Saturday, May 2, 2009

Pensyarahku idolaku...


YANG TERBARU:
Gambar ni saya ambil dari blog cik Alia. Mintak sorrry ye... Cik Alia bersama dengan mamanya...siapa lagi kalau bukan Dr Normaliza semasa di Universitas Atma Jaya, Jakarta, Indonesia. Cik Alia merupakan tutor yang banyak membantu saya semasa dalam kelas...Toceee...cik Alia


Dekat bawah gambar ni masa saya ambil tak de tulis apa-apa, tapi gambar ni masa Dr. kat Davos.


Ni gambar Dr Normaliza Abd Rahim dalam kereta kabel di Pergunungan Alps. Bestnya doktor...

Assalamualaikum, saya buat post ni tak sedar dah pagi Sabtu. Mata tak mau pejam. Berdebar kot sebab Dr nak buat last check pada 3.5.2009. Jadi sayapun geledah-geledah laman web dan akhirnya jumpa dengan gambar ni.

Cuba teka gambar siape ni ye... Ni la Dr Normaliza Abd Rahim. Pensyarah yang ajar subjek BBM3410 BAHASA DALAM MULTIMEDIA. Mula-mula saya agak blur dan takut-takut dengan paper ni. Maklumlah saya ni 'alahan' dengan MULTIMEDIA. Tapi lama-lama dah ok lah sikit dan rupa-rupanya paper ni sangat 'best'. Kalau boleh nak pandai dan banyak ilmu macam doktor...hehe.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan buat Dr Normaliza, pensyarah BBM3410 yang berdedikasi memberi tunjuk ajar dan mencurah ilmu kepada saya da. Ucapan terima kasih juga kepada tutor Alia Roslan dan Farizi Jamaluddin yang bersungguh-sungguh mencurah bakti kepada kami.

Buat teman-teman seperjuangan ,hanya ucapan terima kasih yang mampu dilafazkan. Agar kita terus bersabar mengharungi suka duka, pahit getir dalam mengejar segunung harapan, menjulang segulung kejayaan. Insyallah segala pengorbanan kita akan mendapat ganjaran dari Nya.

Dalam perjuangan mencari dan menimba ilmu di dada, kadang-kala ada yang terlanjur kata, terusik rasa, mengudang garis di dada, kemaafan jua yang mampu ku lafazkan demi sebuah persahabatan yang ikhlas ini. Janganlah mengalah kepada sebarang halangan, kuatkan azam dan tekad, pasti akan berjaya sampai ke puncaknya.

Salam ikhlas.

2 comments:

  1. kak huda, azza sudah jejalan blog akak..tere dah nih...oooOOooo lecturer tuh ke yg ajar bahasa dlm multimedia...grggrrr ngeri dgr subjek tuh..hahahaha...kalau dia tgk blog azza, mau suh wat semula...ekekek

    ReplyDelete

Yg baik jadi teladan, yg buruk jadi sempadan. Silalah...