Tuesday, November 3, 2009

cerite lucu rekaanku...

Seperti yang aku pernah ucapkan dalam komen facebook dulu...bila sem 6 dah habis aku akan buat post tentang cerita lucu kanak-kanak dalam blogku. ni lah ceritanya. Bulat bin Dogol. ini semua adalah kerja kursus yang tak pernah habis diberikan oleh dr. normaliza.

apa-apapun tq dr. atas segala ilmu yang diberikan. ceritanya adalah rekaanku semata-mata. watak dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata...kuikuikui.

selamat membaca


Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi


CERITA KANAK-KANAK 6 TAHUN
( SIRI BACAAN KETAWA )

TAJUK CERITA :
DOGOL BIN BULAT
*********************************************
DIHASILKAN OLEH
NORHUDA BT AHMAD (B10122)

PROGRAM
B.A.(BAHASA DAN LINGUISTIK MELAYU)

PENSYARAH
DR. NORMALIZA ABDUL RAHIM

**********************************************************


Di Kampung Ulam Petai Muda ( UPM ), terdapat beberapa buah rumah kampung. Salah sebuah rumah tersebut didiami oleh sebuah keluarga yang hidupnya agak susah. Pak Bulat dan isterinya bernama Mak Manis tinggal di rumah tersebut. Mereka berdua mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Dogol. Dogol merupakan satu-satunya anak Pak Bulat dan Mak Manis. Dogol baru berusia enam tahun. Dogollah tempat Pak Bulat dan Mak Manis menumpahkan segala kasih sayang. Segala permintaan dan kehendak Dogol akan cuba dipenuhi sedaya upaya oleh Pak Dogol dan Mak Manis. Dogollah juga harapan Pak Bulat dan Mak Manis untuk mengubah kehidupan mereka sekeluarga daripada hidup susah kepada hidup yang lebih senang. Namun begitu, Dogol ialah seorang budak lelaki yang nakal dan malas. Dia suka melawan suruhan ibunya. Jika ibunya menyuruh Dogol pergi mengaji dengan imam di kampung itu yang bernama Pak Lah Sendal Gusi, macam-macam alasan yang akan Dogol berikan kepada ibunya.
“ Ibu, Dogol sakit gigilah”, kata Dogol sambil menunjukkan giginya yang kuning tidak bergosok beberapa hari itu.
Pada hari yang lain, lain pula alasan yang akan Dogol berikan kepada ibunya.
“ Ibu, Dogol sakit perutlah”, kata Dogol sambil menunjukkan perutnya yang bulat penuh dengan cacing itu.
Itulah perangai Dogol setiap kali ibunya menyuruh dia pergi mengaji di Masjid Ulam Petai Muda.

