Sebenarnya kalau nak balik kampung ni semangat aku dah lain macam. Ceria saja sambil bernyanyi-nyanyi anak. Senyum tak putus-putus dari bibirku yang bak delima terbelah. Walaupun nak balik hari ni tapi juadah berbuka untuk keluarga tetap disediakan. Hari ni ingat nak masak yang simple je. Bihun goreng, buat tauhu sumbat dan air jambu batu.
Masa nak masak baru aku teringat bawang merah dah habis. Jadi terpaksalah aku pergi kedai untuk membeli barang. Alang-alang dah keluar, baik aku beli sekali sedikit ole-ole untuk dibawa pulang ke kampung nanti. Lalu aku 'menyetat' motor kapcaiku yang gempak juga bunyinya menuju ke Econsave. Nama Econsave taklah 'seglemer' Tesco @ Giant @ sebagainya tapi aku suka sebab barang dapurnya murah dan segar. Eh! eh! eh! macam aku ni duta Econsave pulak ye....
Sempat ke ni...aku nak masak lagi, nak kemas barang lagi, nak berface book lagi, (kat rumah facebook aku tetap 'on' ye) biar orang tengok aku berfacebook 24 jam tanpa masak, membasuh, tidur, masuk tandas dan sebagainya. Pada masa tu jam dah menunjukkan pukul 4.00 petang. Akupun kalut mengambil barang dan mengisinya ke dalam troli. Semua barang lain dah diambil cuma bawang merah kecil belum lagi.
Bab nak beli bawang merah ni aku agak cerewet sikit sebab kakak aku ajar supaya memilih bawang yang bentuknya bulat sebiji dan saiznya besar-besar ibu jari. Aku dah terbiasa begitu. Kakak aku kata kalau kita masak guna bawang macam tu masakan akan menjadi sedap. Tak tahulah betul atau tidak tapi kakak aku masak memang sedap (kalau anak buah aku iaitu zan, rus, ita atau intan baca post ini tentu mereka bangga sebab aku memuji emak mereka.)
Dah lah nak cepat tapi terpaksa pula memilih bawang merah satu persatu. Leceh betul. Masa nak memilih bawang tu aku tengok ada seorang tua yang sedang memilih juga bawang merah. Aku tak seganlah nak memilih bawang tu kat sebelah dia sebab dia dah tua dan pakai kupiah (terbayang pulak kat ayah di kampung)huhuhu rindunya... dalam hati aku tertanya-tanya, tak pernah lagi aku tengok orang lelaki yang begitu berminat nak memilih bawang satu-satu. Bukan niat aku nak kata orang lelaki tak pandai beli barang dapur (walau itu lah niatnya hehehe...)tapi jarang sekali aku jumpa.
Dalam masa aku nak cepat, aku ambil sedikit saja bawang merah tu. Nak jadi cerita ...tiba-tiba lelaki tua tu memberikan aku bawang merah yang telah dipilihnya. Aku pun hairan. Dia kata, dia saja pilih. Aku lagi hairan. Akupun ambillah bawang yang diberikan kepadaku di dalam plastik itu. Aku tengok semua bawang dalam plastik aku tu bulat-bulat, sebiji-sebiji dan saiznya sebesar ibu jari. Aku dah jadi 3 kali hairan. Nak menangispun ada. Rupanya ada juga orang lain, lelaki pula tu yang sama perangai macam kakak aku dan macam aku.
Dalam hati aku barkata-kata rupanya ada lagi orang yang baik di dalam dunia ini. Dia buat baik pada aku pula yang sedang kalut nak cepat ni. Terima kasih pakcik aku ucapkan. Dia berlalu pergi dengan senyuman sedangkan mulut aku masih lagi terlopong, ternganga, terbuka dan sebagainya.
Moralnya:
1. Masih lagi ada orang baik hati di dalam dunia ini.
2. Lain kali buat senarai barang dapur yang sudah habis.
3. Rajin masak kat rumah jangan asyik beli barang kat bazar ramadhan je.
p/s : Aku tak sempat nak berkenalan dengan lelaki tu. Pak cik kalau pakcik baca blog saya ni...saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi...
p/s lagi : Sesiapa di luar sana rajin la masak bihun goreng kerana sedapnya sehingga menjilat ibu jari...
