Sunday, August 23, 2009

Terapi Jiwa @ Binatang Kesayanganku

Aku saje je pilih tajuk terapi jiwa biar tajuknya gempak sikit ataupun macam aku ni pakar motivasi. Kalau aku buat tajuk Binatang Kesayanganku, siapalah nak baca dan macam tajuk karangan budak tahun 4 je. Aku memang suka, kasih dan sayang kepada kucing. Kasih yang tak berbelah bagi. Suami dan anak-anakku terpaksalah memahaminya. Tapi ada juga orang yang alahan dengan kucing terutamanya ada penyakit asma dan geli kepada kucing. Terpulanglah kepada individu tersebut.

Aku ada kisah sedih tentang kucing ni. Dulu ada seekor kucing yang amat aku sayang. Namanya Manis. Namanya saje Manis tapi taiknya tetap masam juga. Bila pagi nak pergi mengajar aku akan keluarkan Manis. Bila balik sekolah Manis akan menunggu kepulangan aku di tangga. Tangga flatla...Aku menyewa rumah flat je...tapi sewanya RM500 juga. Tiap-tiap hari macam tu. Bila aku naik tangga Manis dengan setianya akan mengekoriku untuk mendapatkan habuan.

Pada suatu hari aku tengok ada perubahan kepada Manis. Manis sudah tidak mahu makan. Dah hampir dua minggu Manis tak mahu makan. Bila aku bagi Manis makanan dia cuma ambil bau saje. Makannya tidak. Badannya kurus sehingga bila Manis berjalan, akan ada bunyi ketek-ketek di tapak kakinya dan cara Manis berjalanpun sudah bergoyang. Berbunyi pula tapak kakinya sedangkan kucing berjalan dengan diam kerana tapak kakinya lembut dan ada bulu. Aku dah bawa Manis ke klinik haiwan tetapi keadaan Manis tetap macam tu juga.

Walaupun Manis sakit tapi aku tetap mengeluarkannya daripada rumahku kerana takut dia membuang najisnya merata-rata. Bila aku balik dari sekolah aku tengok Manis dengan setianya masih lagi menungguku di tangga sambil berbaring. Bila aku naik tangga, Manis dah tak ikut aku lagi. Cuma Manis berbunyi meow...meow... beberapa kali sambil memandang aku dengan sayu. Aku tengok, dan rupanya Manis sudah tak boleh berjalan lagi...mungkin sebab sakit yang teramat. Tapi aku tidak memahaminya...

Akupun mengangkatnya untuk membawa masuk ke dalam rumah tapi Manis seakan-akan mahu melepaskan diri. Aku berdegil dan terus mengangkatnya masuk ke dalam rumah. Bila masuk ke dalam rumah aku baringkan Manis di atas kain buruk, lalu aku berikan Manis air dan makanan. Tetapi Manis tetap tidak mahu menyentuh makanan tersebut. Hatiku dah rasa sebak semacam dah bila melihat Manis yang aku sayang tu seolah-olah sakit yang teramat. Apa yang harus aku lakukan sedangkan Manis baring tidak bermaya.

Akupun tanpa berlengah mengambil air sembahyang lalu duduk dekat dengan Manis sambil membacakan surah YAASIN kepadanya. Walaupun aku tahu Surah YAASIN tu sesuai dibacakan untuk orang yang sedang sakit tenat atau nazak tapi aku telah bacakan di hadapan binatang iaitu Manis yang aku sayang. Sambil membaca surah YAASIN, air mataku tidak berhenti-henti mengalir, kerana aku amat kesian kepada Manis. Manis tetap memandang kepadaku dengan pandangan yang sayu. Aku seolah-olah dapat melihat air mata Manis berlinangan. Manis menangis dan akupun menangis sama. Belum sempat aku menghabiskan bacaan Surah YAASIN, aku dapat dengar bunyi tarikan nafas yang kuat tiga kali. Kali yang ketiga, Manis sudah tidak bernyawa lagi. Ada air liur yang meleleh di mulutnya. Matanya celik, lalu kuusapkan supaya mata Manis pejam. Rupa-rupanya Surah YAASIN itu sesuai juga dibacakan kepada binatang yang sedang sakit tenat. Aku tutup Manis dengan kain sebab aku takut ada bangkai dalam rumah aku.