Setiap pagi juga Dogol susah hendak bangun dari tidur untuk pergi ke sekolah tadika di kampungnya. Setelah puas ibunya mengejut, barulah Dogol bangun sambil mengesat-ngesat matanya yang sepet dipenuhi tahi mata basah. Setelah ibunya menyediakan segala kelengkapan sekolah tadika, Dogol akan pergi ke sekolah tadika dengan berjalan kaki.
Dogol mempunyai dua orang kawan baik yang bernama Daniel Kaw dan Subra Cuba. Mereka bertiga selalu bermain bersama. Setiap pagi sebelum sampai ke sekolah tadika mereka bertiga berjanji untuk berjumpa di Simpang 5 Persiaran 1. Kadang-kala mereka bertiga akan pergi ke sekolah tadika, tetapi biasanya mereka tidak sampaipun ke sekolah. Mereka bertiga akan melencong ke tempat lain. Mereka bertiga suka mandi-manda dan berendam di dalam Sungai Pahang. Mereka berenang dan bermain kejar-kejar di dalam air sungai itu. Mereka lebih suka lagi berendam di dalam air sungai itu jika musim panas. Mereka bertiga malas belajar dan sebab itulah mereka tidak pandai. Cikgu tadika yang bernama Cikgu Normazila selalu memarahi mereka. Apabila tengahari dan setelah puas berenang mereka bertiga cepat-cepat mengenakan semula pakaian seragam tadika dan bergegas pulang ke rumah masing-masing. Seolah-olah baru pulang belajar dari tadika seperti kanak-kanak yang lain.
“ Dogol, macam mana belajar hari ini”? Tanya Mak Manis kepada anak kesayangannya pada waktu makan tengahari.
“Cikgu Normazila mengajar ABC macam semalamlah ibu” jawab Dogol sambil menyuapkan nasi ke mulutnya dengan berselera sekali.
Pada suatu pagi mereka bertiga seperti biasa mandi-manda di tepi sungai Pahang. Tiba-tiba mereka ternampak seekor buaya di tebing sungai Pahang.
“Buaya ! Buaya ! Buaya !” jerit Dogol kepada kawan-kawannya yang lain.
“Mana”? Tanya Daniel Kaw dan Subra Cuba serentak.
“Itu,” kata Dogol sambil menunjukkan ke arah buaya tersebut kepada kawannya lagi berdua.
Mereka bertiga amat takut lalu dengan segera naik ke darat dan mengambil baju masing-masing. Mereka berlari dengan sekuat hati dan tanpa disedari mereka bertiga telah berpecah. Daniel Kaw menuju ke sebelah Sanggar Bahasa, Subra menuju ke arah Masjid Ulam Petai Muda dan Dogol pula ke arah Latar Kaswi. Setelah penat berlari akhirnya Dogol berhenti berehat di bawah sebatang pokok yang rendang. Dari bawah pokok itu Dogol dapat melihat seekor labah-labah sedang tekun membuat sarang. Apabila angin bertiup kencang, sarang labah-labah tersebut terkoyak. Namun labah-labah tidak berdiam diri sebaliknya terus gigih berusaha membaiki sarangnya semula. Dogolpun berfikir di dalam hatinya. Jika dia rajin berusaha dan tidak putus asa seperti labah-labah itu, pasti dia akan berjaya di dalam pelajarannya kerana usaha itu tangga kejayaan. Tentu Cikgu Normazila tidak akan memarahinya lagi. Dogol menyesal dengan sikapnya yang malas dan suka menipu ibunya selama ini. Apabila sampai di rumah Dogol segera memeluk ibunya.
” Ibu, maafkan Dogol” kata Dogol dengan linangan air mata. ”Dogol banyak kali menipu ibu, kata Dogol dalam keadaan sedu-sedan.
Mak Manis agak terkejut lalu bertanya kepada Dogol apa sebenarnya yang telah terjadi. Dogolpun menceritakan segalanya kepada Mak Manis. Mak Manis bersyukur dengan pengakuan jujur yang telah dibuat oleh Dogol. Semenjak hari itu Dogol, Daniel Kaw dan Subra Cuba tidak pernah ponteng sekolah lagi. Mereka bertiga telah menjadi murid yang rajin dan berjaya di dalam pelajaran serta menjadi kebanggaan penduduk Kampung Ulam Petai Muda. Pak Bulat dan Mak manis gembira dengan kejayaan anak mereka yang bernama Dogol bin Bulat. Sekian.

Saturday, October 17, 2009

bukan merungut... bukan mengeluh...


Doktor senyum sikit....


Gaya student dengan pensyarahnya...


Bila masuk semester 6 tak sangka akan bertemu dengan dr. normaliza sekali lagi.

Bukan tak nak belajar dengan dr. tapi takut-takut.
Bukan dr. tak baik tapi bila memikirkan kerja yang banyak akan diberikan oleh dr. nanti hati jadi kecut.

Sebab pengalaman semasa di sem 5 telah mengajarku. Tambah lagi aku ni lem... dalam it-it ni.

