Semua orang tahu yang aku balik kampung minggu lepas. Best sangat balik kampung sehingga tidak terkata. Ada dua yang bestnya:
1. Dapat berjumpa dengan ibu bapa yang dirindui serta sanak saudara.
2. Dapat makan makanan kegemaranku...hehehe
Tidak ada apa yang aku nak berikan sebagai ole-oleh kepada kawan-kawan semua. Hanya gambar ini saja sebagai kenangan. Hayatilah keenakannya. Hayati saje bukan suruh makan, nanti batal pulak puasa semua orang. Jom layannnnnn........

Kuih lompat tikam. Kuih ni adalah antara kuih tradisional kegemaranku. Dalam bulan puasa kuih ini amatlah sesuai dijadikan sebagai juadah. Ada ku tuliskan serba sedikit dalam facebook tentang kuih ini dan mendapat komen daripada seorang kawan yang mengatakan kuih ini tawar. Sebenarnya dia silap sebab tak belajar ilmu membuat kuih ini sampai habis daripada emak aku.
Yang hijau tu adalah tepung beras yang dibancuh dengan air daun pandan dan letakkan sedikit kapur dan masak. Yang putih tu ialah santan kelapa yang dicampukan sedikit dengan tepung beras dan masak. Kedua-duanya dituangkan di dalam loyang dan dibiarkan sejuk, potong dan hidangkan. Kuih ni bukan makan begitu sahaja tapi dimakan bersama dengan air gula merah yang telah dimasak. Amat sedap.Kuih lompat tikam ini emak yang buat sedangkan anaknya pergi berjoli-joli di Temerloh....sayang emak.

Ikan patin masak tempoyak. Ikan patin ni bukan ikan patin kolam tapi adalah ikan patin sungai Pahang. Ikan patin masak tempoyak ni telah dimasak oleh kakak iparku. Dicampur sedikit dengan timun tua. Hish!!! sedapnya dapat kuahpun cukup.

Peparu goreng. Peparu goren ni dimasak oleh kakak iparku jua di rumahnya. Nampak saje hitam tapi rasanya tak terjangkau oleh akalmu.

Ikan talapia dan patin goreng. Ikan ni pada asalnya nak dibakar tapi tak jadi sebab tidak ada orang yang hendak hidupkan api di luar...Jadi digoreng saja. Gorengpun sodap...

Terung kicap. Terung kicap ni aku ambil resepi daripada internet. Yang ni aje aku masak. Manis rasanya.

Yang anak dara 4 orang tu anak abang teh. Cuma yang pakai cermin mata tu bukan...dia adalah bakal ehem...ehem kepada Amir yang menangkap gambar. Yang tergelak besar dan suka hati sangat tu sape lagi kalau bukan aku. Yang rambut terpacak tu along dan angah. Yang belakang sekali tu adik aku yang bongsu. Suamiku tiada di dalam gambar kerana membantu ibu mertuanya mengacau kuih lompat tikam di rumah. Pandai suamiku mengambil hati ibu mertuanya...hehehe. Sedangkan isteri mithalinya berpoya-poya di luar...
Gambar ini diambil di tepi Sungai Pahang. Keluarga aku dan keluarga Abang Teh pergi menghantar Ila naik bas ekspress balik ke kuantan dan Siti balik ke USIM. Tapi Siti tak jadi balik naik bas ekspress hari tu. Kenapa? Kena tanya Siti la...Malam tu Siti ikut balik ke rumahku di Pandan Indah dan paginya pukul 7 lebih aku dah menghantarnya ke stesen LRT. Hai...siti...siti...nama sebenarnya Nurul Amira tapi lebih sedap dipanggil siti.
Sekianlah dulu hidangan pembuka selera hari ini. Nak belajar boleh tapi sediakanlah pengerasnya terlebih dahulu.
p/s : Tiada dalam gambar
1. segala macam air, air jambu batu along buat, air katira @ kartika dan air tebu dibeli.
2. Orang yg makan juadah berbuka puasa tersebut. Tak sanggup nak tangkap gambar mereka semua sebab semuanya garang dan bermuka lapar...hehehe.
3. Emak kita akan bertemu lagi di pagi raya yg secepat mungkin...huhuhu;-(