Friday, September 25, 2009

Cerita raya episod 3...

Tahun ni suamiku telah menukar duit raya sebanyak rm500, tapi duit tu dia tak bawa balik ke rumah. suamiku meninggalkan duit raya tu kat pejabatnya. hari jumaat sebelum balik kg aku telah menghantar van untuk diservis di danau kota dan berhampiran dengan tempat suamiku bekerja. jadi suamiku telah menyuruh aku singgah sekejap di tempat dia bekerja dan mengambil duit raya itu untuk dibawa pulang. aku pun apa lagi...suka hati sangatlah sebab orang suruh ambil duitkan...bukannya ambil sampah. lepas ambil duit raya tu aku pergi ke rumah kak imah untuk serahkan duit kuih raya yang telah aku jual dan seterusnya aku pergi ke giant untuk membeli kek lapis sarawak yang kawan aku jual.

Balik dari giant aku, along,dan angah sibuk mengemas barang-barang yang telah dibeli, buka puasa dan lain-lain lagi. Suamiku tidur awal mungkin sebab penat bekerja. dalam pukul 11 lebih tu aku mula mengemas beg tangan aku. baru aku teringat nak simpan duit raya. Ya allah mana duit raya yang suamiku bagi tadi???? duit tu tak de dalam beg tanganku. akupun mula gelabah. aku pergi cari kat kereta sampai 2 kali tapi tak de. cari kat bilik tak de. cari kat dapur tak de. semua tempat aku cari tak de. along dan angah pun tolong aku cari tapi tetap tak de. dah berpeluh aku dibuatnya. kalau suamiku tahu hilang...hai kena marah lah aku kali ini. rm500 bukannya sikit bagi kami.

Aku cuba ingat elok2 kat mana aku letak tapi tetap tak ingat juga. akupun dengan muka tak malu telefon kak imah yang jual kuih raya tu. tapi dia tak angkat. lepas tu dia pulak telefon aku. dia pun terus tanya aku sama ada aku ada tak tinggal barang tak kat rumah dia? aku kata ada iaitu duit raya. kak imah kata betul duit raya. ALHAMDULILLAH aku terus sujud syukur. nasib baik tinggal kat rumah kak imah yang jujur, macam mana kalau aku tercicir kat giant...tentu tak berduit rayalah anak-anak buahku di kampung...

Cerita raya episod 2...

Seperti tahun-tahun lepas aku seperti biasa menjual kuih raya kat sekolah. tak delah untung sangat tapi dapatlah juga tampung duit kuih raya untuk sendiri, bagi kat emak di kg dan mak mertua. tapi tahun ni tempahan kuih raya agak berkurangan. aku agak ada beberapa kemungkinan...sebab cikgu2 dapat rm250 je, sample kuih raya aku lampat, dah ramai pesaing2 di sekolah dan last sekali promosi aku tahun ni tak bagus sangat.

Tapi yang peliknya macam mana aku kira-kira duit yang aku habiskan untuk membayar kuih raya sampai rm400 lebih. kalau macam ni mana nak dapat untung, duit poket sendiri lagi keluar adalah... aku diam-diam je sebab takut cek abang marah dan ada sebahagian kuih tu aku sorok. aku lagi takut sebab ada lagi kuih aku oder akan dapat lepas cuti sekolah ni. macam mana nak buat????

Nak sejukkan hati suami aku kata kuih tu nak bagi kepada mak muar, mak temerloh dan along nak bawa balik asrama. kalau suamiku dengar macam tu mesti tak marah...



Inilah sebahagian kuih raya yang aku beli. semuanya ada 20 jenis...sapelah nak makan ni??? tulah masa membeli tak hingat dunia...

Cerita raya episod 1...

Biarlah...dengan bangganya aku baru ada rasa nak menulis cerita raya. sebelum ni macam tak de mood je nak tulis. biarpun cerita dah basi tapi aku nak tulis juga. sebab boleh aku senyum sorang-sorang bila membacanya.

Selalunya kalau nak raya aku akan mengemas rumah selepas pulang beraya dari kampung (malas tak malas itulah aku sebenarnya )...tapi entah apa jadinya...tahun ni aku terlebih rajin pula :)))... siap mengemas rumah dua tiga hari sebelum nak pulang beraya di kampung. aku bertambah semangat bila ada angah yang menolongnya.

Bukan kemas apapun sangat cuma sapu sawang, bentang karpet, tukar langsir,dan tukar alas meja. Langsir tu pun bukan langsir baru tapi langsir yang dah dua tiga tahun aku jahit. bila cerita bab menjahit ni aku memang minat menjahit langsir. tak de belajar manapun cuma tanya kawan sikit-sikit dan akupun balik rumah menerainyalah (try). cuma sekarang ni macam tak de masa je nak menjahit. dulu siap ambil upah jahit langsir dewan lagi....kesian kat kawan ku yang bernama sue ni ...aku terpaksa tolak tempahan untuk menjahit langsir kahwinnya...maaf ye sue...





