Saturday, August 29, 2009

Baik hati...

Hari ni kalau jadi akan pulang ke kampung untuk berbuka, bersahur, bercerita, berbual, dan segala macam 'ber' lagi. Rindunya kat emak dan abah tak terkata. Baru kejap tadi telefon, abah yang angkat. Aku katakan pada abah bahawa ada orang KL nak tumpang bersahur. Ayah ingatkan aku dan keluarga akan pulang awal untuk berbuka puasa bersama tapi aku terpaksa katakan tidak kerana suamiku pulang kerja agak lambat.

Sebenarnya kalau nak balik kampung ni semangat aku dah lain macam. Ceria saja sambil bernyanyi-nyanyi anak. Senyum tak putus-putus dari bibirku yang bak delima terbelah. Walaupun nak balik hari ni tapi juadah berbuka untuk keluarga tetap disediakan. Hari ni ingat nak masak yang simple je. Bihun goreng, buat tauhu sumbat dan air jambu batu.

Masa nak masak baru aku teringat bawang merah dah habis. Jadi terpaksalah aku pergi kedai untuk membeli barang. Alang-alang dah keluar, baik aku beli sekali sedikit ole-ole untuk dibawa pulang ke kampung nanti. Lalu aku 'menyetat' motor kapcaiku yang gempak juga bunyinya menuju ke Econsave. Nama Econsave taklah 'seglemer' Tesco @ Giant @ sebagainya tapi aku suka sebab barang dapurnya murah dan segar. Eh! eh! eh! macam aku ni duta Econsave pulak ye....

Sempat ke ni...aku nak masak lagi, nak kemas barang lagi, nak berface book lagi, (kat rumah facebook aku tetap 'on' ye) biar orang tengok aku berfacebook 24 jam tanpa masak, membasuh, tidur, masuk tandas dan sebagainya. Pada masa tu jam dah menunjukkan pukul 4.00 petang. Akupun kalut mengambil barang dan mengisinya ke dalam troli. Semua barang lain dah diambil cuma bawang merah kecil belum lagi.

Bab nak beli bawang merah ni aku agak cerewet sikit sebab kakak aku ajar supaya memilih bawang yang bentuknya bulat sebiji dan saiznya besar-besar ibu jari. Aku dah terbiasa begitu. Kakak aku kata kalau kita masak guna bawang macam tu masakan akan menjadi sedap. Tak tahulah betul atau tidak tapi kakak aku masak memang sedap (kalau anak buah aku iaitu zan, rus, ita atau intan baca post ini tentu mereka bangga sebab aku memuji emak mereka.)

Dah lah nak cepat tapi terpaksa pula memilih bawang merah satu persatu. Leceh betul. Masa nak memilih bawang tu aku tengok ada seorang tua yang sedang memilih juga bawang merah. Aku tak seganlah nak memilih bawang tu kat sebelah dia sebab dia dah tua dan pakai kupiah (terbayang pulak kat ayah di kampung)huhuhu rindunya... dalam hati aku tertanya-tanya, tak pernah lagi aku tengok orang lelaki yang begitu berminat nak memilih bawang satu-satu. Bukan niat aku nak kata orang lelaki tak pandai beli barang dapur (walau itu lah niatnya hehehe...)tapi jarang sekali aku jumpa.

Dalam masa aku nak cepat, aku ambil sedikit saja bawang merah tu. Nak jadi cerita ...tiba-tiba lelaki tua tu memberikan aku bawang merah yang telah dipilihnya. Aku pun hairan. Dia kata, dia saja pilih. Aku lagi hairan. Akupun ambillah bawang yang diberikan kepadaku di dalam plastik itu. Aku tengok semua bawang dalam plastik aku tu bulat-bulat, sebiji-sebiji dan saiznya sebesar ibu jari. Aku dah jadi 3 kali hairan. Nak menangispun ada. Rupanya ada juga orang lain, lelaki pula tu yang sama perangai macam kakak aku dan macam aku.

Dalam hati aku barkata-kata rupanya ada lagi orang yang baik di dalam dunia ini. Dia buat baik pada aku pula yang sedang kalut nak cepat ni. Terima kasih pakcik aku ucapkan. Dia berlalu pergi dengan senyuman sedangkan mulut aku masih lagi terlopong, ternganga, terbuka dan sebagainya.

Moralnya:
1. Masih lagi ada orang baik hati di dalam dunia ini.
2. Lain kali buat senarai barang dapur yang sudah habis.
3. Rajin masak kat rumah jangan asyik beli barang kat bazar ramadhan je.

p/s : Aku tak sempat nak berkenalan dengan lelaki tu. Pak cik kalau pakcik baca blog saya ni...saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi...

p/s lagi : Sesiapa di luar sana rajin la masak bihun goreng kerana sedapnya sehingga menjilat ibu jari...

14 comments:

  1. cemburunya akak boleh balik kampung. Lagi cemburunya akak boleh jumpa pakcik yang begitu baik hati. Kini jarang jumpa orang seperti inilah.

