAKAN DUKACITANYA DAN JUGA ANAKNYA
RAKAAT KETIGA : TANDA BERSYUKUR DAN MEMOHON AKAN KEREDHAAN ALLAH SWT
RAKAAT KEEMPAT : TANDA BERSYUKUR KERANA KORBANNYA DIGANTIKAN DENGAN KIBAS
ASAR
MANUSIA PERTAMA MENGERJAKAN SOLAT ASAR IALAH NABI YUNUS A.S TATKALA BAGINDA DIKELUARKAN OLEH ALLAH SWT DARI PERUT IKAN NUN. IKAN NUN TELAH MEMUNTAHKAN NABI YUNUS DI TEPI PANTAI, SEDANG KETIKA ITU TELAH MASUK WAKTU ASAR. MAKA BERSYUKURLAH NABI YUNUS LALU SOLAT 4 RAKAAT KERANA BAGINDA TELAH DISELAMATKAN OLEH ALLAH SWT DARIPADA 4 KEGELAPAN IAITU :
RAKAAT PERTAMA : KELAM DENGAN KESALAHAN
RAKAAT KEDUA : KELAM DENGAN AIR LAUT
RAKAAT KETIGA : KELAM DENGAN MALAM
RAKAAT KEEMPAT : KELAM DENGAN PERUT IKAN NUN
MAGHRIB
MANUSIA PERTAMA MENGERJAKAN SOLAT MAGHRIB IALAH NABI ISA A.S. IAITU KETIKA BAGINDA DIKELUARKAN OLEH ALLAH SWT DARI KEJAHILAN DAN KEBODOHAN KAUMNYA,SEDANG WAKTU ITU TELAH TERBENAMNYA MATAHARI.BERSYUKUR NABI ISA ,LALU SOLAT 3 RAKAAT KERANA DISELAMATKAN DARI KEJAHILAN TERSEBUT.
RAKAAT PERTAMA : UNTUK MENAFIKAN KETUHANAN SELAIN DARI ALLAH SWT YANG MAHA ESA
RAKAAT KEDUA : UNTUK MENAFIKAN TUDUHAN DAN JUGA TOHMAHAN KE ATAS IBUNYA SITI MARIAM YANG TELAH DITUDUH MELAKUKAN PERBUATAN SUMBANG
]RAKAAT KETIGA : UNTUK MEYAKINKAN KAUMNYA BAHWA TUHAN ITU HANYA SATU IAITU ALLAH SWT SEMATA-MATA,TIADA DUA ATAU TIGA
ISYAK
MANUSIA PERTAMA YANG MENGERJAKAN SOLAT ISYAK IALAH NABI MUSA A.S.. PADA KETIKA ITU. NABI MUSA TELAH TERSESAT MENCARI JALAN KELUAR DARI NEGERI MADYAN,SEDANG DALAM DADANYA PENUH DENGAN PERASAAN DUKACITA. ALLAH SWT MENGHILANGKAN SEMUA PERASAAN DUKACITANYA ITU PADA WAKTU ISYAK YANG AKHIR. LALU SOLATLAH NABI MUSA 4 RAKAAT SEBAGAI TANDA BERSYUKUR.
RAKAAT PERTAMA : TANDA DUKACITA TERHADAP ISTERINYA
RAKAAT KEDUA : TANDA DUKACITA TERHADAP SAUDARANYA NABI HARUN
RAKAAT KETIGA : TANDA DUKACITA TERHADAP FIRAUN
RAKAAT KEEMPAT : TANDA DUKACITA TERHADAP ANAK FIRAUN
Gila-gila bahasa
Ring..ring..hello..bergema suara tanpa rupa
Lembut bicara,adakalanya berbisa,
Sesekali garau bagaikan ungka,
Kadang berubah mengada-ngada,
Itulah aku segak lagi bergaya,
Berbagai rupa dan juga jenama,
Nokia, Sony Erikson, Samsung, LG….ahhhh
Terlalu banyaknya nama..sampai tak terkira…
Keajaiban 3G buat aku bangga,
Kerana menjadi penghubung dua jiwa,
Walau terpisah dengan laut china,
Zasst...sekelip mata sahaja,
wajah yang dirindu terpampang di depan mata.
Aku kini bukan sahaja sekadar berbicara,
Namun aku juga bisa menghiburkan semua,
Siti Nurhaliza pun pasti hiba dan merana,
Kerana aku boleh melagukan apa-apa saja,
Tak ubah seperti penyanyi asalnya.
