Thursday, June 18, 2009

Bau durian atau bau rokok...

Arakian tersebutlah kisah telah berlaku pertikaman lidah ala merajuk gatal-gatal... antara jejaka idaman malaya dengan puteri gunung berapi tentang bau durian atau bau rokok...Yang mana lebih selesa?

Puteri gunung berapi adalah pencinta durian, kalau boleh nak penuhkan satu bonet dengan durian Tangkak harum semerbak. Tapi berbeza pula dengan jejaka idaman malaya yang tak mau kete berbau durian. Pening katanya... Al kisahnya, sepanjang perjalanan dari Muar sampai ke Nilai suasana telah bertukar wajah, sunyi dan sepi sepenuh hati. Putera-putera bagai turut memahami...

Kerana tak tahan sabar dek cuaca yang amat panas di luar, puteri gunung berapi pun berkata, adinda suka durian kalau boleh hari-hari nak makan ....Kat KL mana nak dapat durian Tangkak seringgit sekilo...Lagipun bukan selalu musim durian kat kampung, setahun sekali je... Macam tulah kekanda suka rokok tapi adinda taklah pula suka akannya... Adinda terpaksalah menghidungggg bau rokok setiap hari walaupun tak suka. Cubalah faham...

Jejaka idaman malaya mendiamkan diri, di Nilai singgah makan tengahari, tilam kekabu dot-dot warna merah hati dibeli, tikar buluh corak terkini sebagai cenderahati.

Rajuk Sang puteri gunung berapi leburlah kini, senyuman manis terukir untuk jejaka idaman hati, putera-putera ceria kembali, perjalanan ke Pandan Indah menuju destinasi.



Tikar buluh ni dah hampar kat bilik sembahyang dah. Itupun jejaka idaman malaya yang tolong kemaskan... apa???? puteri gunung berapi queen kontrol...nonono!!!!



Tilam kekabu dot-dotke, apa ke ...puteri gunung berapi tak kisahlah janji hati suka...

Pengajaran daripada cerita:
1. Merajuklah pada yang sayang.
2. Sekali sekala merajuk ok lagi, tapi kalau dah banyak kali orangpun bosan nak melayan.
3. Kalau tak de orang nak pujuk, kenalah pujuk hati sendiri...

p/s: Alhamdulillah aku bahagia dengan kehidupanku kini dan moga kebahagiaan ini berterusan hingga ke akhir hayat.

6 comments:

  1. kak huda, lawak jeh baca cerita akak..actually azza pun pernah merajuk dgn suami pasal durian...azza nak sgt2 makan, dia pulak kata tunggu esok....then, terus masuk bilik..akhirnya nasib baik ada yg pujuk..lawak seh..

    ReplyDelete
  2. itulah citer pasal akak yang gemar makan durian... sebenarnya dah makan durian kat kg mak mertua. adalah berbuah pokok duriannya 4,5 batang. niat dihati nak bawak balik cikit ke KL nak buat pulut durian ke, bubur kacang ke, tapi terbantut niatnya sebab suami tak suka baunya...kunun-kununnya tulis entri untuk luahan perasaan gitu...

    ReplyDelete
  3. kak huda...wah dah pandai tulis cite komedi romantik...buat drama laku ni..mgkn dah nak masuk sem 6 kot sebab tu dah pandai berdrama...he he...
    hmmm kalau tak dapat le merasa bubur durian akak...kempunan mcm ni..hu hu

    ReplyDelete
  4. dah nak masuk sem 6 ye??? duit lagi... kali ni tak leh ambil duit kat celah-celah bantal lagi sebab duit tu dah guna bayar kat bank kes orang sewa rumah tak bayar sewa 2 bulan...huhuhu...

    ReplyDelete
  5. hmm.. lawa tikar buluh tu.. nak cari lah..berapa hengget?

    chik, kalau nak makan durian sampai muntah, jom ke SS2 PJ. Ada RM9.. ada RM15.. kira kepala... eat all you can... amacam.. ada berani? hehe..

    ReplyDelete
  6. tikar tu yg kecik RM30, yg besar RM35...
    5 hengget je bezanya. mungkin pandai tawar dapat lagi murah. yg chik ambil tu yg kecik aje, sebab ikut cakap pakchik. kan pakchik yg bayar. ngape rus merajuk ke??? nak pujuk ngan tikar??....ekekekek!!!

    durian tangkak ada ke kat SS2 PJ tu? kalau ada nak jugek...

    ReplyDelete

Yg baik jadi teladan, yg buruk jadi sempadan. Silalah...