Wednesday, June 10, 2009
Happy Birthday Along, Kerja Kursus Sejarah PMR 2009 dan Refresh subjek 'Bahasa Dalam Multimedia'.
Selamat Hari Lahir Along...
Malam ni 9.6.2010(sebenarnya dah pagi)aku buat entry 3 in 1.
Pertamanya nak ucap Selamat Hari Lahir buat Along yang ke 15 tahun. Dah besar panjang...(memang panjang n tinggi dari akupun)...hihihik ...dah bujang anak aku rupanya. Dah ada mak wea kot...(memang ada)...sape??? jeng...jeng...jeng. Along...jangan bermakwea-makwea sakan lagi..., belajar pandai-pandai dulu. Biar makwea yang datang cari Along...perjalanan ini masih jauh ... Berbagai-bagai manusia yang akan along jumpa nanti...Ibu dah bagi hadiah...makwea bagi apa???? Rahsia ye... ibu tau...hihihik...
Aku tak sempat masak hari ni sebab tadi periksa kawww kawww punya. BBM 3103Sejarah dan Rumpun Bahasa Melayu. Malu jugak kat suami sebab tak masak, tambahan malu lagi sebab dia dah start cuti hari ni tapi nak buat macam mana... BBM 3103 tu memang susah, 4 kredit pulak tu... kena jawab 120 soalan objektif tapi nasib baik kertas OMR ada sampai nombor 100... Dr. Arba'ie kata jawab sampai 100 soalan je...harap-harap aku dapat markah yang baik...
Balik dari exam keluar g makan kat Restoran SINAR MESRA. Sambutan Hari Jadi Alongla kononnya... Tapi tak sempat nak snap gambar sebab lapar sangat...terus je makan...baca doalah dulu... Masakannya ok la dan harganyapun berpatutan...aku yang bayar tapi sebenarnya itu duit suamiku...ahaks (tq abang...) Lepas makan Angah ajak pergi jalan-jalan...Ingatkan suamiku bawak kami ke mana rupanya ke....
Ni tentang entry aku yang kedua pulak. Along akan ambil PMR tahun ni. Along pilih bangunan bersejarah, Bangunan Sultan Andul Samad. Amboi mak oi! periksa PMR sekarang ni dah kena buat kerja kursus. Jauh betul bezanya masa aku belajar dulu. Baru tingkatan 3 tapi banyaknya kerja nak buat macam kat U pulak. Kerja kursus sejarah Along dah siap tapi nak tambah 'bahagian sumbernya' sahaja.
Rupa-rupanya suami aku bawak kami jalan-jalan kat Bangunan Sultan Abdul Samad lepak-lepak sambil aku ambil gambar along kat bangunan tu. Dapat jugalah along tambah maklumat kerja kursus dia. Untung juga yek duk kat KL ni, tapi macam mana pulak dengan orang yang tinggal jauh dari KL nak melawat BSAS... semata-mata untuk buat lawatan ke tempat bersejarah dan nak siapkan kerja kursus ni??? Ni antara gambar yang sempat aku ambil tapi tak banyak sebab bateri kamera dah nak kong... ( Tu la nak gi jalan-jalan tak rancang awal-awal...Kalau tau tadi boleh cas...kata aku manja kepada suami...ewahhhh!!!)
Gaya Birthday Boy dari SMA Al Khairiah, Temerloh, Pahang.
Eh, along dah pakai ye baju hadiah birthday...bertuah betul!!!(sebenarnya aku beli 2 helai baju tu satu hitam satu lagi putih. Itu ajelah warna kegemaran anak aku)
Lagi-lagi gambar along: Ni pula kat depan Bangunan Sultan Abdul Samad
Laaa.. gambar along lagi: Kat signboard JALAN MAHKAMAH TINGGI.
Gambarnya tak de la terang sebab dua-duanya gelap hihihik... Nampak gayenya kena pergi lagi sekali hari siang pulak. Barulah terang sikit. Tapi bila ye, hari Jumaat ni sampai Ahad aku n family nak pergi Johor. Nak tengok apa masalahnya rumah sewa aku kat Johor tu dah 2 bulan tak bayar sewa. Biar penyewanya terkezzzzut beruk tengok aku datang...hehehe.
Yang ketiganya aku buat entry ni saje nak refresh balik cara nak buat blog, web, e-majalah dll sebab esok aku ada exam BAHASA DALAM MULTIMEDIA. Eiii takutnya... bukan nya apa, aku takut lupe je...dah lah esok soalan berstruktur...mati aku!!!! Tapi aku akan cuba buat yang terbaik. TERBAIK WOK....Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
happy belated birthday to along..wah handsome betul budak teruna ni..cakap kat along, lain kali minta kereta untuk hadiah birthday...kereta yang betul bukan mainan..sebaya ngan si widad tu..
ReplyDeleteThanks Dr. sebab sudi singgah jugak akhirnya kat blog saya ni. Ucapan belated birthday tu nanti saya akan sampaikan sbb skrg ni dia tinggal kat asrama...
ReplyDelete