    ReplyDelete
  2. bihun goreng memang sedap kan samada bihun goreng putih yg orang kata bihun goreng singapore tu ataupun bihun goreng biasa(merah)..

    personally saya lebih suke yg merah.. isk.. rasa nak goreng bihun la plak.. hihi..

    btw, untung jumpa pakcik yg baik tu..
    :)

    ReplyDelete
  3. Hmmm...
    Saya lebih percaya jika buat baik akan dibalas baik. Dilihat pada kes ini.. Ehh, tiba-tiba serius pula saya ni! Huhuhu..

    Mungkin saudari (sopannya..) telah terlupa apa yang terjadi tempoh hari.
    Barangkali saudari juga membantu orang yang memerlukan..
    Barangkali saudari memberi sesuap nasi kepada kucing yang kebuluran..
    Barangkali saudari tidak memijak rumput-rumput yang tumbuh itu..

    Semuanya itu makhluk Tuhan.
    Jika kak Huda berbuat baik, maka dibalaslah baiknya.

    ReplyDelete
  4. Kata2 yang biasa g dengar "buat baik dibalas baik" dan "biarlah orang nak buat jahat kat kita,tapi kita jangan balas perbuatannya"....Apapun jika kita selalu berbuat baik serta menjaga tutur kata kepada orang...maka kita akan dilayan baik dan dihormati.Bergitulah sebaliknya.Dalam hal masak-memasak ni g kurang pandai...bukan malas tapi kalau masak tu orang tak nak makan...kononnya tak sedap(dengan suara sedih). Tapi kalau dah lapar..semuanya sedap...

    ReplyDelete
  5. hehe..saya pun tak tau mak pilih bawang cam tu..hmm.. balik kampung lagi.. ingatkan nak balik this week tapi ibunda gi melaka lah pulak..

    ReplyDelete
  6. Kata org..buat baik dibalas baik itu sangat sangat benar..mcm kata omputih...what goes around comes around...hati baik huda & baikbudi huda adl good deeds indeed...taniah!!!Allah Maha Adil...Alhamdulillah.k.nad..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Ingat dalam hati kita buat selama-lamanya
    sungguhpun budi yang kita diterima itu hanyalah budi kecil.

    Ingat dalam hati kita buat selama-lamanya iaitu membantu orang yang memerlukannya.

    Ingat dalam hati kita buat selama-lamanya supaya membalas budi orang yang pernah membantu kita.

    ReplyDelete
  9. Soo ching : usah cemburu ngan akak balik je lah ke kampung soo ching. Kg soo ching kat mana ye?

    Lady of Leisure : tq sbb sudi menziarahi blog saya yang tak seberapa ni. saya rasa...nak panggil apa ye?...panggil awak je lah...saya rasa awak ni terer la bab memasak, sebab saya jumpa blog awak ni dr internet bila saya cari resepi ikan siakap stim. Saya dah cuba resepi ikan siakap stim yang awak tulis dalam blog awak tu. Memang sedap sehingga menjilat ibu jari...

    Ooi Chwee Hwa : memang tidak rugi berbuat baik kepada orang lainkan. sebab jika kita dalam kesusahan pasti ada orang lain yang akan menghulurkan bantuan...

    Jojie : nak tahu sedap ke tidak cuba ko masak dan bawak ke kelas lepas tu kita makan sama-sama. yang tak sedappun jadi sedap...percayalah

    enzo : wah enzo gitu!!! Makcik dah buka blog zan. Puasa tahun ni dah berbuka ngan emak ke?
    memang emak @ kakakku special. Nanti emak dah balik ke rumah wan, kita suruh mak masak sedap-sedap.

    K Nad : Kak nad memang baikkan...sebab kalau ada orang minta tolong kak nad tidak pernah mengatakan 'tidak' kepada orang itu.

    Huiying : Harap-harapkan adalah orang yang akan tolong kita bila kita berada dalam kesusahan...

    ReplyDelete
  10. setuju sesangat ngan yg lain2. buat baik di balas baik.
    yg penting, nak pilih bawang cam kak huda gak la. mana tau pas ni min masak sedap jugak.

    ReplyDelete
  11. Kalau kita baik dengan orang.... orang pun akan baik dengan kita. Kak kalau behon "singapore" lagi sedap...

    ReplyDelete
  12. bila kak huda nak masak bihun dan bawak ke klas? Tak sangka erk nak beli bawang pun ada petua gak ye...sayalah kalau beli pilih gak tapi tak de la cari yang bulat-bulat dan sebesar ibu jari...janji bawang tu elok ambil jelah. Betul ckp kak huda sekarang ni susah nak cari orang yang baik hati.Mungkin kak huda ni baik orangnya maka baiklah balasannya

    ReplyDelete
  13. jarang nak jumpa orang yang baik hati pada masa kini !

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. menjadi ye resepi ikan siakap tu hihi.. nanti kalau ada resepi baru lagi saya kongsi ya..
    by the way, panggil lady pun boleh..
    :-)

    ReplyDelete

Yg baik jadi teladan, yg buruk jadi sempadan. Silalah...