Friday, September 4, 2009

Ole-ole dari Temerloh...

Semua orang tahu yang aku balik kampung minggu lepas. Best sangat balik kampung sehingga tidak terkata. Ada dua yang bestnya:

1. Dapat berjumpa dengan ibu bapa yang dirindui serta sanak saudara.
2. Dapat makan makanan kegemaranku...hehehe

Tidak ada apa yang aku nak berikan sebagai ole-oleh kepada kawan-kawan semua. Hanya gambar ini saja sebagai kenangan. Hayatilah keenakannya. Hayati saje bukan suruh makan, nanti batal pulak puasa semua orang. Jom layannnnnn........



Kuih lompat tikam. Kuih ni adalah antara kuih tradisional kegemaranku. Dalam bulan puasa kuih ini amatlah sesuai dijadikan sebagai juadah. Ada ku tuliskan serba sedikit dalam facebook tentang kuih ini dan mendapat komen daripada seorang kawan yang mengatakan kuih ini tawar. Sebenarnya dia silap sebab tak belajar ilmu membuat kuih ini sampai habis daripada emak aku.

Yang hijau tu adalah tepung beras yang dibancuh dengan air daun pandan dan letakkan sedikit kapur dan masak. Yang putih tu ialah santan kelapa yang dicampukan sedikit dengan tepung beras dan masak. Kedua-duanya dituangkan di dalam loyang dan dibiarkan sejuk, potong dan hidangkan. Kuih ni bukan makan begitu sahaja tapi dimakan bersama dengan air gula merah yang telah dimasak. Amat sedap.Kuih lompat tikam ini emak yang buat sedangkan anaknya pergi berjoli-joli di Temerloh....sayang emak.


Ikan patin masak tempoyak. Ikan patin ni bukan ikan patin kolam tapi adalah ikan patin sungai Pahang. Ikan patin masak tempoyak ni telah dimasak oleh kakak iparku. Dicampur sedikit dengan timun tua. Hish!!! sedapnya dapat kuahpun cukup.


Peparu goreng. Peparu goren ni dimasak oleh kakak iparku jua di rumahnya. Nampak saje hitam tapi rasanya tak terjangkau oleh akalmu.


Ikan talapia dan patin goreng. Ikan ni pada asalnya nak dibakar tapi tak jadi sebab tidak ada orang yang hendak hidupkan api di luar...Jadi digoreng saja. Gorengpun sodap...


Terung kicap. Terung kicap ni aku ambil resepi daripada internet. Yang ni aje aku masak. Manis rasanya.


Yang anak dara 4 orang tu anak abang teh. Cuma yang pakai cermin mata tu bukan...dia adalah bakal ehem...ehem kepada Amir yang menangkap gambar. Yang tergelak besar dan suka hati sangat tu sape lagi kalau bukan aku. Yang rambut terpacak tu along dan angah. Yang belakang sekali tu adik aku yang bongsu. Suamiku tiada di dalam gambar kerana membantu ibu mertuanya mengacau kuih lompat tikam di rumah. Pandai suamiku mengambil hati ibu mertuanya...hehehe. Sedangkan isteri mithalinya berpoya-poya di luar...

Gambar ini diambil di tepi Sungai Pahang. Keluarga aku dan keluarga Abang Teh pergi menghantar Ila naik bas ekspress balik ke kuantan dan Siti balik ke USIM. Tapi Siti tak jadi balik naik bas ekspress hari tu. Kenapa? Kena tanya Siti la...Malam tu Siti ikut balik ke rumahku di Pandan Indah dan paginya pukul 7 lebih aku dah menghantarnya ke stesen LRT. Hai...siti...siti...nama sebenarnya Nurul Amira tapi lebih sedap dipanggil siti.

Sekianlah dulu hidangan pembuka selera hari ini. Nak belajar boleh tapi sediakanlah pengerasnya terlebih dahulu.

p/s : Tiada dalam gambar
1. segala macam air, air jambu batu along buat, air katira @ kartika dan air tebu dibeli.

2. Orang yg makan juadah berbuka puasa tersebut. Tak sanggup nak tangkap gambar mereka semua sebab semuanya garang dan bermuka lapar...hehehe.

3. Emak kita akan bertemu lagi di pagi raya yg secepat mungkin...huhuhu;-(


19 comments:

  1. mak ai, ikan patin? lompat tikam? Paru sambal? terung? SEMUA FAVOURITE AKU TU!!! (terbeliak biji mata dan terliur seketika) arghhhh, tengok gambar jelah nampaknya.

    ReplyDelete
  2. wahhh..menu yg sama jugak masa balik hari tu - patin tempoyak & lompat tikam.agaknye dah jadi trademark keluarga dah kot..

    nyummm nyumm..sedappnyeee!!

    ReplyDelete
  3. semua menu memang membuka selera..lapar dah azza...huhuhu

    ReplyDelete
  4. Dr. : kalau mak saya masak lagi makanan tu saya akan makankan untuk dr....hehehe.

    Ita : memang itu adalah trademark orang temerloh. tak pe dulu ita balik menu yang sama jugak tapi kali ni menu yang sama juga tapi orang yang makannya tak sama.

    dulu katanya MIL buat kuih lompat tikam tak jadi sangat sbb silap cap tepung beras ye...?

    alfa : memang menu tu amat sesuai dimakan dalam bulan puasa ataupun bulan tak puasa.

    ReplyDelete
  5. bekenannya kat lompat tikam. masa dalam face book tak nampak gambar...

