Hari ni nak balik kg lagi. Nak balik kg mana? dah tentulah kg temerloh. Kadang-kadang aku terfikir jugak adakah aku ni seorang adil... sebab apa? sebab asyik nak balik kg aku je, kg suami fikir kemudian...Dalam 1 bulan mesti sekali atau 2 kali nak balik kg temerloh. Rindukan mak bukan boleh dibuat-buat...memang rindu betul-betul. Suamiku pun nampak senang aje kalau aku nak balik kg temerloh, tapi dalam hati tak tahula...
Aku tak boleh nak jadi adil. Perasaan nak balik kg muar tak de...atas sebab2 yang tak dapat difikirkan. Mungkin sebab mak mertua aku selalu datang ke KL... Emak mertua pun macam mak sendiri tapi macam mana kalau perasaan itu tak berapa nak ada...nak kata mak mertua aku tak baik, tak pula sebab dia memang seorang yang baik dan jenis yang tak kisah.
Dah lama dah aku fikirkan hal ini... berdosanyalah aku. Ya Allah ampunkan hambamu ini...
Persoalannya:
1. Adakah kawan-kawan aku begitu menyayangi mertua mereka ataupun jenis macam aku jugak...
2. Adakah kita tak berapa nak ingat mertua sebab mertuapun tak berapa nak ingat kita...
3. Atau aku je yang fikir aku tak adil, sedangkan mertua aku tak pernah terlintas kat hati merekapun...
p/s : yaya cepatlah kawin supaya boleh menjadi menantu mithali gitu...jgn jadi macam akak kau ni haaaa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak tau nak cakap cm mana.. sebab saya tak ada metua. tp yg pasti... bila nak balik kelantan memang liat sikit. kalau sebut nak blk perak saya yg paling semangat sekali.Rasanya semua cam tu kot...walau apa pun kita dah cuba yg terbaik.
ReplyDeletememang la min kita dah cuba yg terbaik, tapi perasaan tu tetap tak boleh nak adillll...
ReplyDeleteni akk nak balik ni, mak dah siap buat tapai lagi. nak buat minggu lepas tapi tak jadi sbb akk tak balik. mak tahu akak ni pencinta tapai pulut...
tu yang buat amat sayang kat mak...huhuhuh...
sayang kat wan gak.. hari tu balik dah ready dodol kukus.. hehe
ReplyDeleteyummy! yummy! bestnya dodol kukus dengan tahi minyak yg banyak...wangi je baunya. wan tahukan zan suka dodol kukus. kalau balik kg zan mesti cari dodol kukus kat pekan sari(sehari). sbb tu lah wan dah ready awal-awal.
ReplyDeletejom lah kita selalu balik kg...
kak huda nape tibe2 suruh saya kawin cepat ni???...tolong cari anak yatim piatu untuk saya...( tapi lambat lg kot naak kawin )
ReplyDeletebiasalah kak sape yang tak ingat mak sendiri...kalau taak rindu tu ada something yang tak betul...
kalau le kg saya dekat tiap2 minggu saya blk kg...
Huda, dlm cite huda ni, tepuk dada tanya selera. Satu saja mak ude nk pesan, sayangi lah ibu kita, penuhilah kehendaknya, senangilah hatinya selagi dia masih ada bersama kita di dunia ni.Ibu mertua juga jgn dilupa. Seboleh-bolehnya biar sama rata, sama rasa. Biar adil dan saksama.Nikmat orang yang masih mempunyai ibu-bapa itu tidak ternilai. Bila mereka telah tiada jiwa kita akan menjadi kosong yang tidak terucap oleh kata-kata. Sayangi dan hargailah ibu-bapa sendiri dan juga ibu dan bapa mertua.
ReplyDeleteBagi saya pula, saya juga tidak dapat menjawab soalan yang dipersoalkan, ini adalah kerana saya masih bujang, belum kahwin. Akan tetapi, saya kan berusaha:)
ReplyDeleteMemang tiap tiap orang sayang akan ibu bapa sendiri, tetapi ibu bapa orang lagi juga perlu disayangi. Maksud saya di sini adalah saling hormat-mrnghormati. Walaupun kadang-kala kita sukar adil seperti kak yang menyatakan tadi, tapi kita perlu berusaha supaya adil. Marilah kita berusaha bersama-sama...
Bagi saya kak Nor seorang yang taat kepada ibu, walaupun sudah berkahwin kak juga rindu akan emaknya. Kak Nor masih memikul tanggungjawabnya sebagai seorang anak terhadap ibunya yang sudah tua dan berusaha untuk menjaganya. Saya rasa suami kak Nor akan berbangga dengan kak kerana ketaatan kak terhadap ibunya.
ReplyDeleteSoo Ching dan Manying, rasanya kita semua menyayangi ibubapa masing-masing. Walaupun mereka jauh namun ingatan kita tetap kekal kepada mereka berdua.
ReplyDeleteMarilah kita sama-sama berdoa agar mereka berdua sihat sejahtera dan dipelihara tuhan daripada segala bala bencana dan musibah.
mertua vs ibu bapa sendiri?????? x perlu kot... bila kita kahwin dengan pasangankita, kita juga berkahwin dgn ibu bapanya, baik masih ada @ tiada...gembirakan hati mertua & ibubapa kitabak kata mak ude sama rata sama rasa...tapi, kenyataannya pasti ada yg x akan sama...be the best of wat we can be...make others happy as we wantothers to make us happyyyyyy...jom pakat cuba walau payah nak bahagiakan org spt mana yg dia mahukan.....
ReplyDeletehehe..cam ita-intan ni senang je kan..3-4x stahun balik sabah..selainnye adalah balik temerloh lerr.
ReplyDeletethe best part is MIL ita sporting ;) (ceh bodek la tu..hahaa)
aladhha: bukan nak lawan tapi nak kepastian.
ReplyDeletesaya tahu aladhha anak menantu yg teramat baik...
ita: MIL tu memang sporting. apa-apa je semua boleh masuk. raya tahun ni balik mana? ha... ni mesti dah booking tiket dah kan