Aku belum pernah mengadap bagaimana orang yang hendak meninggal dunia tapi daripada drama dan cerita yang aku tengok seolah-olah sama juga dengan binatang yang hendak mati. Bunyi tarikan nafas yang kuat sebelum nyawanya dicabut. Bila Manis sudah mati akupun segera menelefon suamiku supaya dia menanam bangkai Manis di tempat kerjanya. Aku nak tanam macam mana sebab tinggal di rumah flat. Hari tu tidak masak dan menangis sepanjang hari...Seterusnya bila aku sembahyang aku berdoa kepada Allah jika ada lagi kucing aku yang Allah hendak tarik nyawanya biarlah jangan di hadapan aku kerana aku tidak sanggup menghadapi kematian walaupun cuma binatang.

Sepanjang hari itu aku berfikir patutlah Manis seolah-olah mahu melepaskan diri bila aku mahu mengangkatnya masuk ke dalam rumah. Manis sudah tahu kematian yang akan menjemputnya. Manis cuma mahu berjumpa dan memandangku sebelum melangkah pergi. Aku amat sedih. Masa aku menaip kisah Manis ni aku tetap mengalirkan air mata walaupun Manis telah meninggalkanku hampir sepuluh tahun. Ini belum lagi kematian orang yang aku sayangi, aku dah menangis sampai bengkak-bengkak mata. Macam mana aku hendak menghadapi kematian orang yang terdekat denganku. Tak sanggup rasanya. Biarlah aku yang pergi dulu tapi takut juga sebab amalan belum mencukupi.

Sehingga kini aku masih lagi memelihara kucing. Kini kucingku ada tiga ekor. Ibunya kupanggil Citam (Hitam). Pada asalnya ekor Citam panjang tapi disebabkan dia masuk dalam enjin kereta ekornya putus jadi kontot. Aku rasa bersalah pada Citam sebab aku yang 'start'kan enjin tu. Tapi nak buat macam mana...siapa suruh Citam masuk ke dalam enjin. Pada masa mula kena tu aku tengok Citam diam je mungkin sebab sakit sangat. Tapi akhirnya ekor Citam baik semula selepas aku letak minyak gamat.

Citam ada dua ekor anak yang sedang nakal iaitu Panjang dan Kontot. Panjang sebab ekornya panjang dan Kontot ekornya kontot. Bila bermain dengan kucing aku rasa ceria sekali. Kadang-kadang aku rasa senang sekali meluahkan perasaan aku pada Citam sebab dia ibu akupun ibu. Bila Along dan Angah tak dengar cakap aku akan mengadu kepada Citam. Biarlah dia tak faham apa yang aku cakap tapi Citam bersedia menjadi pendengar yang setia.

Sekianlah tajuk karangan saya yang berjudul Binatang kesayanganku.





Ini adalah Panjang yang gemuk. Kuat makan dan manja sekali.



Ini pula adalah Kontot. Agak penakut dan tidak suka masuk rumah. Tapi ada perangai pelik iaitu akan gigit kaki sesiapa saja yang datang rumah aku walaupun baru sudah makan.


Gambar ini aku paling suka sekali. Sebenarnya kesemua gambar kucing ini diambil oleh Angah. Aku tak tau macam mana Panjang dan Kontot boleh posing baik sebegini. Adakah Angah telah melakukan satu penganiayaan????????

17 comments:

  1. terharu membaca cerita manis. binatang juga faham hati manusia.

    ReplyDelete
  2. Sayu je saya baca cite manis ni...sebab saya penah mengalami 2 kematian (atuk n anak saudara) yg berlaku di depan mata...hanya Allah yg tahu hati ku yang lemah ni....

    Saya pun suke kucing( ada 4 ekor kucing kat kg )...dulu dulu ( rasanya masa darjah 4 ) saya penah jadi bidan masa kucing bersalin...

