Macam tak percaya bila saya turut serta dalam rombongan kumpulan marhaban kawasan perumahan yang saya diami ini. Saya pergi bersama anak yang kedua (Angah). Suami tidak pergi kerana sibuk bekerja.
Kami bertolak dengan menaikki bas. Destinasi pertama yang kami tuju ialah Rumah Anak Yatim Pernim atau Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman, Malaysia. Lokasinya berdekatan sahaja dengan kediaman saya iaitu di Kampung Cheras Baru tapi sebelum ini saya tidak tahupun Cheras Baru ini adalah tempatnya.
Sebelum ini saya pernah jugalah menyaksikan di televisyen tentang anak-anak yatim Pernim ini. Pengasasnya iaitu Puan Hajah Norlina mengambil anak-anak yatim sama ada yang telah dijangkiti HIV/ AIDS atau tidak, menjadi anak angkatnya. Anak-anak tersebut dibawa tinggal bersama di rumah Pn Hajah Norlina sekeluarga. Segala keperluan anak-anak tersebut ditanggung semuanya oleh Pn Hajah Norlina seperti makan minum, keperluan sekolah dan segala ubat-ubatan. Anak-anak tersebut bersekolah di SK Taman Muda. Begitu besarnya pengorbanan, jasa dan budi yang telah dilakukan oleh Pn Hajah Norlina. Adakah kita sanggup berbuat begitu seperti yang dilakukan oleh Pn Hajah Norlina?
Bila kami ajukan soalan apakah sebab Pn Hajah Norlina sanggup berbuat demikian? Senang saja jawapannya, iaitu dia melakukan ini semua adalah kerana fardhu kifayah. Jika dia tidak melakukan kerja ini, semua umat Islam berdosa. Kerana katanya ada di antara kanak-kanak tersebut (Islam)telah diambil oleh rumah kebajikan orang Kristian kerana tiada waris yang mahu menjaganya. Waris-waris tersebut tidak mahu menjaga anak-anak yatim ini kerana mereka telah dijangkiti HIV/AIDS.
Semasa kami tiba di PERNIM Pn Hajah Norlina tidak ada di sana kerana pergi ke pasar membeli barang-barang basah. Untuk pengetahuan semua, Pn Hajah Norlina ini membuka perniagaan ketering untuk majlis-majlis keramaian atau kenduri-kendara. Wang daripada perniagaan tersebutlah digunakan untuk menampung perbelanjaan anak-anak yatim ini.
Ini adalah antara barang-barang makanan yang dibawa ke rumah anak yatim tersebut. Jadi sempatlah kami bersarapan bersama sama dengan anak-anak yatim tersebut. Mereka semua amat berdisiplin. Macam manalah Pn Hajah Norlina mendidik mereka semua yang seramai 48 orang ini.
Kanak-kanak PERNIM tu seramai 48 orang. Ini adalah sebahagian daripadanya. Mereka sedang bersarapan nasi lemak yang dibawa oleh kumpulan marhaban Sri Indah. Baju yang dipakainya sama sahaja. Hari ini merah berbelang hitam, esok kuning berbelang biru tua, lusa coklat berbelang krim dan seterusnya.
Puan Hajah Norlina sedang memberi sedikit penerangan kepada kami yang hadir. Kanak-kanak yang berdiri di hadapan Pn. Hajah Norlina itu , Murni namanya. Dia adalah antara pengidap Aids yang kritikal. Puan Hajah Norlina kata adik Murni hanya menunggu ajalnya sahaja dijemput Ilahi. Perutnya sudah agak buncit kerana hatinya telah membengkak. Kulit di bahagian kepalanya sudah ditumbuhi kudis yang melarat. Doktor di hospital sudah menyuruh Pn. Hajah Norlina membawa adik Murni pulang ke rumah sahaja. Adik Murni adalah anak pelacur di Lorong Haji Taib. Bapanya (tapi tidak pernah berkahwin dengan ibunya) masih lagi merayau di Chow Kit. Warisnya dari Kelantan tidak mahu menjaganya adik Murni. Ya Allah kesiannya...
