Saturday, October 17, 2009

bukan merungut... bukan mengeluh...


Doktor senyum sikit....


Gaya student dengan pensyarahnya...


Bila masuk semester 6 tak sangka akan bertemu dengan dr. normaliza sekali lagi.

Bukan tak nak belajar dengan dr. tapi takut-takut.
Bukan dr. tak baik tapi bila memikirkan kerja yang banyak akan diberikan oleh dr. nanti hati jadi kecut.

Sebab pengalaman semasa di sem 5 telah mengajarku. Tambah lagi aku ni lem... dalam it-it ni.

Kumpulan kami pernah dua kali balik ke rumah pada pukul 1.00 pagi lebih kerana hendak menyiapkankan tugasan yang diberi. Kedua-dua tugasan itu merupakan tugasan kumpulan iaitu dikehendaki menulis 30 muka surat tugasan berdasarkan tajuk yang diberi tanpa sebarang rujukan. Ahli kumpulan telah berusaha untuk menyiapkan esei 30 muka surat itu tapi tetap tidak dapat menyiapkannya juga walau sudah pukul 1.00 lebih. Akhirnya kami bersepakat untuk menulis bahagian masing-masing di rumah dan menggabungkannya melalui email dan seterusnya menghantar kepada dr. melalui email.

Tugasan yang kedua ialah tentang persembahan lirik yang perlu selaras dan selari dengan persembahan power point. Tugasan ini amat memeningkan kepala kerana prosesnya amat rumit. tambahan pula kumpulan kami telah memilih lagu 'Bonda' nyanyian M. Nasir yang teramat panjangnya. tak tahu macam ni susah. kalau tahu memang kumpulan kami akan memilih lagu pendek saja. namun atas kerjasama dan kesabaran yang tinggi daripada ahli -ahli kumpulan, kumpulan saya berjaya menghasilkan satu hasil tugasan yang baik dan dr. menerimanya. Kesian juga bagi kumpulan yang terpaksa membuat semula.

Selain itu saya belajar juga ilmu tentang facebook. daripada tak tahu apa-apa tentang facebook, kini hari-hari akan buka facebook kalau berkesempatan. dapat mencari kawan-kawan yang lama, usik-mengusik kawan sama sekolah, berbual dengan anak buah dan sebagainya. tapi dalam facebook ini dr. tetap memberikan kami tugasan iaitu mencipta 20 pantun 2 kerat, membalas pantun kawan-kawan, mencipta teka teki dan menjawab teka-teki kawan-kawan. semasa proses inilah tiba-tiba facebook aku tak boleh hantar komen dan tulis apa-apa. hati dah mula gelabah sebab nanti dr. ingat aku tak aktif. tapi rupanya aku ni dah terlebih aktif. atas arahan dr. akupun buat email baru dan daftar semula dengan facebook. alhamdulillah berjaya.

Semester ini juga kami diarahkan menulis blog dan menghantar komen blog kawan-kawan secara aktif. mula-mula dr. tulis sajak dalam blog dr. kami kena komen sajak dr. itu dalam bentuk sajak juga. lepas tu kami kena cipta sajak dalam blog sendiri dan menghantar komen sajak dalam blog kawan-kawan dengan sajak juga. selain itu kami juga dikehendaki menghantar, mencipta, menulis dan sebagainya dalam e-sastera. he...banyak betul kerja yang dr. suruh buat, tapi dr. kata tak boleh merungut sebab kalau merungut nanti jumpa lagi dengan dr. sem. depan.

Dr. memang baik hati sebab sepanjang bulan puasa kelas kami tiada. tapi rupanya ada tugasan juga iaitu menulis cerita hantu di dalam blog dr. dan mencipta cerita kanak-kanak dan menghantar kepada dr. melalui email. alhamdulillah aku menjadi orang pertama daftar cerita kanak-kanak 6 tahun. aku telah menulis sebuah cerita lucu yang bertajuk Dogol bin Bulat. cerita ini mestilah berunsurkan 1 Malaysia, jadi akupun merekalah sendiri. logik tidak logik itu belakang cerita. janji siap dan hantar. yey...

Dalam cuti-cuti sepanjang ramadhan tu aku sibuk memikirkan macam mana nak buat tugasan soal selidik yang aku tak faham tu. Sibuk je fikir tapi tak buat apa pun lagi. lagi seminggu dua nak exam aku dah gelabah sebab ada kawan-kawan yang sudah siap. aku buat keputusan kena juga buat walau tak pandai atau tak faham. tentu dr. mengerti... sampai hari ni pun aku belum menghantar tugasan itu walau sudah siap. aku dan kawan-kawan akan menghantarnya pada hari isnin (malam) kepada en. big boi.

Pada malam periksa akhir soalan yang diberikan oleh dr. amatlah banyaknya. soalan yang kami belajar semester 5 keluar lagi semester 6. contohnya tentang papan cerita, asas multimedia dan asas grafik. tapi nasib baiklah kebanyakkan soalan bukan dalam bentuk fakta, tapi dalam bentuk pendapat. akupun apa lagi, merekalah jawapan apa-apa yang patut.

Ikhlas daripada hati saya kursus ini amat banyak kerja. tapi dr. janganlah marah pulak. kerja praktikalnyapun dah berapa. Tetapi sebenarnya banyak yang dapat dipelajari menerusi tugasan praktikal tersebut. akhirnya ucapan terima kasih kepada dr. kerana memberikan saya ilmu yang banyak ni. saya tahu tujuan dr. berbuat begitu kerana nak memberikan kami ilmu seberapa yang banyak. takut memanglah takut tapi saya tahu sebenarnya dr. orang yang sangat BAIK HATI. sekian.

p/s : dr. nanti kalau saya buat kuih lompat tikam menjadi saya sanggup hantar kat dr. tapi bila tu saya tak janji ye...

p/s lagi : dr. ni termasuk dalam tugasan jugak ke? dr. semua kat atas tu saya tak merungut ye...saya mengarut je. saya cuma nak bagi tau SAYA SAYANG DR.? DR. SAYANG SAYA TAK????



1 comment:

  1. baru sempat nak baca post awak. pandai sungguh awak mengarang bukan! kadang-kadang kita tahu yang kita ni berbakat rupanya. tentu ada hikmah selepas ini di mana samada teruskan penulisan ataupun berkubur bersama kursus ini. Yelah, mana ada kursus teknologi maklumat atau multimedia lagi dah.

    awak begitu aktif, norhuda. mengingatkan saya pada diri saya dulu. saya ni dulu sangat aktif sampai pensyarah pun suka suruh saya ajar komputer.

    lepas ni janganlah malu nak tinggalkan pesanan di blog. saya memang suka baca blog sebab bagi saya blog ni akan dapat mengenali semua citizen secara dalaman dan tidak sengaja. bukan senang nak jumpa di luar pun sebab awak tentu akan sibuk nak bergraduat nanti.

    salam pada along dan anak2 yang lain. mesti budak2 kagum tengok mak dia yang begitu proaktif.

    semuga berjaya norhuda!

    ReplyDelete

Yg baik jadi teladan, yg buruk jadi sempadan. Silalah...