    Kak huda, saya sebagai seorang guru BM..karangan akak sangat diiktiraf...isi dan pengolahan sangat bagus...menarik dan menyentuh perasaan....saya bagi gred A..

    ReplyDelete
  3. yahya sejak2 sekarang pandai mengomen karangan org..wahahaa...mentang ckgu bm...kak huda, jarang sgt kucing mati dpn tuannya...kucing2 azza semuanya mati belakang tuan melainkan seekor kucing, tu pun pasal sakit tua lumpuh...mcm manis jugak kut...tapi manis muda lagi ke??

    ReplyDelete
  4. Anony...malas nak tulis habis sbb panjang sangat: terimakasih sbb sudi membaca kisah manis ni...macam tajuk karangan budak tahun 4je kan...

    Yaya : hati kita berdua memang lemahkan...tak sanggup rasanya menghadapi saat kematian itu...biarpun kucing. Harap-harap hati kita berdua akan semakin kuat...tak tau siapa yang pergi dulu...kita ataupun orang yang kita sayangi...huhuhu.

    ReplyDelete
  5. Azza,
    Manis taklah tua sangat lagi, dah beranak 2 kali...akak tak tahu sakit apa. Biasanya orang kata begitulah kucing tak akan mati depan tuannya. Kucing akan mati di jalanan. Mungkin Manispun nak mati di jalanan juga tapi akak yang bawa Manis masuk rumah.

    Sampai sekarang akak masih lagi bela kucing tapi akak tak pernah dah tengok kucing akak mati depan mata macam Manis...

    ReplyDelete
  6. saya penakut dengan kucing. tp kat umah di kg banyak sangat kucing. mak saya pungut kucing orang buang. dia bagi makan dan bela. semua kucing2 tu manja ngan mak saya...

    ReplyDelete
  7. Mak min sama macam akak la tu. Kucing yang akak bela sekarang ni asalnya kucing yang datang juga. Istimewanya kucing ni bila akak panggil nama dia akan datang. Kalau akak panggil Kontot, Kontot yang datang bukannya Panjang. Along dan Angah jeles sebab bila dia orang panggil seekorpun tak datang.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Emmm, saya tidak suka kucing. Saya rasa kucing ini sangat manja dan kadang-kala sombong juga. Tapi saya masih ingat ketika saya belajar di maktab, pensyarah saya suka memanggil saya 'kucing' kerana nama saya Soo ching.

    ReplyDelete
  9. Saya lebih suka pada anjing berbanding dengan kucing kerana kucing mudah masuk ke dalam rumah dan takut juga kalau-kalau ia tidur di atas katil saya.

    Tapi saya suka pada seekor kucing yang pernah dibela oleh nenek saya itu. Kucing itu berwarna kuning dan oren. Cantik. Tapi seperti yang dikatakan oleh Soo Ching kucing kadang-kalanya sombong. Si kucing itu suka lalu di tepi kaki orang semasa kami sedang makan tapi bila orang nak bermain dengannya ia akan hilang atau tidak menghiraukan orang.

    Saya pun pernah dengar orang bercakap bahawa anjing tak akan mati di depan rumah tuannya. Anjing-anjing yang pernah saya/ ahli keluarga saya bela itu semuanya mati di tepi atau belakang halaman rumah. Hanya seekor yang mati di depan rumah kerana ia diracuni sengaja oleh orang lain.

    Sungguhpun anjing itu hanya binatang belaan, tapi sedih juga bila mereka mati. Terutamanya ketika anjing kesayangan saya mati. Air mata bermain-main di dalam mata dan rasa ada batu besar di dalam hati.

    ReplyDelete
  10. gee pun suka kucing...cuma tak tahan bau t..knya....tapi ok la Huda bela kucing sebagai terapi jiwa dan hati....bila penat usap kucing...bile rindu cium kucing, bila boring main ngn kucing dan bila marah belasah kucing...kih..kih...tapi Huda jgn plak buat camtu...berdosa..sebab kucing itu haiwan kesayangn Rasullullah saw. Kucing-kucing Huda tu pandai buat aksi stunt tak..? Satu lagi nak tanya...kenapa muka kucing2 Huda tu macam muka terpaksa je....Muka sedih macam lepas kena marah...he..he...