Minta maafla gambar saya ni melintang pula. Saya dah cuba nak tegakkan tapi tak menjadi. Laptop saya ni baru diformat semula. Gambar semuanya masuk dalam program PICASA 3. Saya dah cuba beberapa kali tapi tetap tak menjadi.
Gambar ini adalah bukti bahawa saya menyertai rombongan itu. Saya bersama Pn Hajah Norlina iaitu pengasas PERNIM. Nampak tak mata tu agak merah sebab terlalu sebak mendengar kisah tentang adik Murni yang hanya menunggu ajalnya sahaja. Semua yang ada di situ sebak, bukan saya seorang sahaja. Adik Murni tahu yang ajalnya akan tiba bila-bila masa sahaja.
Sebelum balik saya dan ahli rombongan marhaban Sri Indah telah bergambar sekali lagi dengan pengasas PERNIM dan anak-anak yatim tersebut. Rasa berat hati untuk meninggalkan mereka semua. Mereka semua tidak bersalah...
Pengajaran:
1. Sekali sekala elok juga rasanya membuat lawatan macam ni. Dapat juga menyedari betapa bertuahnya diri ini kerana masih lagi mempunyai kedua ibubapa yang menyayangi.
2. Lawatan macam ini dapat menimbulkan kesedaran dan menyucikan hati.
3. Jika kita rasa kita susah dan sakit, rupanya ada lagi orang lain yang lebih susah dan sakit daripada kita. Sepatutnya kita lebih bersyukur.
p/s: Kawan-kawan rasa pelik tak tiba-tiba 'aku' bertukar menjadi 'saya'. Ini semua adalah gara-gara tugasan yang baru diberi oleh DR NORMALIZA. Demi 10 markah 'aku' menjadi 'saya'. Nampak baik sangat. Teruskanlah memberi komen-komen dalam setiap post yang saya buat ini, ye kawan-kawan...
Monday, August 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
azza memang tahu Pernim ni..tapi tak pernah jenguk apa ada kat dlm rumah tu..memang pn norlina insan mulia..
ReplyDeleteMemang pn. norlina insan mulia. Akak kagum dengannya. Yang akak lebih kagum ialah cara dia mendidik dan mendisiplinkan semua anak-anak yatim tersebut. Anak-anak yatim tersebut amat disiplin, dan melakukan aktiviti seharian secara berdikari.
ReplyDeleteAda satu kali, di depan kami semua, seorang budak tu lalu tanpa menundukkan kepada, pn norlina suruh ulang semula yang bermaksud ulang semula lalu depan kami dengan cara yang betul. Kami semua amat terharu.
akak, kalau tau akak pi saya pun nak ikut gak...
ReplyDeletesb saya sangat suka anak2 golongan "istimewa" mcm ni.....
mcm ne ek kalau ingin membantu???
Yaya masa akk pergi ari tu dia ada kad dan no telefon. Tapi kad tu akk dah terbuang dah, sebab lepas pergi PERNIM tu rombongan kami terus ke Port Dickson.
ReplyDeleteBoleh terus pergi ke rumah Pn Norlina tu. Dekat dengan Klinik Kesihatan Kg Cheras Baru yg di atas bukit dan rumahnya belakang kedai makan Zainal. Silalah...
ank ank bak kain putih...warna noda nye x akn lekat bak kain berdaun keladi...nanti...ada duit kwsp...kita pergi lagi....mudahan niat ini didorongi...ammeen.
ReplyDeleteSalam perpaduan, akak.
ReplyDeleteWah, satu pengorbanan yang harus diberi pujian!
Terharu.
Seperkara lagi, "aku" tidak perlu berubah menjadi "saya". Itu penyimpangan yang dibenarkan. Lebih gramatis. Hahaha.. walau apapun, itu sekadar pendapat saya.
Kak nad, tak payah ada duit kwsp sangatpun kita boleh g. Amat terharu sesangat...K nad agaknya kain kita yang dah berumur ni apa warnanya ye??? Boleh tolong bagi tahu saya???