Kumpulan kami pernah dua kali balik ke rumah pada pukul 1.00 pagi lebih kerana hendak menyiapkankan tugasan yang diberi. Kedua-dua tugasan itu merupakan tugasan kumpulan iaitu dikehendaki menulis 30 muka surat tugasan berdasarkan tajuk yang diberi tanpa sebarang rujukan. Ahli kumpulan telah berusaha untuk menyiapkan esei 30 muka surat itu tapi tetap tidak dapat menyiapkannya juga walau sudah pukul 1.00 lebih. Akhirnya kami bersepakat untuk menulis bahagian masing-masing di rumah dan menggabungkannya melalui email dan seterusnya menghantar kepada dr. melalui email.

Tugasan yang kedua ialah tentang persembahan lirik yang perlu selaras dan selari dengan persembahan power point. Tugasan ini amat memeningkan kepala kerana prosesnya amat rumit. tambahan pula kumpulan kami telah memilih lagu 'Bonda' nyanyian M. Nasir yang teramat panjangnya. tak tahu macam ni susah. kalau tahu memang kumpulan kami akan memilih lagu pendek saja. namun atas kerjasama dan kesabaran yang tinggi daripada ahli -ahli kumpulan, kumpulan saya berjaya menghasilkan satu hasil tugasan yang baik dan dr. menerimanya. Kesian juga bagi kumpulan yang terpaksa membuat semula.

Selain itu saya belajar juga ilmu tentang facebook. daripada tak tahu apa-apa tentang facebook, kini hari-hari akan buka facebook kalau berkesempatan. dapat mencari kawan-kawan yang lama, usik-mengusik kawan sama sekolah, berbual dengan anak buah dan sebagainya. tapi dalam facebook ini dr. tetap memberikan kami tugasan iaitu mencipta 20 pantun 2 kerat, membalas pantun kawan-kawan, mencipta teka teki dan menjawab teka-teki kawan-kawan. semasa proses inilah tiba-tiba facebook aku tak boleh hantar komen dan tulis apa-apa. hati dah mula gelabah sebab nanti dr. ingat aku tak aktif. tapi rupanya aku ni dah terlebih aktif. atas arahan dr. akupun buat email baru dan daftar semula dengan facebook. alhamdulillah berjaya.

Semester ini juga kami diarahkan menulis blog dan menghantar komen blog kawan-kawan secara aktif. mula-mula dr. tulis sajak dalam blog dr. kami kena komen sajak dr. itu dalam bentuk sajak juga. lepas tu kami kena cipta sajak dalam blog sendiri dan menghantar komen sajak dalam blog kawan-kawan dengan sajak juga. selain itu kami juga dikehendaki menghantar, mencipta, menulis dan sebagainya dalam e-sastera. he...banyak betul kerja yang dr. suruh buat, tapi dr. kata tak boleh merungut sebab kalau merungut nanti jumpa lagi dengan dr. sem. depan.

Dr. memang baik hati sebab sepanjang bulan puasa kelas kami tiada. tapi rupanya ada tugasan juga iaitu menulis cerita hantu di dalam blog dr. dan mencipta cerita kanak-kanak dan menghantar kepada dr. melalui email. alhamdulillah aku menjadi orang pertama daftar cerita kanak-kanak 6 tahun. aku telah menulis sebuah cerita lucu yang bertajuk Dogol bin Bulat. cerita ini mestilah berunsurkan 1 Malaysia, jadi akupun merekalah sendiri. logik tidak logik itu belakang cerita. janji siap dan hantar. yey...

Dalam cuti-cuti sepanjang ramadhan tu aku sibuk memikirkan macam mana nak buat tugasan soal selidik yang aku tak faham tu. Sibuk je fikir tapi tak buat apa pun lagi. lagi seminggu dua nak exam aku dah gelabah sebab ada kawan-kawan yang sudah siap. aku buat keputusan kena juga buat walau tak pandai atau tak faham. tentu dr. mengerti... sampai hari ni pun aku belum menghantar tugasan itu walau sudah siap. aku dan kawan-kawan akan menghantarnya pada hari isnin (malam) kepada en. big boi.