    ReplyDelete
  11. Tidakkah najis-najis kucing sukar dibersihkan?
    Saya seorang pemalas. Bab-bab membersih dan mencuci memang saya malas. Ini belum nak fikirkan bab-bab makanannya. Maklumlah, makan saya sendiri pun tak terurus.
    Bagi saya, adalah merupakan tanggungjawab yang besar jika kita membela haiwan kesayangan. Jadi saya memilih untuk tidak memikul sebarang beban, termasuk haiwan kesayangan.
    Pendek kata, saya tabik pada akak. Cayalah!!

    ReplyDelete
  12. kucinglah binatang yang saya paling takut... saya akan menjerit bila kucing lalu...gelilah dengan bulu dia... eeeee. Anak-anak saya pun takut dengan kucing... kalau nampak kucing macam nampak harimau !!! meraung punyalah kuat...macam maknya, lagi-lagi kalau kucing tu main-main kain kita sedang jalan....tuhan je yang tau gugur jantung...

    tapi, orang kata murah rezeki kita kalau bela kucing...lagipun nabi Muhammad kan sayang kan kucing.

    ReplyDelete
  13. kak huda memang seorang yang penyayang bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada binatang....Kalau sayalah minta maaf banyak-banyak nak bela binatang.Saya tak suka terutama kucing. Bukan apa saya geli terutama apabila kucing suka gesel-gesel kat kaki kita. Kalau ada kucing masuk dalam rumah mesti saya menjerit suruh halau.Kat umah ayah saya adalah bela beberapa ekor kucing. Jadi bila balik kg saya akan pastikan kucing tu duk kat luar umah je. kalau masuk gak saya akan halau.nak makan pun kena tunggu ayah saya yang bagi.Kejamkah saya?
    Apa-apa pun saya memang tak suka kucing.....

    ReplyDelete
  14. Da, beberapa malam lepas dalam tazkirah tarawih ustaz mengulas ayat yang maksudnya lebih kurang "Barang siapa yang rahmat terhadap makhluk di bumi sesungguhnya ia akan mendapat rahmat daripada makhluk di langit" Mudah-mudahan Huda sentiasa dalam rahmat Allah swt

    ReplyDelete
  15. kematian itu pasti..telah ditentukan oleh Yang maha Kuasa. Setiap makhluk tidak dapat mengelak..

    ReplyDelete
  16. Saya sangat sayangkan kucing. Saya dah bela hampir 20 ekor setakat ini tapi banyak kisahnya. Terbaru, kucing yang saya bela namanya'Kuning' yang asalnya saya ambil dr skolah krn terbiar. Pada awalnya bawa balik ke rumah, Kuning cirit birit selama 2 minggu...tapi saya tak kisah, sabar dan bela juge. Saya letak minyak gamat slalu di duburnya yg melecet dan sentiasa lap kalau ada .....melekat di situ. Walaupun saya kurung dalam sangkar ttpi bila sy kat rumah sy lepaskan. Bagi sy kucing mcm manusia juge berhak hidup bebas.
    Tetapi pada satu hari, saya memanggil2 Kuning byk kali tapi tak muncul. Sy terfikir ia bermain diluar sbb dah pandai bergurau, byk main...jadi sy syak tak apa2 la kalau dikejar anjing sekalipun. Tiba2 bila sy buka pintu rumah memandang keluar, anjing dan gonggong Kuning. Saya terkejut amat sangat dan geram. Sy ambil penyapu, keluar pagar dan mengejar anjing. Dapat juga akhirnya...saya kebumikan Kuning. Sy fobia dan berdendam seketika dgn anjing jahat tu...lama2 saya dpt lupakan.
    Saya percaya sayangi binatang ada rahmatnya dan ia mendoakan tuannya. Sy berdoa agar semua kucing yg sy sayang menemankan sy bila d akhirat nanti. aminn

    ReplyDelete

Yg baik jadi teladan, yg buruk jadi sempadan. Silalah...