Balik dari giant aku, along,dan angah sibuk mengemas barang-barang yang telah dibeli, buka puasa dan lain-lain lagi. Suamiku tidur awal mungkin sebab penat bekerja. dalam pukul 11 lebih tu aku mula mengemas beg tangan aku. baru aku teringat nak simpan duit raya. Ya allah mana duit raya yang suamiku bagi tadi???? duit tu tak de dalam beg tanganku. akupun mula gelabah. aku pergi cari kat kereta sampai 2 kali tapi tak de. cari kat bilik tak de. cari kat dapur tak de. semua tempat aku cari tak de. along dan angah pun tolong aku cari tapi tetap tak de. dah berpeluh aku dibuatnya. kalau suamiku tahu hilang...hai kena marah lah aku kali ini. rm500 bukannya sikit bagi kami.
Aku cuba ingat elok2 kat mana aku letak tapi tetap tak ingat juga. akupun dengan muka tak malu telefon kak imah yang jual kuih raya tu. tapi dia tak angkat. lepas tu dia pulak telefon aku. dia pun terus tanya aku sama ada aku ada tak tinggal barang tak kat rumah dia? aku kata ada iaitu duit raya. kak imah kata betul duit raya. ALHAMDULILLAH aku terus sujud syukur. nasib baik tinggal kat rumah kak imah yang jujur, macam mana kalau aku tercicir kat giant...tentu tak berduit rayalah anak-anak buahku di kampung...

anak buah di sini pun belum dpt lagi duit raya dari makcik..hehehe...
ReplyDeletesaya tahu apa yang akak rasa...
ReplyDeletesaya pun pernah mengalaminya sebab cuai!
ishhh, jangan ada kali kedua.
eh, banyak juga duit raya yang diperuntukkan oleh keluarga akak! fuuyohhh...raya sakan..
setiap yg berlaku ada hikmahnya. Allah sentiasa melindungi kak huda... sebab kak huda sayangkan haiwan...
ReplyDeleteSaya tak ada pengalaman gitu (touch wood)tapi dapat memahami apa rasanya dalam hati. Pernah tiga kali tertinggal barang yang baru dibeli. Kali pertama sendiri yang tertinggal barang itu. Dua kali lain itu orang lain yang terlupa bawa balik barangan itu. Sakit hati betul. Duit dah dibelanja tapi barang tak dapat.
ReplyDeleteAlhamdulillah...dapat akak gambarkan betapa bersyukurnya Huda. Bagi akak kalau dah takdir nak hilang tu, nak wat cam ner. Tapi part yang paling tak bestnya buat orang sebelah marah, betul tak.
ReplyDeleteHuda ingattak crita baranga berharga akak yang hilang dulu? Tersangatlah bersyukurnya akak. Dalam Ramadhan ini suami akak menjumpainya semula. Rasa dapat berjumpa arwah ibundaku. Syukur Alhamdulillah..
ada lagi tak baki duit raye...bagila kat anak2 ijan kak....hehehe murah rezeki akak.
ReplyDelete