    ReplyDelete
  6. Kak Huda, terung tu memang dihidangkan dalam bentuk separuh ke?
    Patutlah..pernah makan gitu.
    Tapi ungunya nampak cerah, cantik. Harus digoreng dulu ke timun tu sebelum masak dengan kicap?

    ReplyDelete
  7. this is the best part bila balik kampung kan...
    dapat makan macam2..

    ReplyDelete
  8. Cemburulah! Kak huda boleh balik kampung jumpa ibu bapa dan saudara. Tambah-tambah lagi, boleh makan makanan yang sedap. Saya juga rindu akan kampung saya. Tapi kerja yang banyak ini, bilakah boleh saya balik kampung?

    ReplyDelete
  9. bestkan bila dapat berbuka bersama dengan keluarga.Bila kak huda nak balik temerloh? Ajaklah saya sama.Rindunya ngan orang temerloh...Bilakah agaknya dapat bersua? Apa-apapun makanan yang k.huda tunjukkan semuanya nampak menyelerakan. Bolehlah kita berkongsi resepi....

    ReplyDelete
  10. wah meriahnye juadah....masa saya balik kg ari tu xleh nak masak sakan..just masak apa yg ada dlm peti sejuk je...yelah hujan sepanjang hari dan banjir...
    kuih lompat tikam tu ramuannya mcm buat kuih lompang ke??? Macam senang dan tempat saya rasanya org tak panggil lompat tikam kot..tp tak ingat le apa nama..

    ReplyDelete
  11. waa...besttnyeee... bulan puasa ni saya belum pekena lompat tikam lagi laa.. iskk.. ni yg terliur ni... tapi takleh makan byk skrg ni... hmm.. esok kena cari nih..

    ReplyDelete
  12. Min : kuih lompat tikam memang sedap, tapi kena kacau lebih kurang 1 jam atas api. 1jam utk hijau, 1jam utk putih. barulah kuih tu akan jadi kenyal. macam orang buat cendol.

    ooi : terung tu memang besar2. boleh belah dua @ empat. akak tu belah 4 sbb ramai org nak makannya. (macam kedekut pulak). goreng dulu terung tu bagi layu. cubalah...manis rasanya...

    lady : memang best balik kg. dapat makan segala macam. kalau mak masak semuanya sedap. yummy!!!!!!!

    soo ching : kalau ada masa luang baliklah ke kg. cuti raya nanti balik kg tak?

    su : su, ada kenangan kat temerloh? raya nanti datanglah....hehehe. nanti kita cerita panjang2 pasal resepi pulak...

    yaya : akak tak tau ramuan buat kuih lompang macam mana tapi nak buat bhg hijau kuih lompat tikam tu macam nak buat cendol. semuanya guna tepung beras...makan dgn air gula merah...wow sedapnya....

    zan : kat sinipun ada jugak jual lompat tikam tapi dia org jual ada campur ngan pulut sekali. jadi ada 3 kaler putih, hijau, dan merah. rasa dia lebih kurang sama tapi tak boleh lawan kuih lompat tikam wan punya...hehehe.

    ReplyDelete
  13. juada brbuka dgn mak ayh di kg sesimple mana pun selalunya sedap belaka...sebab..masih ada mak & ayah berbuka brsama....Alhadulillah.Bayangkn bila tiada mrk di bulan puasa lainnya...sayunya....

    ReplyDelete
  14. Aladhha, itulah yang akak rasa dah berbelas2 tahun lamanya.
    Huda, Akak tumpang gembira atas kemeriahan orang lain demi mengembalikan kegembiraan yang jauh berlalu. Selain terpaksa meriahkan suasana sekarang demi meninggalkan nostalgia bagi anak-anak dan orang yang tersayang. Namun kekosongan yang ditinggal keduanya masih tidak terganti dengan segunung intan sekali pun. percayalah...

    ReplyDelete
  15. Wah...bestnya macam buat kenduri. Suka saya tengok

    ReplyDelete
  16. gambar-gambar makanan itu membuatkan saya lapar!!!
    Bila kak nor nak masak untuk kita semua (macam sangat sedap!!!)
    Atau esok hari kak Nor ajar manying masak, OK ??

    ReplyDelete
  17. Sebut saja ikan Patin, teringat hon pada Temerloh. Dua kali praktikum kat sana.
    Ikan Patin biasa dapat dijumpa di Temerloh.
    Kali pertama nampak ikan-ikan digantung di tepi jalan atau sungai untuk dijual.
    Tapi, hon tak pernah makan ikan Patin.

    ReplyDelete
  18. k nad : memang bersyukur sesangat sbb kedua ibubapa saya masih lagi ada di dunia ini. Tak dapat nak membayangkan kalau mereka tidak ada lagi...huhuhu.

    k nur : saya harap k nur akan bergenbira pada hari raya tahun ni. Doakan jua untuk kedua orang tua yang kini tiada lagi di sisi...

    ikin : meriah sesangat memang kenduri...kenduri adik beradik dan anak2 buah.

    manying : akak taklah pandai sangat masak tapi kalau nak belajar tu bolehlah juga. apa yang penting mesti rajin mencuba...

    huiying : rugilah huiying tak pernah rasa ikan patin sungai pahang...sedap sangat. ramai juga orang cina gemar makan ikan ni...mereka suka masak stim....yummy....

    ReplyDelete
  19. Lompat tikam tuh kuih aper akak. Macam pelik jer bunyinye. Yang hijau tu ker???

    ReplyDelete

Yg baik jadi teladan, yg buruk jadi sempadan. Silalah...