Inilah langsir kesayanganku. langsir ala-ala jahitan 'smoke'. nak menjahitnya bernanah biji mataku. orang yang pandai kata menjahitnya senang je, tapi bagi aku agak rumit sikit sebab tak belajar secara formal. ni cuma jahit pandai-pandai sendiri je. yang susah tu sebab nak jahit langsir ni ada kira-kira.

Aku dan angah saja buat suprise bila suami dan along balik rumah. biar dia orang ter kezzzzzut sikit bila balik rumah petang nanti. si suami dan along tersenyum simpul bila melihat rumah dah siap kemas. tersenyum simpul bukan apa tu sebab aku tahu dalam hati dia orang mesti kata(...selamat aku sebab rumah dah siap kemas...boleh relex sebab ibu tak suruh apa2...) tapi dalam hati aku pun berkata-kata juga...(siaplah korang yang baru balik, banyak lagi senarai kerja yang ibu akan atur untuk dibereskan...hahaha)

Friday, September 4, 2009

Ole-ole dari Temerloh...

Semua orang tahu yang aku balik kampung minggu lepas. Best sangat balik kampung sehingga tidak terkata. Ada dua yang bestnya:

1. Dapat berjumpa dengan ibu bapa yang dirindui serta sanak saudara.
2. Dapat makan makanan kegemaranku...hehehe

Tidak ada apa yang aku nak berikan sebagai ole-oleh kepada kawan-kawan semua. Hanya gambar ini saja sebagai kenangan. Hayatilah keenakannya. Hayati saje bukan suruh makan, nanti batal pulak puasa semua orang. Jom layannnnnn........



Kuih lompat tikam. Kuih ni adalah antara kuih tradisional kegemaranku. Dalam bulan puasa kuih ini amatlah sesuai dijadikan sebagai juadah. Ada ku tuliskan serba sedikit dalam facebook tentang kuih ini dan mendapat komen daripada seorang kawan yang mengatakan kuih ini tawar. Sebenarnya dia silap sebab tak belajar ilmu membuat kuih ini sampai habis daripada emak aku.

Yang hijau tu adalah tepung beras yang dibancuh dengan air daun pandan dan letakkan sedikit kapur dan masak. Yang putih tu ialah santan kelapa yang dicampukan sedikit dengan tepung beras dan masak. Kedua-duanya dituangkan di dalam loyang dan dibiarkan sejuk, potong dan hidangkan. Kuih ni bukan makan begitu sahaja tapi dimakan bersama dengan air gula merah yang telah dimasak. Amat sedap.Kuih lompat tikam ini emak yang buat sedangkan anaknya pergi berjoli-joli di Temerloh....sayang emak.


Ikan patin masak tempoyak. Ikan patin ni bukan ikan patin kolam tapi adalah ikan patin sungai Pahang. Ikan patin masak tempoyak ni telah dimasak oleh kakak iparku. Dicampur sedikit dengan timun tua. Hish!!! sedapnya dapat kuahpun cukup.


Peparu goreng. Peparu goren ni dimasak oleh kakak iparku jua di rumahnya. Nampak saje hitam tapi rasanya tak terjangkau oleh akalmu.


Ikan talapia dan patin goreng. Ikan ni pada asalnya nak dibakar tapi tak jadi sebab tidak ada orang yang hendak hidupkan api di luar...Jadi digoreng saja. Gorengpun sodap...


Terung kicap. Terung kicap ni aku ambil resepi daripada internet. Yang ni aje aku masak. Manis rasanya.


Yang anak dara 4 orang tu anak abang teh. Cuma yang pakai cermin mata tu bukan...dia adalah bakal ehem...ehem kepada Amir yang menangkap gambar. Yang tergelak besar dan suka hati sangat tu sape lagi kalau bukan aku. Yang rambut terpacak tu along dan angah. Yang belakang sekali tu adik aku yang bongsu. Suamiku tiada di dalam gambar kerana membantu ibu mertuanya mengacau kuih lompat tikam di rumah. Pandai suamiku mengambil hati ibu mertuanya...hehehe. Sedangkan isteri mithalinya berpoya-poya di luar...

Gambar ini diambil di tepi Sungai Pahang. Keluarga aku dan keluarga Abang Teh pergi menghantar Ila naik bas ekspress balik ke kuantan dan Siti balik ke USIM. Tapi Siti tak jadi balik naik bas ekspress hari tu. Kenapa? Kena tanya Siti la...Malam tu Siti ikut balik ke rumahku di Pandan Indah dan paginya pukul 7 lebih aku dah menghantarnya ke stesen LRT. Hai...siti...siti...nama sebenarnya Nurul Amira tapi lebih sedap dipanggil siti.

Sekianlah dulu hidangan pembuka selera hari ini. Nak belajar boleh tapi sediakanlah pengerasnya terlebih dahulu.

p/s : Tiada dalam gambar
1. segala macam air, air jambu batu along buat, air katira @ kartika dan air tebu dibeli.

2. Orang yg makan juadah berbuka puasa tersebut. Tak sanggup nak tangkap gambar mereka semua sebab semuanya garang dan bermuka lapar...hehehe.

3. Emak kita akan bertemu lagi di pagi raya yg secepat mungkin...huhuhu;-(