ReplyDeleteOoi, Salam 1 Malaysia...
Wah baru belajar deviasi hari sabtu baru ni dah aplikasikan...cepat betul anak murid DR Arba'ie ni. Tak pelah saya akan tetap menjadi saya. Nampak macam saya ni drpd kalangan orang2 baik, walhal...
Kalau tak dilihat pada bahasanya pun tak apa..
ReplyDeleteKerna dilihat pada orangnya pun dah tahu akak daripada kalangan orang-orang baik.
Tak gitu?
Salute akak..rajin..
HAHAHA!!! RAJIN??? (dr. kata tulis huruf besar bermaksud 'JERIT) rajin la sebab dah terpaksa...
ReplyDeleteSalam Kak Huda....
ReplyDeleteSaya memang tabik spring la kat kak huda. Rajinnya 'update' blog(rasa cam nak suruh kak huda tolong update kan blog saya je...hehehe). Macam-macam cerita yang akak kongsikan.Pasal Pn Norlina ni memang saya ada dengar. Jasa dia memang tak terkata banyaknya. Bilalah saya boleh jadi macam dia. Lain kali kalau kak huda pergi ajaklah saya pergi juga. Teringin melihat insan-insan yang istimewa ini.
Pernim memang senonim dengan k.lina. Dulu dia tinggal kat Taman Melor. Saya pernah juga melepak tempat dia, tengok anak-anak terbiar. Memang terasa hiba tengok anak-anak yang tak berdosa itu dibiar dan ditinggalkan oleh ibu bapa mereka yang tak bertanggungjawab. Bagi mereka yang tidak menerima nasib seperti mereka , bersyukurlah dengan apa yang anda miliki.
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteBagus juga rancangan semacam ini diteruskan.. demi bangsa, agama dan negara kita yang tercinta.
Apa yang telah dilakukan oleh Kak Huda dan Pn. Hajah Norlina memang telah menjadi teladan untuk kita semua.
ReplyDeleteBerbuat baik tidak sekadar pada mulut, tindakan yang betul-betul diambil itulah yang ternyata.
Benih sayang kepada insan juga telah disemai ke dalam jiwa anak akak yang ikut bersama itu.
Perbuatan baik akak akan hidup di dalam hati orang yang menerimanya buat selama-lamanya.
Saya baca tak sampai habis...dah tangkap leleh.Apalah dosa kanak-kanak sehingga sanggup ibu bapa mereka lakukan begitu, tapi saya pasti setiap perbuatan pasti akan dibalas dengan seadil-adilnya. Ketababahnya Pn.Hjh Norlina sepatutnya dijadikan contoh tauladan.Lain kali kalau pergi nak ikut...
ReplyDeleteSu: Lain kali kita pergi sama-sama. Kita buat rombongan ke PERNIM tu.
ReplyDeleteBsah: Memang kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita ingan kita lah yang paling susah tapi rupanya ada lagi insan lain yang lebih susah daripada kita.
Najwa: Rasanya lawatan kerumah anak yatim ni dapat memberi sedikit kesedaran kepada kita.
Hon: Memang kesian sangat kat anak-anak yatim tersebut. Lebih-lebih lagi kat adik Murni yang hanya menunggu ajalnya saja.
Ruzanita: Jiwa ijan memang lembut dan mudah menangis. Jangan malu, akak dan rombonganpun semuanya sebak masa Pn Norlina beri penerangan. Lain kali kita buat rombongan dari UPM ke sana pulak.
memang baik jika mendapat kesempatan untuk mengkunjungi ke Rumah Anak Yatim. anak-anak di sana memang memerlukan orang yang besar hati macam kak nor.
ReplyDeletekita harus bersyukur kerana hidup dengan ahli keluarga kita dengan sihat dan damai. maka, jika kita mampu, kita harus menolong mereka yang berada dalam kesusuhan.
Kak memanglah baik hati. Kak jugalah teladan rakyat Malaysia. Malaysia boleh! Kak Huda boleh!
ReplyDelete