Oleh itu aku tampil dengan bangga,
Memperkenalkan diri ku yang sememangnya popular,
Samada dari budak kecil hinggalah yang tua,
Itulah aku yang di beri nama,
T.E.L.E.F.O.N B.I.M.B.I.T.
Ejalah sendiri ianya percuma.
Sekian.
Rakan seperjuangan
Alhamdulillah aku dipertemukan dengan insan yang berhati mulia, seperti Farah Hayati. Farah banyak membantu aku dengan memberi tunjuk ajar cara membuat blog ni. Tapi tak upah dia ye!Dia sanggup datang ke rumah untuk memberi tunjuk ajar kepadaku. Orangnya muda lagi tapi penuh dengan ilmu di dada. Selain daripada itu dia juga merupakan guru j-QAF dan menjadi rakan duetku di dalam kelas.
Rasanya tanpa tunjuk ajar dia, aku tak berjaya.....sebab kelas multimedia aku & sejumlah besar groupku pada malam tu langsung tak boleh buka... aku tak faham apa masalahnya. Kita hanya merancang dan tuhanla yang menentukan...
Walau bagaimanapun aku tetap nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Normaliza yang banyak mencurahkan ilmu dan kepada tutur Farizi Jamaluddin, Aliaa Roslan dan Aiman yang telah mencuba sedaya upaya. Tapi apakan daya.....
Friday, April 17, 2009
Angah ooo Angah
Ni la gambar pertama yang aku 'pukul'. Anak teruna aku ni Angah namanya. Dah siap-siap nak pergi sekolah. Tengoklah... hidungnya boleh tahankan. Manja tapi kadang-kadang buat perangai juga. Apa-apapun, dialah racun, dialah penawar aku kat umah ni. Kesian juga kadang-kadang tu terpaksa dok sorang-sorang kat umah, kalau aku gi kelas malam kat UPM dan suamiku lambat balik. Angah, ibu harap angah akan menjadi anak yang soleh, rajin belajar, tak tinggal sembahyang, dan berjaya di dunia dan akhirat...
Doa dan amalan untuk memperolehi anak soleh
Oleh Ustazah Siti Nor Bahyah
Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Illahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.
Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.
Pertama, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.
Kedua, bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.
Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya. Untuk mendapat anak yang baik dan soleh, terdapat amalan yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa anak itu sendiri, iaitu:
1. Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2. Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
3. Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
4. Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
5. Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
a. Surah al-Fatihah - Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
b. Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
c. Surah Luqman - Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.
d. Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
e. Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
f. Surah Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
g. Surah Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
h. Surah an-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
--------------------------------------------------------------------------------
Kamera Digital Pertama
Aku bukanlah 'camerawoman' atau kaki 'pukul' gambar....sebabnya gambar aku tak fotogenik atau fotogedik...hehe.. Jadi tak ambil 'pot' langsung tentang kamera sama ada digital atau tidak.
Namun pada hari rabu lalu aku dah memiliki sebuah kamera digital. Taklah mahal tapi bolehla guna...Angah bukan main suka lagi bila dapat tahu aku beli kamera. Dia terus tahu guna. Taklah macam aku terkial-kial. Sekarang ni dalam proses belajar. Terima kasih aku ucapkan kepada farah yang teman pergi beli n tolong buat pilihan dan hamizatul yang banyak beri tips-tips serta tunjuk ajar. Kini kamera tu sentiasa ada dalam handbegku dan dibawa ke mana saja.
Thursday, April 16, 2009
Pertama kali....
Gambar anak haji ahmad
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Ilahi..kerana dengan inayahNya dapat juga aku 'mencipta' blog sendiri...
Sebelum ini, aku tak pernah 'mengenal' dunia blogger ni..namun demi tuntutan dan hambatan sekeliling, alhamdulillah kini aku tak 'buta it' lagi! hehehe...aku sendiripun tak sangka.
Untuk melunaskan kerje ini, aku korbankan masa, tenaga, wang...mengguna wang dari pendapatan kerje sambilan...semata-mata untuk permintaan pensyarah yang inginkan blog ni nampak menarik..!(hehe...ikhlas ni)
Gambar ic tu ada kenangannya... itulah gambar kat kad matrik aku b10122. Aku sebenarnya tak sangka dapat juge akhirnya aku belajar kat u....terima kasih Tuhan. Eeee...banyak betul benda yang kita tak sangka akan berlaku dalam hidup ni ye...
Harap anda semua tak jemu, dan akan terus mengunjungi laman blog ni...
Sebarang teguran, amatlah dialu-alukan...
wassalam..
Norhuda
Subscribe to:
Posts (Atom)