Friday, September 25, 2009

Cerita raya episod 1...

Biarlah...dengan bangganya aku baru ada rasa nak menulis cerita raya. sebelum ni macam tak de mood je nak tulis. biarpun cerita dah basi tapi aku nak tulis juga. sebab boleh aku senyum sorang-sorang bila membacanya.

Selalunya kalau nak raya aku akan mengemas rumah selepas pulang beraya dari kampung (malas tak malas itulah aku sebenarnya )...tapi entah apa jadinya...tahun ni aku terlebih rajin pula :)))... siap mengemas rumah dua tiga hari sebelum nak pulang beraya di kampung. aku bertambah semangat bila ada angah yang menolongnya.

Bukan kemas apapun sangat cuma sapu sawang, bentang karpet, tukar langsir,dan tukar alas meja. Langsir tu pun bukan langsir baru tapi langsir yang dah dua tiga tahun aku jahit. bila cerita bab menjahit ni aku memang minat menjahit langsir. tak de belajar manapun cuma tanya kawan sikit-sikit dan akupun balik rumah menerainyalah (try). cuma sekarang ni macam tak de masa je nak menjahit. dulu siap ambil upah jahit langsir dewan lagi....kesian kat kawan ku yang bernama sue ni ...aku terpaksa tolak tempahan untuk menjahit langsir kahwinnya...maaf ye sue...





Inilah langsir kesayanganku. langsir ala-ala jahitan 'smoke'. nak menjahitnya bernanah biji mataku. orang yang pandai kata menjahitnya senang je, tapi bagi aku agak rumit sikit sebab tak belajar secara formal. ni cuma jahit pandai-pandai sendiri je. yang susah tu sebab nak jahit langsir ni ada kira-kira.

Aku dan angah saja buat suprise bila suami dan along balik rumah. biar dia orang ter kezzzzzut sikit bila balik rumah petang nanti. si suami dan along tersenyum simpul bila melihat rumah dah siap kemas. tersenyum simpul bukan apa tu sebab aku tahu dalam hati dia orang mesti kata(...selamat aku sebab rumah dah siap kemas...boleh relex sebab ibu tak suruh apa2...) tapi dalam hati aku pun berkata-kata juga...(siaplah korang yang baru balik, banyak lagi senarai kerja yang ibu akan atur untuk dibereskan...hahaha)

2 comments:

  1. hmmm...betul, betul, betul!!!
    Jahit-menjahit memang susah. Bukan sekadar nak jahit, kena pula pandai ukur dan bijak ambil ukuran. Handal jahit dengan mesin tidak cukup, mesti tahu jahit tangan juga. Pendek kata, kena rajin kalau nak belajar menjahit.

    Langsir yang kak jahit tu bukan main cantik lagi, Ooi pun terkezzzzut melihatnya. Terserlah keikhlasan, maka cantiklah ia.

    ReplyDelete
  2. Lamanya ku tunggu kak paparkan blog...( Memanglah nak tunggu blog yang baik) Cantik langsir yang kak jahit. Saya seorang pemalas, jarang menolong ibu bapa membuat kerja rumah. Saya lagi tak tahu menjahit... Walaupun ayahku seorang 'pakar' membaiki mesin jahit... Tambahan pula, ku suka lagu yang ada pada blog ini.

    ReplyDelete

Yg baik jadi teladan, yg buruk jadi sempadan. Silalah...