Pada malam periksa akhir soalan yang diberikan oleh dr. amatlah banyaknya. soalan yang kami belajar semester 5 keluar lagi semester 6. contohnya tentang papan cerita, asas multimedia dan asas grafik. tapi nasib baiklah kebanyakkan soalan bukan dalam bentuk fakta, tapi dalam bentuk pendapat. akupun apa lagi, merekalah jawapan apa-apa yang patut.

Ikhlas daripada hati saya kursus ini amat banyak kerja. tapi dr. janganlah marah pulak. kerja praktikalnyapun dah berapa. Tetapi sebenarnya banyak yang dapat dipelajari menerusi tugasan praktikal tersebut. akhirnya ucapan terima kasih kepada dr. kerana memberikan saya ilmu yang banyak ni. saya tahu tujuan dr. berbuat begitu kerana nak memberikan kami ilmu seberapa yang banyak. takut memanglah takut tapi saya tahu sebenarnya dr. orang yang sangat BAIK HATI. sekian.

p/s : dr. nanti kalau saya buat kuih lompat tikam menjadi saya sanggup hantar kat dr. tapi bila tu saya tak janji ye...

p/s lagi : dr. ni termasuk dalam tugasan jugak ke? dr. semua kat atas tu saya tak merungut ye...saya mengarut je. saya cuma nak bagi tau SAYA SAYANG DR.? DR. SAYANG SAYA TAK????



Friday, October 16, 2009

kecil hati

tadi ada seseorang yang sangat istimewa telah menelefon aku. cerita punya cerita...dia tercerita yang dia amat berkecil hati dengan seseorang. walau kata-kata si a tu bukan diperkatakan di hadapannya tetapi kata-kata si a itu sangat berbisa dan si a tak patut berkata sebegitu.

seseorang yang sangat istimewa itu berkata, dia tak akan dapat melupakan kata-kata si a walau bertahun-tahun. aku cuba untuk menenangkan keadaan dengan mengatakan mungkin si a ada masalah tertentu tapi seseorang yang istimewa itu kata si a sepatutnya taklah mengeluarkan kata-kata yang berbisa itu.

aku tak boleh nak kata apa-apa lagi. biarlah seseorang yang istimewa itu meluahkan perasaan kekecewaannya kepada ku...aku meminjamkan telinga aku yang tidak bersubang ini kepada seseorang yang istimewa itu sebentar. patutlah seseorang yang istimewa itu tidak pergi ke rumah si a. (ini cuma agakkan ku sahaja)

kalaulah si a membaca tulisanku ini cepatlah pergi minta maaf. aku nak telefon si a untuk menceritakan hal ini tapi tidak berani. nanti aku dikatakan tukangsibuktakbertauliah pulak. biarlah...siapa yang makan cili dia akan terasa pedasnya. ke si a ni tak makan cili sebab dia gastrik? kuang...kuang...kuang...


Kekadang...

Kekadang aku rasa aku ni macam mak nujum...
sebabnya aku boleh teka dengan betul je apa yg anak aku buat kat rumah waktu aku tiada.

Kekadang aku rasa aku ni macam pak polisi je...
sebab bila aku kata 'ye' aku akan siasat sampai jumpa bukti.

Kekadang aku rasa aku ni macam chef wan je...
sebab bila aku masak campak-campak orang kata sedap tp bila aku masak betul-betul ikut resepi tak de orang puji pulak.

Kekadang aku rasa aku ni macam joyah je...
sebab suka membebel sorang-sorang kalau tengok bilik along dan angah bersepah-sepah.

Kekadang aku rasa aku ni macam burung hantu je...
sebab suka berjaga malam-malam buka blog, internet...

kekadang aku rasa aku ni memanglah aku...
sebab suka buat kerja bertangguh-tangguh.

Bilalah nak berubah norhuda ooooi?


Thursday, October 15, 2009

jealous

hari ni tadi along balik ke rumah selepas PMR habis hari selasa. Kring...kring...kring telefon berbunyi.

cik abang : along dah sampai rumah ke?

cik adik : dah tengah makan nasi.

cik abang : oooooo along balik cik adik terus masak ye? kalau untuk abang tak masak!!!!

cik adik : tak masaklah, cik adik masak nasi je, lauk semua beli kat kedai...

cik abang : ooooo

cik adik : senyum sesorang. ada jugak orang yg jealous dengan anak sendiri rupanya. sbb selama ini aku ingat cik abang aku tu seorang yg cool walau apa yg berlaku...hehehe.

jealous tu kan tanda sayang... aku bangga sekejap.


p/s : hari khamis ni masuk 4 hari aku tak masak sbb final sem exam.

muhasabah diri.

rasanya setiap kali selepas sembahyang aku akan berdoa kepada Allah agar segala urusanku di dunia dan akhirat 'dipermudahkan'.

tapi mengapa pula sejak seminggu dua ni macam ada sesuatu yg tak kena?

adakah aku pernah menyusahkan orang lain?
adakah aku pernah makan kat kantin tak bayar?
adakah aku pernah pinjam selipar orang masa nak ambil wuduk tanpa bagi tau tuannya?
adakah aku pernah dera secara zalim anak2 murid aku?
adakah salah aku sbb tak tanda lagi soklan ujian murid?
adakah sebab aku selalu menghabiskan duit suami untuk bershopping?
adakah sebab tahun ni aku tak buat open house besar-besaran?
adakah sebab aku tak sembahyang isyak lagi?

baru sedar yg aku tak sembahyang isyak lagi...

Friday, September 25, 2009

Cerita raya episod 3...

Tahun ni suamiku telah menukar duit raya sebanyak rm500, tapi duit tu dia tak bawa balik ke rumah. suamiku meninggalkan duit raya tu kat pejabatnya. hari jumaat sebelum balik kg aku telah menghantar van untuk diservis di danau kota dan berhampiran dengan tempat suamiku bekerja. jadi suamiku telah menyuruh aku singgah sekejap di tempat dia bekerja dan mengambil duit raya itu untuk dibawa pulang. aku pun apa lagi...suka hati sangatlah sebab orang suruh ambil duitkan...bukannya ambil sampah. lepas ambil duit raya tu aku pergi ke rumah kak imah untuk serahkan duit kuih raya yang telah aku jual dan seterusnya aku pergi ke giant untuk membeli kek lapis sarawak yang kawan aku jual.

Balik dari giant aku, along,dan angah sibuk mengemas barang-barang yang telah dibeli, buka puasa dan lain-lain lagi. Suamiku tidur awal mungkin sebab penat bekerja. dalam pukul 11 lebih tu aku mula mengemas beg tangan aku. baru aku teringat nak simpan duit raya. Ya allah mana duit raya yang suamiku bagi tadi???? duit tu tak de dalam beg tanganku. akupun mula gelabah. aku pergi cari kat kereta sampai 2 kali tapi tak de. cari kat bilik tak de. cari kat dapur tak de. semua tempat aku cari tak de. along dan angah pun tolong aku cari tapi tetap tak de. dah berpeluh aku dibuatnya. kalau suamiku tahu hilang...hai kena marah lah aku kali ini. rm500 bukannya sikit bagi kami.

Aku cuba ingat elok2 kat mana aku letak tapi tetap tak ingat juga. akupun dengan muka tak malu telefon kak imah yang jual kuih raya tu. tapi dia tak angkat. lepas tu dia pulak telefon aku. dia pun terus tanya aku sama ada aku ada tak tinggal barang tak kat rumah dia? aku kata ada iaitu duit raya. kak imah kata betul duit raya. ALHAMDULILLAH aku terus sujud syukur. nasib baik tinggal kat rumah kak imah yang jujur, macam mana kalau aku tercicir kat giant...tentu tak berduit rayalah anak-anak buahku di kampung...